Rabu, 9 Mac 2011
AMARAN JANGAN TIPU PILIHANRAYA!!!
SAMA TAK SERUPA
Minggu lalu telinga kita hingar bingar. Pendengaran kita haru biru. Keadaan jadi kuntau muntau. Ini kerana ada beberapa ekor Pak Menteri telah bersilat lidah cuba membuktikan bahawa Malaysia dan Asia Barat tidak sama.
Bila sahaja mereka mula membuka mulut, kita telah nampak yang mereka cuba melebong. Pak Menteri ini amat gerun untuk menyebut nama Tunisia dan nama Mesir. Yang disebut nama Asia Barat.
Lalu kita bertanya : Ikan pekasam jenis apa yang dipanggil Asia Barat ini. Negara yang mana satu namanya Asia Barat. Ini tidak pula dijelaskan untuk Mak Cik Felda yang melopong mendengar labon Pak Menteri yang sedang berceramah di Kerdau dan di Merlimau. Sedih dan sayu memikirkan Mak Cik Felda yang terus menerus kena tipu.
Dari pendekatan saikoloji amat jelas Pak Menteri ini takut untuk menyebut nama Tunisia. Ini kerana ada bunyi… SIA di belakangnya. Badan Pak Menteri mengigil sejuk mendengar nama Mesir kerana nama negara ini bermula dengan huruf M. Mereka akan sakit jiwa apabila mendengar atau membaca apa sahaja berita tentang Mesir atau Tunisia, Bahrainisia, Yemenisia, Jordanisia atau Libyasia.
Seperti Pak Pandir – nama-nama negara Arab ini telah menjadi:
Tok Tok Kai
Serondong batang
Apa hinggap di tengah belakang
Memang betul Mesir dan Malaysia tidak serupa. Memang betul Tunisia dan Malaysia bunyinya sama tetapi satu di bumi tropikal dan satu di Laut Tengah. Sungai Nil dan Sungai Klang tidak serupa. Pokok durian dan pokok tamar tidak serupa. Kulit sawo matang Melayu dengan kulit buah zaiton Arab tidak serupa.
Tidak serupa bukan bermakna tidak sama. Pokok durian dan tamar adalah pokok. Sungai Nil dan Sungai Klang adalah sungai. Justeru, warga Mesir dan warga Malaysia ada manusia. Warga Mesir bukannya kambing dan warga Malaysia bukan kaldai. Jika diterima hakikat bahawa warga Mesir dan Malaysia ini manusia maka mereka akan memiliki ciri-ciri kemanusiaan yang sama.
Yang pokoknya – rakyat di Mesir menuntut keadilan dan turun ke jalan raya melawan kezaliman. Rakyat di Malaysia juga menuntut keadilan dan turun ke jalan raya melawan kezaliman. Ini asas kesamaan. Ini hakikat. Ini realpolitik – bukan politik berkempen untuk menjadi ketua bahagian Kampong Gagu.
Kita pun jadi hairan dan tertanya-tanya. Kenapa Pak Menteri ini risau kalau Mesir dan Malaysia tidak sama. Kalau Tunisia dan Malaysia tidak sama? Kenapa mula melebong panjang dengan teori bahawa Malaysia ini berbeza dari Mesir. Malaysia ini spesial. Malaysia ini lain. Dan Malaysia ini unik.
Betul ke?
Mari kita lihat persamaan antara Mesir dan Malaysia. Mula-mula mari kita lupakan huruf M yang tidak membawa apa-apa makna yang mendalam kecuali untuk Pak Menteri yang takut dengan Tok Tok Kai yang akan hinggap ke atas belakangnya.
Paling menonjol persamaan Mesir dengan Malaysia ialah kedua-dua negara ini sedang diperintah dibawah undang-undang darurat. Di Mesir undang-undang darurat di istiharkan semenjak tahun 1981 – apabila Presiden Sadat mati dibunuh. Hingga ke hari ini undang-undang darurat ini masih diguna pakai untuk memukul musuh politik rejim Mubarak.
