Isnin, 14 Mac 2011

JAWAPAN UNTUK SAEKOR KANG KONG




KANG KONG




SAMAN EKOR - FAHAMI ISU SEBENAR!!

Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.

Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.

Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?

Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!

Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?

a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.

Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?

Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.

Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.

Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima
facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.


Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?

Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???

b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Ada dua (2) isu di sini :
a) Pembuktian bersalah; dan
b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.

Pembuktian salah.

Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?

Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?

JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai “perkara yang belum selesai”. Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.

Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.

c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.

Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.

Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa “perkara yang belum selesai” yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.

Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.

Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.

Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
11/3/2011


13 ulasan:

  1. kah kah kah. Anak mughid kangkong nak bagi cikgu nyer paham dulu maksud Kase sebelom komen.Ini idak..asaikan isu tu datangnyer dr sebelah lain,teghoih hentam.Buat malukan majikan jer.

    BalasPadam
  2. Apa sudah jadi, yang di menara gading pun boleh berhujah sedemikian rupa? Apabila di labelkan sebagai penjilat marah, tapi bila berhujah tak guna otak.Mana perginya the sense of reasoning? Guru kencing berdiri murid kencing berlari. OH MALAYSIAKU

    BalasPadam
  3. Syabas! Ini hujah yg masuk akal, bukan masuk poket mcm JPJ /POLIS punya hujah..nak rembat duit org susah saja kerja depa..

    BalasPadam
  4. ye baru sy faham maksud "tiket" yg sy dpt tu. saman tu benda lain rupanya. alangkah baiknya kalau penjelasan ini tersiar di akhbar utama

    BalasPadam
  5. Kudos kepada KASE kerana memberi penjelasan kepada kenyataan Prof. Yang ini la kita mahu, penjelasan mengikut autoriti yang sedia ada. I believe in giving credit when it is due. Betul atau salah tu terpulangla kepada pembaca. The readers must be able to choose his inclination, be it towards KASE or Prof. But to adopt wholly what someone had said is a different thing altogether. One must be able to form his own opinion, betul tak Abang Rais? Tang tu saya sedih sikit la dengan tindakan Abang Rais "CTRL+c CTRL+v" kenyataan orang lain. Jangan la dok percaya bulat-bulat apa depa cakap. Tak syiok la kan? Hee :)

    Kalau saya diberikan peluang berhujah, saya sokong kenyataan KASE berkenaan legality of blacklisting one's property merely because of a Pol 170A notice. However, to allow prosecution for such a trivial matter, Government will lose millions just to start a criminal suit. Izinkan saya 'copy paste' petikan dari komentar Fahri Azzat dalam artikelnya di blog LoyarBurok,

    "Does the Attorney General’s Chambers have a cost indication for each case it prosecutes? I don’t know but I don’t think so. Let me illustrate this with some numbers. Say each criminal case prosecuted in the Sessions Court costs the Attorney General’s Chambers about RM 100,000.00. Where does the cost come from? Police have to investigate and file the relevant paper work. Time and effort are spent. Witnesses are interviewed, prepped, scheduled and come to court to give evidence. Both police and public witnesses are often called. Evidence has to be stored, secured and transported. Prosecutors have to spend time preparing the case. Their seniors have to vet and approve their work. Courts have to clear time and space to hear the case. There is fuel, electric, water, stationary and administrative costs. There are other costs of maintaining this entire system. I have not even factored in the opportunity cost of all the participants to that effort or the costs of the subsequent appeals. When the Attorney General’s Chambers lose a case at the prima facie stage, all that is wasted. Burned. Gone."

    Sekarang nampak tak payahnya gomen especially Timb. Pendakwa Raya? Bukan sahaja kena bawak kes bunuh, tipu, dll., kes macamni pun nak kena bawak. Pastu at the end of the day kena bambu dengan rakyat semata-mata sebab mereka ni adalah kalangan 'pegawai-pegawai KERAJAAN'. Thus, that is why we categorize this type of 'offense' a strict liability 'offense'. One need not prove the offender's state of mind when committing such 'offense', suffice if he actually did it. Takyah masuk court.

    Bagi saya, KASE ini nak cuba buka lapangan baru untuk mendapatkan klien guaman, almaklumlah penasihat undang-undang dia pun lawyer kan? Dah asyik2 corporate matters, criminal matters, firm besau jer amik, dia nak makan ape kan? So kot2 xnak bayar pastu kena blacklist, ambillah perkhidmatan beliau ya? Kayalah dia nanti. Syoknya dia kan Abang Rais kan kan thehehe thehehehe thehehehehe

    BalasPadam
  6. kalau dah kang kong tu..akan melahirkankan anak murid kong kang..tau tak apa kong kang? tak tau tanya prof kang kong..

    BalasPadam
  7. kangkong ni dah bengap sebab terperap dalam universiti bengap,lalu terbengaplah segala-gala yang bengap.

