Rabu, 2 Februari 2011

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU




YAMMMMM SENG !!!



nota:
tim tukar tiub dan segala kaum kerabat tt
mengucapkan ghong hee faa chai -
selamat tahun baru - kepada sesiapa sahaja
yang ingin merayakan pesta ini


kepada ridhuan abdullah jangan lupa
melawat kaum keluarga jangan jadi madey
sorokan asal usul kah kah kah


nota:
yang memandu behati-hati
yang yamseng jangan lebih dari lima kati
yang lain kita sama sama tidoo meninggi hari!




PERUTUSAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL


Di kesempatan ini ingin saya ucapkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian
Kuaile kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua. Semoga
Tahun Baru Cina di raikan dengan suasana yang mesra dan meriah. Tahun
ini adalah tahun arnab, ianya melambangkan sifat-sifat yang
peka,bijaksana, diplomatik lagi berseni.

Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh
menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan
kepelbagaian kaum. Hanya dengan keharmonian sejati maka agenda besar
membina sebuah masyarakat bertamadun akan tercapai.

Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup
sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan
pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal
kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petrolium nampaknya
terus melonjakkan kos sara hidup.

KEADILAN yang berpegang atas panji Pakatan Rakyat akan terus
memperjuangkan hak dan kepedulian kepada rakyat. Buku jingga yang kita
galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita
sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonomi
negara.

Tahun ini adalah tahun penentu memandangkan besar kemungkinan
pilihanraya umum mungkin diadakan. Inilah masanya rakyat membuat
keputusan samada mahu terus dengan kesempitan ekonomi, kekangan
berpolitik dan adu domba perkauman atau bersedia membina Malaysia yang
maju ke hadapan. Pakatan Rakyat adalah pilihan bagi menjana kehidupan
yang mencerminkan sebuah negara yang benar benar merdeka dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

Gong Xi Fa Chai, Xian Nien How

Dr Wan Azizah Wan Ismai





DARI FROM - FAT RABBIT OF MALAYSIA

INI GAMBAR NYA

nota:
kelmarin ramai yang mendapat ucapan
dari mat mongol melalu talipon bimbit
erti number anda telah kena jual oleh
syarikat talipon kepada mat mongol !

tetapi ada satu kesilapan : ini lah gambar
fat rabbit yang seharusnya datang bersama
ucapan itu tetapi telah berbalahan antara
tim mat mongol dan tim flom.

tim flom membatalkan fat rabbit dari disebarkan !

inilah dia fat rabbit yang telah di sensor kah kah kah




8 ulasan:

  1. yamseng boleh
    Pakcucing boleh?

    BalasPadam
  2. Ngeh2.no celcom gua pun kena jual .

    BalasPadam
  3. sebagai angpow kepada team tukartiub, SILA KLIK ADSENSE dan NUFFNANG kat blog tukartiub selama sebulan berturut2.

    mudah-mudahan tukartiub dapat beli limau untuk buat yamseng!!

    aku mulakan dulu laaa!!

    BalasPadam
  4. bukan setakat no tepon je kena jual. emel pun sama. tv3 jd supplier.. najib SPAMMER..

    BalasPadam
  5. kong he fat choi...
    gong xi fat chai..
    bunyi 2 kena betul.. kantanois dgn tiong hua lain2 sebutan

    BalasPadam
  6. PANDAI DIA, ANAK2 BINI TONY PHUA PUN ADA DIHANTAR UCAPAN,

    INI STRATEJI HUBUNGAN AWAM APCO UTK TAMBAT HATI PENGUNDI CINA,


    JOM BUAT FANPAGE DI FACEBOOK... NAJIB SPAMER! HAHAHAHAHA!

    BalasPadam
  7. Happy Chinese New Year to the Chinese readers

    BalasPadam