Di Malaysia – ramai warga tidak sedar – bahawa kita di Malaysia ini masih tertaklok di bawah undang-undang darurat. Pertama diistiharkan oleh British pada 20 Jun 1948, kemudian oleh Mageran tahun 1969 dan pada tahun 1974. Undang-undang darurat ini masih diguna pakai. Kerana itu jika kita duduk lima orang di warong, mengikut tafsir undang-uandang darurat kita boleh ditangkap. Lebih dari tiga orang akan ditafsir sebagai perhimpunan haram. Larang-larangan yang sedang menafikan hak asasi kita untuk berkumpul itu adalah sebahagian dari undang-undang darurat peninggalan British.
Undang-undang darurat ini digunakan oleh British untuk memastikan penjajah British akan terus berkuasa di Tanah Melayu ketika Parti Komunis Malaya sedang mengangkat senjata melawan mereka. Undang-undang darurat yang sama tidak pernah dimansuhkan oleh parlimen walau pun British telah lama lari. Undang-undang British ini terus digunakan oleh United Malay National Organistation untuk memastikan mereka terus berkuasa dan memastikan Pakatan Rakyat mustahil akan sampai ke Putrajaya kecuali naik bas.
Mesir dan Malaysia sama-sama mengakui bahawa negara ini mengamalkan sistem demokrasi dengan pilihanraya. Mesir ada parlimen, perdana menteri, menteri dan presiden. Semua ini dipilih melalui pilihanraya. Tidak berbeza dengan Malaysia – hanya di Malaysia kita tidak ada Presiden.
Mubarak telah menjadi Presiden semenjak tahun 1981. Awalnya Mubarak telah dilantik oleh parlimen untuk menjadi Presiden. Pada tahun 2005 perlembagaan telah diubah. Perubahan tahun 2005 ini membolehkan Mubarak dipilih melalui pilihanraya untuk menjadi Presiden selama 6 tahun lagi. Lihat bagaimana parlimen dan perlembagaan diubah suai untuk memastikkan Mubarak terus berkuasa.
Di Malaysia selama lebih 50 tahun proses pilihanraya ini telah dimanipulasi untuk memastikan United Malay National Organisation terus berkuasa. Ini sama seperti di Mesir. Jangan lupa bagaimana Mahathir Muhamad telah mengubah perlembagaan untuk memastikan sesudah tiga tahun parlimen – tidak akan ada lagi pilihanraya kecil jika kerusi itu telah kosong. Juga sesiapa yang meletak jawatan dari Parlimen atau Dun akan dinafikan untuk bertanding selama lima tahun. Semua ini adalah kerja jahat United Malays National Organisation untuk memastikan parti ini terus berkuasa.
Pilihanraya di Mesir dan di Malaysia sedang digunakan untuk menipu orang ramai agar tunduk dan memberikan kuasa kepada National Democratic Party dan United Malays National Organisation.
Apa yang amat-amat dibenci oleh warga Mesir? Apa pula sebenarnya yang dibenci oleh warga Malaysia?
Mubarak telah menggunakan undang-undang parlimen untuk menangkap musuh politik. Di Mesir ada ISA dan di Malaysia juga ada ISA. Ramai ahli politik Mesir yang ditahan berbelas-belas tahun dalam penjara tanpa bicara. Ini sama seperti di Malaysia. Musuh politk United Malays National Organisation dahulunya dituduh komunis dan sosialis, ini sama seperti tuduhan yang telah digunakan oleh Mubarak.
Hari ini musuh politik Mesir ialah gulungan agama yang dituduh sebagai extremis Islam. Ramai aktivis dan pemimpin parti Ikhwan Muslimin yang merengkok dalam penjara Mubarak. Extremis Islam ini juga adalah tuduhan yang digunakan oleh United Malays National Organisation terhadap musuh politiknya. Sila ingatkan kembali kepada Al-Maunah dan KMM - mereka ini ditahan tanpa bicara di Kamunting. Tuduhan ‘ extremis Islam’ ini amat menyenangkan telinga kuasa imperial Amerika yang sedang melancarkan serangan terhadap Islam.
