Isnin, 21 Mac 2011

CARA NAK HUMBANKAN GEROMBOLAN



JELAS DAN TEPAT



nota:
ini dasar popular
yang tak memyusahkan
orang ramai

ini pop
dan pop
untuk anak muda
kah kah kah



PAKATAN RAKYAT HAPUSKAN SAMAN EKOR
– harakah daily

PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya.

NOTA:
ini wajib dimasukakn dalam manifesto
menghapuskan saman ekor tidak akan bangkrap negara
ini dasar yang popular
ini memang disukai oleh orang ramai

satu lagi dasar yang poular
ialah melupuskan semua hutang pptn
ini amat popular dikalangan anak muda
ini juga tidak membangkrap kan negara

satu lagi dasar yang popular
bicarakan sekali lagi razak baginda
kenapa pendkwa raya tidak merayu
walhal kalau kes siswa tunjuk perasaan pendakwa merayu
sampai ke mahkamah pesekutuan
kenapa kes bunuh altantuya tak ada rayuan?

nota:
bila nak ada fatwa tentang kes bunuh altantuya ini?
kah kah kah


14 ulasan:

  1. bro..., aku memang sokong sangat pasal penghapusan saman ekor..
    dan sgt2 menyokong kalau ptptn dihapuskan .... tak abis2 menyusahkan rakyat....

    BalasPadam
  2. kahkahkhakah.

    jadi ape beza dengan BN? maknanya.. PR menipu dan tabur janji palsu ikut peredaran dan kehendak semasa la? kalau BN taktik lama.. janji buat jambatan.

    ok ok yg ini memang nampak ada kelainan.

    kahkahkah

    BalasPadam
  3. Satu perkara yang perlu difikirkan untuk dimasukan dalam manifesto pr adalah berkenaan pengguna kenderaan persendirian.
    1)Cukai import kereta sangat tinggi, ini kerana untuk melindungi industri kereta tempatan,untuk itu pengguna terpaksa menanggung kos untuk mengkayakan cukong cukong.
    2)Bila dah ada kereta, pengguna dimestikan mempunyai insuran kereta,insuran ini perlu diperbaharui setiap tahun, walaupun tiada tuntutan daripada pengguna. Sekeping cover note amat mahal harganya. Jika ada tuntutan dari pengguna, ia masih tetep menguntungkan syarikat insuran.
    3)Cukai jalan adalah wajib bagi setiap kenderaan. Ia mesti diperbaharui apabila tamat tempoh.
    4)Untuk kenderaan bergerak purlu diisi minyak, sekarang harga minyak Ron 95 ialah Rm 1.90 seliter, sekurang kurangnya perlu diisi 20 liter dengan harga Rm 38.00. Ampang ke Brickfield balik semula dah menyala lampu minyak.
    5)Sekarang ini jalan sahaja dah jumpa tol. Kalau tidak mahu bayar tol ikutlah jalan kelapa sawit atau ladang getah.
    6)Kos service berkala juga semakin meningkat. Kalau service di proton edar harganya mahal, nak muarah pergi bawah pokok ceri.
    7)Kos alat ganti juga meningkat, bateri, tayar semua sudah naik harga.
    Dengan itu sangat diharap sangat agar pr boleh mengkaji masaalah ini untuk dimasukan didalam manifesto pilihanraya yang bakal akan tiba nanti. Ini adalah salah satu cara dari beribu cara untuk memeriahkan menisfesto pr. Ujudkan pakage tawaran yang menarik untuk rakyat.

    BalasPadam
  4. populis atau x tu xjd masalah..bn kena buat apa yg rakyat nk..mcm kes terengganu dulu..pas mansuh semua tol kaat terengganu dan rakyat trganu sampai hr ni senang xder tol lg..

    BalasPadam
  5. mansuhkan hutang utk pelajaran x kira semua peringkat.!! x bangkrap pnya..

    BalasPadam
  6. Hapus saman ekor dan batalkan projek nuklear wajib menjadi sebahagian manifesto Pakatan Rakyat pada PRU akan datang...

    Disamping itu pastikan SPR didesak supaya menjalankan kaedah celup jari dlm dakwat dan strukturkan semula undi pos kepada mereka2 yg benar2 berhak sahaja contohnya duta2 dan warga Malaysia di luar negara.

    Harap PR tidak abaikan saranan ini...

    BalasPadam
  7. pr bagi bonus 2 bulan
    ada berani?
    kalau berani, kita boleh kautim....

    BalasPadam
  8. cara nak tergolek dogkan grombolan:

    - tol kasi hapus
    - minyak kasi turun
    - gaji kasi naik
    - harga getah kasi turun
    - harga klpa sawit kasi turun
    - wifi kasi free
    - polis kasi turun gaji
    - blogger bagi gaji
    - biasiswa kasi free

    BalasPadam
  9. Pakatan patut menjadikan penghapusan segala beban yang ditanggung rakyat sekarang sebagai manifestonya! Kalau tidak dapat perintah pun sila buat protes dan kesulitan lain bila BN nak naikkan harga! Bila rakyat mula buka mata dan tahu mengapa kuasa majoriti 2/3 tidak boleh dikembalikan kepada BN, dijamin BN tidak akan mendapat majoriti ini lagi!