    BalasPadam
  8. kpd tukang tiub debu..sy amat bersetuju dngn kenyataan anda berkenaan kos yng incured jika hendak mensabitkan kesalahan pemandu yang dikenakan saman ekor..
    Tapi anda kene faham yng KASE / pakatan rakyat cuba usahakan ialah MEMANSUHKAN terus saman ekor tersebut.Nak tangkap secara terus terang..Bukannya mcm mencuri di siang hari..secara senyap2..kene bg tawaran kompaun had laju tu serta merta setelah pelaku melakukan kesalahan di mana road blok hendaklah di buat beberapa km/m dr tempat tembakan had laju di lakukan..so kalu pencuri yng menggunakan no. plate palsu idak menganiaya pemillik sebenar no. plate tersebut. tambahan pula mgkin pemandu boleh memberi alasan munasabah yng MEMANG munasabah kepada polis untuk dikecualikan dr diberi tawaran kompaun/saman..

    BalasPadam
  9. Tukang Tiub Debu nak tunjuk pandai. Kesian nampak bengong yg teramat sangat. Kes-kes kecil macam kesalahan trfik Timbalan Pendakwaraya tak pernah ambil pot pun. Semua dibuat oleh Pegawai Pendakwa saja. Kalau PDRM biasanya Inspektor Trafik dan kes dibawa ke Mahkamah Majestret. Kat situ didakwalah yang dituduh. Kalau dia ngaku salah maka dihukumnya hari tu juga. Kalau tak ngaku maka ditunda kesnya supaya Pendawak boleh panggil saksinya iatu polis yg menyaman. Itu pun susah ka? Makan kos tinggi ke? Akai ada ke? Bodohlah Tukang Tiub Debu....

    BalasPadam
  10. owh.cmtu rupenye.bru la aku paham.

    BalasPadam
  11. kepada Telur Sekunder dan kawan2 seangkatan..Malaysia ni memang free country.boleh suarakan pendapat,komen dll.tapi kita tetap beralaskan moral dan agama.jadi kalau nak komen pendapat orang tu komen je lah.anything under the sun.tapi tak perlu la nak babitkan kredibiliti orang tu macam lah kite ni best sangat.silap2 spm pun boleh kira brape kredit.kempen pun kempen juga tapi dosa pahala tetap kira..

    BalasPadam
  12. Tiub Leh, untuk makluman anda, sekarang ni kita dah tak pakai Prosecuting Officer dari PDRM dah, even in small offences such as this. Itu zaman dahulu kala bang oi. Dulu depa kata nanti takut ada conflict of interest, polis yang siasat DAN mendakwa. So sekarang ni semua timbalan pendakwaraya yang buat. Hang tak caya hang gi la mahkamah trafik cuba tengok sat. Siapa dakwa, polis ke atau timbalan pendakwa raya? Hehehe :)

    Costing berbeza-beza ikut kes. Saya kira untuk kes trafik kosnya tidak tinggi, tidak la sampai RM100,000.00 seperti yang dikatakan Tukang Tiup Debu. Tapi nak kata tidak melibatkan kos, itu tak betullah. Untuk bawa masuk evidence CCTV recording, tak boleh bawa masuk through polis. Kena examine oleh pakar dulu, dan selepas tu kena store data. Kena make sure chain of that evidence is intact, supaya mahkamah dapat pastikan bahawa data yang dibawa masuk ke dalam mahkamah adalah sama seperti yang diambil dari surveillance room. kalau the chain is broken, defence lawyer senang2 dapat patahkan evidence yang dibawa masuk timbalan pendakwaraya. Dah xdpt nak disabitkan bersalah. So ini semua melibatkan kos no?

    Kalau saya silap, mohon maaf ya Tiub Leh. Nak panggil saya bodoh ke, kong kang ke, silalah. Saya cuma ketawa kecil manja je bila dengar. Saya bukannya penulis @ pengkritik pun. Peace! :)

    Kepada Tanpa Nama bertarikh 14 Mac 2011 2:53 p.m., saya setuju dengan pandangan anda. Tetapi kesukaran yang dihadapi di sini adalah berkenaan dengan jumlah anggota trafik yang sedia ada untuk mengawal 'hotspots'. Mungkin itu salah satu sebab mengapa undang-undang sebegini dikuatkuasakan di mana as long as pesalah melakukan kesalahan, dia akan dikenakan denda, tidak kira sebab mengapa mereka membawa laju, mungkin sebab kecemasan dll. Inilah dilema terbesar yang akan dihadapi semua pihak terlibat, samada untuk menyabitkan mereka yang bersalah atau melindung hak mereka yang mempunyai sebab yang munasabah untuk membawa laju. Mungkin anda ada cadangan untuk mengatasi perkara ini?

    BalasPadam