RTM – Radio dan Telivisen Mesir dan RTM Angkasapuri tidak banyak bezanya. Tidak ada suara dan pandangan yang berbeza yang mungkin kedengaran dari siaran kedua-dua RTM. Kedua-dua RTM telah digunakan untuk menipu dan mengkaburi pandangan orang ramai terhadap apa yang sebenarnya berlaku.
Kalau di Malaysia ini kita memerlukan lesen untuk mencetak akhbar.Di Mesir juga ada undang-undang yang sama. Media amat dikongkong dan dikawal untuk memastikan rejim Mubarak akan terus berkuasa.
Pada 1 Januari tahun ini satu letupan telah berlaku didalam sebuah gereja Kristian di Iskandariah. Pada 8 Januari 2010 tiga buah gereja di Malaysia tekah terbakar. Baru-baru ini sesudah Mubarak dihalau keluar telah ditemui bukti bahawa pembakaran ini dirancang oleh menteri dalam rejim Mubarak sendiri. Ini dilakukan untuk memastikan ada ketegangan agama. Ketegangan ini amat baik untuk rejim Mubarak meneruskan kuasa. Bila rakyat pecah maka senang untuk diperintah.
Manakala pembakaran gereja di Malaysia ini kesnya hilang lesap entah kemana. Tetapi jari telunjuk telah mula menunjukkan bahawa dibelakang kerja jahat ini adalah mereka yang ingin meneruskan ketegangan bangsa-bangsa. Ketegangan bangsa-bangsa akan menakut-nakutkan orang Melayu. Apabila orang Melayu takut maka mereka seperti warga Mesir akan menyembah Mubarak minta tolong.
Rasuah dan penyalah gunaan kuasa ini telah menjadi pekara biasa di Mesir dan di Malaysia. Mereka yang rapat dengan kuasa akan terlepas dari hukuman. Lihat sahaja kes pembunuhan Altantuya. Najib Razak tidak pernah dipanggil oleh mahkamah walau pun Altantuya adalah bekas kekasih Najib mengikut akuan bersumpah PI Balasubramaniam.
Mati dalam penjara dan lokap menjadi lumrah di Malaysia dan Mesir. Pada 6 June 2010 dahulu Khaled Muhamaded Said berumur 28 tahun telah dibunuh oleh polis di Iskandariah. Pada 16 Julai 2009 Teoh Beng Hock telah mati terbunuh di Shah Alam. Ini belum lagi diambil kira nama seperti Francis, Kugan dan Aminuirasyid yang kini menjadi statistik mangsa pembunuhan oleh gengster berpakaian seragam.
Dalam semua kemarahan dan kebencian terhadap National Democratic Party dan United Malays National Organisation yang paling nyata ialah warga Mesir dan warga Malaysia marah kerana mereka ditipu dalam pilihanraya. Mereka dibodoh bodoh-bodohkan. Mereka digula-gulakan.
Pilihanraya dijalankan dengan tipu muslihat yang licik untuk memastikan National Democratic Party dan United Malays National Organisation menang. Selama 30 tahun warga Mesir ditipu dengan pilihanraya. Selama 30 warga Tunisia ditipu melalui pilihanraya. Selama 40 tahun warga Libya ditipu dengan pilihanraya. Akhirnya mereka turun ke jalan raya.
Pak Menteri yang memberi amaran akan menangkap pemimpin parti pembangkang dengan ISA itu bermata songsang. Menteri ini terlupa , amaran jenis yang sama juga telah dihebohkan oleh Mubarak. Tak ada sesiapa ambil pot. Sebenarnya rakyat sedang memberi amaran kepada para menteri agar jangan menipu dalam pilihanraya. Jika menipu dalam pilihanraya maka warga Malaysia akan memilih jalan raya untuk mengganti kerajaan.