    BalasPadam
  10. shahmentol tak menyala dari dulu kini dan selamanya,

    1.janji yg haji hadi umum itu lahir dari kehendak rakyat sendiri yg telah meminta perkara tersebut (ia bukan janji palsu berbentuk ayat2 manis yg kosong semata2)
    2.dan permintaan itu telah lama disuarakan, ketidakpuasan telah lama disampaikan rakyat pada KERA yg jelas sekali angkuh, pekak dan/atau BoNgok (ia bukan permintaan/desakan baru/semasa apatah lagi hanya satu idea yg hanya tercetus menjelang pilihanraya)
    3.dan rakyat yg dimaksudkan adalah rakyat umum dari seluruh negara (ia bukan menguntungkan segelintir kumpulan terpilih shj)
    4.dan apabila pakatan memegang tampuk pemerintahan negara & layak meminda undang2/polisi berkaitan, janji itu insyaAllah menjadi kenyataan kerana seperti juga telah menjadi kenyataan di mana tol di jambatan terengganu dimansuhkan oleh pas dahulu (ia bukanlah terlalu sukar utk dilaksanakan, cuma soalannya nak buat ke tak nak buat... kalau rajin pikir lebih sikit, taulah cara lain nak cari duit utk negara)
    5.dan ini jauh berbeza samasekali dari janji2 jambatan/sekolah dll di pilihanraya2 kecil seperti taktik basi KERA BoNgok kerana jika pakatan mengambilalih tampuk negara, ini baru pertama kali pakatan memerintah seterusnya berpeluang melaksanakan apa2 janji mereka/ hasrat rakyat! (sedangkan janji2 jambatan&sekolah jelas sekali cuma umpan utk undi semasa shj, kerana sebelum ini pun KERA yg sama jugak memerintah tetapi kenap sebelumnya tak buat shj jambatan/sekolah tersebut, kenapa tunggu prk baru nak janji???!!!)

    itulah kelainannya, wahai cik shahlegam (org puteh kata metal, org melayu kata logam... org negeri 9 kata logam, org malaysia kata legam... macam budak hitamlogam yg jadi popular di port deksen tu!)

    kalau pakatan dah memerintah persekutuan (bukan setakat negeri, kerana negeri terlalu terhad kuasanya, bukan seperti di amereka) lebih dari 2 penggal berturut2 (1 penggal terlalu singkat utk dpt melaksanakan pelbagai perkara utk merungkai kembali segala macam keBaNgangan KERA yg sudah bermaharajalela menjahanamkan tanahair selama lebih 50tahun) dan kita dapati pakatan pun tidak melaksanakan polisi/perkara yg dikehendaki rakyat umum, maka ketika itu pakatan pun akan ditolak juga, sama sepertimana rakyat menolak sekeras2nya KERA yg bergayut bebas ketika ini!

    -average joe-

    BalasPadam
  11. lagi 1 pemansuhan yg aku tunggu2 ialah:
    saman secara 'across the board' utk kenderaan2 yg diletak tepi jalan di kawasan perumahan termasuk apartment

    nak saman kenderaan tersebut, samanlah, tapi hanya jika ianya:
    1.menyempitkan lorong kedua2 hala termasuk utk laluan bas/lori tanpa tersekat, yakni setiap hala mesti ada 1 lorong bebas dari halangan
    2.terlalu hampir dgn simpang atau bukaan tengah jalan hingga mengganggu kelicinan keluar-masuk simpang atau u-turn, contohnya diletak pada jarak kurang dari 3m (10kaki)

    kalau dua perkara di atas tidak disalahi, sepatutnya polis/majlis tidak menyaman kereta2 yg diletak tepi jalan atau di garis kuning/putih sebab takkan tak paham2 lagi, sekarang ni adalah lumrah utk setiap rumah ada lebih dari 1 kereta - bapak 1 kereta, anak 1 kereta; laki 1 kereta, bini 1 kereta; apatah lagi golongan bujang menyewa 1 rumah, ada 3 bilik, 3 penyewa, 3 kereta! - sedangkan rumah teres atau apartment mana ada sediakan lot parking sampai 3-4 setiap unit! kalau letak di tempat letak kereta pelawat kena saman dgn pengurusan, kalau letak di luar di tepi jalan kena saman dgn polis/majlis???!!!