Hampir terlupa – dalam sejarah tamadun Mesir – warga Mesir telah pernah bangun melawan Firaun yang zalim dan mungkar. Dalam sejarah tamadun Malaysia, warga Malaysia pun pernah bangun melawan Firaun, malah lebih ganas, lebih zalim dan munkar dengan nama Mahafiraun a.k.a Mahathir Muhamad. (TT)
nota:
ini bahagian akhir tentang
pergolakan di negara arab.
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN keluaran
terbaru - sila dapatkan dalam
pasaran sekarang
TT tak beli ka buku 'A Doctor in the House'.
BalasPadamBuku yang mengisahkan KEIMANAN & KETAKWAAN seorang Doktor...kah kah kah..kah kah
Rupa2nya buku MENGUMPAT ke atas Anwar Ibrahim disamping MEMBODEK Najib demi politik anaknya...kah kah kah..kah kah
Dari muda hingga tua kerjanya mengaibkan orang. Ingatkan bila dah tua ada perasan INSAF. Rupanya lagi tua lagi kuat Putar Alam...kah kah kah
Sekarang tidak cukup dengan sekadar bercakap sahaja..
BalasPadamYang penting sekarang adalah tindakan..
Mana dia BERSIH..
Mana dia SUARAM..
Mana dia MAFREL..
DAN..
Mana dia yg lain-lain dan banyak lagi..
Bergabung lah..
Bertindak lah..
RAKYAT DALAM KELEMASAN..
DI CENGKAM FIRAUN..
Masalahnya ada berani ka mau turun
BalasPadamharapnya kesedaran rakyt malaysia untuk berubah darpada penyokong umno-bn dan konco-konconya kpd pakatan rakyat. wajib ubah sekarang sebelum terlambat.
BalasPadamsekali turun berapa hinggit?
BalasPadamada bas angkut ka?
ada nasik lemak campur ayam?
kalau ada boleh laaa
Pernah terbaca artikel TT yang memberi sebab kenapa Mahafiraun jahat. Sekarang terserlah kejahatan Mahafiraun dengan terbitnya buku cibai puki memoir doktor dalam rumah.
BalasPadamApa pekdah nya nak aibkan Anwar, Tun Saleh. Boikot jangan beli. Baca saja di Internet kalau ada orang publish.
best!!!!
BalasPadamapa la kau orang nih. agak2 la nak tulis pun. pemerintah kita sekarang ini adalah orang islam, yang mengamalkan perintah Allah. kenapa kau org marah sangat2. apakah kau orang rela dan redha jika negara ini diperintah oleh malaun lim kit siang dan guan eng dari parti kominis serpihan komentang... dari parti DAP laknatullah kafir harbi????? apabila itu terjadi kemana kamu semua akan lari sembunyikan diri. menyesal tidak sudah.... buat masa sekarang ini bersyukur lah kerana anda masih berpeluang mengamalkan islam dengan sempurna, sebelum nanti negara ini hancur robek di tangan penyangak DAP disebabkan oleh tangan anda sendiri... Puji syukur pada Allah
BalasPadamyang peliknya ade jugak yang masih sokong dan tak sedar-sedar..baru bagi milo setin,gula sekilo dan beras sekampit dah cair..sampai macam tu harga orang Melayu dilakukannya.Kalau kat Jepun sori la!
BalasPadamMusuh politk United Malays National Organisation dahulunya dituduh komunis dan sosialis :
BalasPadamkenyataan ini ditujukan khas buat TT
kahkahkah
Ada lagi puak yg buta perut.kalau tak wujud DAP pun melayu lingkup jugak dgn perangai pemimpin palsu yg dok ada ni...penyangak melayu bohong,khianat,fitnah,dera,hina bahasa melayu bangsa sendiri berpuluh2 thn.
BalasPadamMasalahnya PAS masih bodoh, patutnya fokus utk tumbangkan UMNO dulu. Cerita hudud, judi, arak, pakai purdah, dll. boleh bincang kemudian.
BalasPadamPadahal sebahagian hukum2 hudud tu takdak sebut dlm Al-Quran pun. Pandai2 pegi tambah dgn 'Nabi' Bukhari, Muslim, Ghazali, Shafee.
Tuhan suruh orang perempuan pakai penudung dada bukan pakai tudung kepala. Bangang betul. Ayat punya simple nak faham tapi fesyen Arab jugak dia ikut.
Tuhan suruh buat roket naik ke angkasa tak nak buat pulak? Islam bukan Arab. Islam bukan agama.
Islam dah wujud sejak dulu lagi sebelum Muhammad. Selagi Melayu percaya air zam-zam adalah air semulajadi, selagi itulah mereka akan terus bangang dan bodoh percaya kpd cerita2 dongeng Arab.
Kepada Perkhidmatan membaikpulih kandang babi 5:52....
BalasPadamaku peliklah
zaman moden macam ni ada lagi yang masih fikir zaman koumintang
tapi ko lupa
umenonok pun bersekongkol dengan lendir chua soi leak dan samy biru
agaknya perkhidmatan baikpulih kandang babi takut kalau umenonok tergolek, projek tak masuk lagi
apa daaa
sekarang ni pun menteri kesihatan bukan melayu daaaa. tutup sebelah mata kaaa?
pi Lanchowwww laaa!
tuan tt,
BalasPadamorang melayu/umno boleh percaya mahatir itu melayu.bongok umno ni.mahatir bagi tau dalam bukunya dia tak tahu asalketurunan belah ayah kalau belah mak boleh lah maaf.dia tak sebut dia mamak tapi sebut dia melayu dan umno memuja orang lagu ini.sah umno dungu dan bebal.nasib baik dungu tak berjangkit
zmyy
Kulit sawo matang Melayu dengan kulit buah zaiton Arab tidak serupa.
BalasPadamkulit tu cuma luaran saja.
tapi itu pun tak dapat dilihat kerana dilitupi jubah dan hijab,
jadi bagaimana nak bandingkan sama atau tidak:
kulit melayu yg sepanjang tahun disiram hujan tropika tetapi terus layu kerana asek ditembak dgn upacara pembodohan, serta tetap gelap kerana tidak disiram dgn ilmu yg benar & berfaedah,
berbanding kulit arab yg sepanjang tahun ditembak sinar mentari tetapi terus segarbugar serta tetap putehmelepak...
bro tt tak percaya? tanya tok taib!
bukan takat luaran shj,
dalam2 pun tok taib boleh tilik dan keluar firasat betapa segarbugar & putehmelepak seorang arab berbanding seorang melayu/tempatan!
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY
Kita pun jadi hairan dan tertanya-tanya. Kenapa Pak Menteri ini risau kalau Mesir dan Malaysia tidak sama. Kalau Tunisia dan Malaysia tidak sama? Kenapa mula melebong panjang dengan teori bahawa Malaysia ini berbeza dari Mesir. Malaysia ini spesial. Malaysia ini lain. Dan Malaysia ini unik.
BalasPadammalaysia, eh 1malaysia ni, special, lain dan unique:
sebab berbanding tunisia, malaysia lebih murah harga tepungnya. tu pasal org2 tunisia kulit gelap2, mahal sangat tepung nak dilumur kat kulit muka & tangan macam mak badak pakai bedak!
sebab berbanding mesir, malaysia lebihy murah harga gulanya. tu pasal org malaysia manis2. dan gedempol2 sebab mewah sangat dgn makanan2 manis. tengok je la mak badak yg menjawat title f.l.o.m.!
jadi bersyukurlah dgn kelainan malaysia, eh 1malaysia ni...
-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY
"Justeru, warga Mesir dan warga Malaysia ada manusia. Warga Mesir bukannya kambing dan warga Malaysia bukan kaldai. Jika diterima hakikat bahawa warga Mesir dan Malaysia ini manusia maka mereka akan memiliki ciri-ciri kemanusiaan yang sama."