    selagi majlis tidak mampu mewajibkan pemaju meyediakan sekurang2nya 3 petak kereta utk setiap unit, SILA MANSUH SAMAN UTK KERETA2 YG DILETAK DI TEPI JALAN LUAR APARTMENT/RUMAH TERES! (kecuali yg melanggar 2 perkara di atas) bukan sukar pun logik ni!!!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Hi..Orang Melayu yang bahalol...
    Cuba cari kerja yang tak di sumpah orang....POLIS..
    Engkau tahu ke penderhaka yg paling besar dalam sejarah Semasa Pemerentahan Ke Sultanan Melayu Dahulu...?
    Polis sebenarnya bermula dari Penjajah Inggeris...Anjing suruhan Bangsa Inggeris di Gunakan nya Bangsa Punjab ( Bukan Utk menghina Bangsa tersebut ) tetapi orang Melayu yg menjadi talibarut Inggeris...Inilah dia Bangsa POLIS..
    Lepas itu YAM Al- Marhum Tengku Abdul Rahman mengubahnya dengan bersyarat di Persekutuan Tanah Melayu Pada ketika itu dengan syarat ada Persumpahan menjadikan melalalui persesetujuan Raja-Raja Melayu..Maka diberi Nama Polis Di Raja. Tuan-tuan tahu ke apa persumpahan nya..? Bukan semua orang tahu...termasuk POLIS yang sedang menjawat jawatan tersebut pada masa ini...nantilah pada satu ketika nanti POLIS ini akan tahu padahnya apabila persumpahan ini sudah cukup Nisabnya nanti engkau akan rasa sampai ke anak Cucu padahnya yang mana suka menyaya orang awam tak kira siapa...Sumpah itu pegawai POLIS ini tak tahu kat mana letaknya...?

    BalasPadam
  13. hangpa ni kengkadang tak logik la benda yg hangpa dok minta PR buat ni.
    Roadtax dgn insuran kenderaan tu kalau takde bukannya naya kat kerajaan,tapi naya kat kita.Katakan insuran keta takdak,org pi langgar hang,hang nak mintak ganti rugi kat sapa?tuan punya kenderaan konpom takdak duit nak bayaq.Udah tu,sumbat dia masuk jail?still hangpa tak dapat apa apa gak kan?pikiaq tu biaq logik la sikit.Satu lagi,nak mintak satu umah sampai 2-3 parking lot??udah tu,anak cucu kita nnt boleh la berumahtangga kat parking lot pegangan bebas pulak ye?umat manusia makin ramai le beb. So,pendekatan yg paling tepat,public transport yg efisien la.kalau takleh sediakan ketapi kat setiap kawasan perumahan,sediakan perkhidmatan bas yg lebih kerap pun takpa dah.Ada satu negeri atas angin aku penah pegi dulu,public transport tersangat la efisyen sampaikan jadi tak berapa logik utk warga dia beli keta.Org berkerusi roda friendly,kanak2 dan haiwan peliharaan friendly,malah sapa2 yg berbasikal,kalau dah semput mengayuh pun dibenarkan angkut skali beskal dalam pengangkutan awam tu.
    Cumanya masih aku terasa (cam kata zainal dalam kumpulan headwind dulu)
    yg PR takdak sebut pasai AP pasai depa cam ada something je dgn sistem AP tu. Cik Anwar berahim,AP tu baik la hang mansuh je,puak2 pemodal abuse gila gila sistem tu.Lagipun hang jugak punya keje dulu bagi penaik duti import superbike dulu kan???sakit ati nak membeli motor kat malaysia ni.Depa bawak masuk moto baru,guna AP seken,declare rega kenderaan seken,tapi juai rega baru+tax dan segala mak nenek lagi.Tu tak termasuk camana depa leh dapat AP tu lagi.Haram jadah betul.

    hidup!!hidup!!hidup FLOM!!
    "adakah merogol itu sedap?" condoleeza rais

    BalasPadam
  14. Pada peminatFLOM...Aku faham maksud minah yang bagi komen pasal roadtax ngan insuran kenderaan tu. Akta roadtax dan insuran tu bukannya tak boleh dipinda oleh kerajaan. Ia boleh di gubal dan dikemaskini untuk kebaikan untuk rakyat. Aku setuju gak ngan idea minah tu...sekeping cover note harganya mahal tu...mungkin ada cara terbaik untuk reduce cost tu...Aku ni dah bawa kereta dua puluh tahun dik...alhamdulillah tak pernah terbabit lagi ngan excident, memang lah malang x de bau dik...Adik aku hilang kereta dapat claim separuh je, lebih tu kena sattle sendiri ngan bank. Bukan nak suruh goverment tolong bayar. Buatlah polisi yang terbaik untuk rakyat. Mana ada syarikat insuran rugi dalam Malaysia ni dik...Revenue ngan profit billion tu...percentage profit dari insuran kenderaanlah dik...
    Pikir pasal roadtax plak, macam macam cukai untuk satu kenderaan ni...Buatlah yang terbaik untuk rakyat...Sebab apa yang BNAPCO buat tak terbaik punnnn...menyusahkan lagi adalah...Semua yang dibuat untuk create revenue gerombolan ni dik....yang kaya raya cukong cukong...
    TERBAIK UNTUK RAKYAT

    BalasPadam