BalasPadamJadi atas hujah ni, orang Mesir buat apa pun, kena ikut? Bangang. Kahkahkah. Orang nak analisis situasi, bukan cari orang Mesir ada berapa bijik mata, ada berapa ibu jari. Kahkahkah.
Pergi la turun jalan raya. Buat riuh. Sape tak turun jalan raya semuanya makcik Felda. kahkahkah.
Kesian bila orang rasa dia superior ni. Perasan orang yg terpelajar semua sokong dia. Perasan orang yg ada kesedaran je sokong dia. Teruskan dengan penyakit superiority complex ni. Sampai mati pun kau takkan dapat Malaysia. Perlu diingat pengundi BN ni adalah senyap. Tidak terpekik2 macam orang histeria. Tidak terlolong dengan omongan kosong. Suara mereka mempunyai pengisian. Ya, ada pemimpin yg melaung2 di sana dengan keris bengkoknya, dengan sokok tinggi cabuknya, tpi ingat, lain pula halnya dengan pengundi. Jangan tertipu dengan pekikan dan lolongan pakcik2 berkain pelikat di jalan raya bahawa itulah suara majoriti. Jangan ingat yang tulis blog macam orang naik gila, yang mengamok2 di Internet itu ialah suara majoriti.
teruskan. teruskan omongan kosong nuar berahim.
-TT, wlaupun same dr sdut undang2, plihanraya, dll tp adakah sama dr sudut komposisi kaum?..
BalasPadam-sudah la cmtu, setiap kaum brlainan plak pendapatan msing2, maka thap kesenangan n kesusahan hidup adlah brbeza antara setiap kaum..
-setiap kali demo, cube TT tgk komposisi kaum di kalangan org muda..bole dikatakan 90% bdak2 muda melayu..
-mmg agak sukar sbenarnye kite nk wat demo mcm di mesir,tunisia dll smpai bole mnjatuhkn regim slagi mane rakyat mlaysia khususnye glongan muda tdak brsatu,sbb intipati yg trpenting utk trun demo spt negara lain, adalah krn sindrom 'perut lapar' a.k.a susah nk dpt keja, brg mhal , rasuah dlm pemilhan pekerja, hrga myk naik, beras naik dll..tp adakah kaum muda bngsa lain khususnye cina, mmpunyai sindrom ini?..
-zargus-
doktor babi paria ni bila nak mampus
BalasPadambuat menyemak je...
tak abis2 dendam kesumat
bila la tuhan nak cabut nyawa paria pukimak ni
tukar telur lu cerita apa..
BalasPadamlu pun sama nak jadi macam doktor paria yang tak sedar diri tu
Buat Shahmetal,
BalasPadamJadi anda telah perasan yang sokong PR, yang baca blog nih semua terpelajar, yang terdedah dengan internet. Maknanya dengan premis saudara tadi kesimpulannya yang sokong UMNO-BN adalah yang tidak terpelajar dan katak bawah tempurung. Orang lain tak kata, anda yang kata.
Bukti bergambar, audio dan video juga sudah jelas. Yang mencarut namanya Adnan MB Pahang. Yang mengajak bertumbuk di DUN Kelantan adalah ADUN pembangkang yakni BN. Yang mengatakan "perempuan bocor bulan-bulan" Adun BN dari Sabah (keluar TV lagik).
Ye ke tak terpekik-pekik? Ataupun terlalu bodoh untuk berhujah dengan bukti dan fakta. Sewajarnya makcik dan pakcik felda, warga pedalaman ambil apa-apa sogokkan dari BN kerana itu asalnya hak mereka yang telah dicuri. Kalau mereka bijak duit, kain pelekat, beras tetap ambik, janji jangan pangkah BN.
" Perasan orang yg terpelajar semua sokong dia. Perasan orang yg ada kesedaran je sokong dia. "
Jadi Shahmetal macam mana? Masih mahu jadi bodoh?