Isnin, 7 Mac 2011

KENYATAAN MEDIA



SILA DAFTAR JADI PEMINAT BIK



nota:
sila menjadi peminat bik
ini fb paling cool
paling hot
paling hit
paling fat
kah kah kah







BAHAGIAN FLOM
PEJABAT PERDANA PERDANA MENTERI
4 MAC 2011


Dalam semangat kebebasan media yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), tiba-tiba saya terus menjadi mangsa kezaliman media dunia. Pada 4 Mac 2011, laman Facebook (FB) rasmi saya sekali lagi telah dihapuskan oleh pengurusan FB.

Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, laman ini bukanlah laman propaganda sepertimana yang difitnah oleh pihak pembangkang. Sebaliknya laman FB tersebut adalah untuk memudahkan saya menyelami hati nurani hamba rakyat 1Malaysia ini.

Tetapi perkembangan terbaru ini sangat mengecewakan saya. Pihak pengurusan FB sepatutnya berkecuali serta mestilah menyiasat betul-betul dahulu sebelum menghapuskan laman FB saya tersebut. Jika beginilah amalan Pengurusan FB, yang kononnya menjadi agen perubahan untuk Revolusi Mesir, maka saya tidak hairan jika suatu hari nanti dunia akan jatuh ke dalam kancah yang tidak stabil.

Jika itu berlaku, maka pihak FB mesti bertanggungjawab! Sementara saya tidak bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan penyokong fanatik saya yang melakukan tindakan yang tidak mampu saya kendalikan gara-gara ketidakadilan yang telah saya terima.

Di samping itu, dari maklumat Majlis Keselamatan Negara, saya dilaporkan bahawa wujudnya konspirasi FB dengan pihak pembangkang di Malaysia. Saya percaya konspirasi ini turut didalangi oleh Yahudi, yang mahu mengekang kebangkitan Negara Islam Malaysia yang diterajui BN, yang kini kian mantap di bawah kepimpinan isteri saya iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak.

Dengan slogan hamba rakyat didahulukan, prestasi diutamakan, maka saya melihat pihak pembangkang sekarang amat terdesak sehingga mahu menggunakan bantuan asing demi merampas Putrajaya yang sejak azali dimiliki BN dan akan terus kekal menjadi milik BN.

Untuk pengurusan FB pula, anda telah melakukan kesilapan sangat besar jika menganggap konspirasi anda bersama pakatan pembangkang ini dapat melunturkan jiwa kental saya. Malah insiden ini sebenarnya semakin membulatkan lagi tekad saya untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh lapisan hamba rakyat 1Malaysia agar terus bersama-sama BN untuk menyelamatkan Malaysia dari genggaman Yahudi yang menaja pihak pembangkang ini!

Bahkan, marilah juga kita buktikannya dengan menolak calon pembangkang pada Pilihanraya Kecil di Kerdau dan Merlimau yang menjelang tiba. Pembangkang sebagai musuh negara tidak boleh sama sekali mendapat tempat di negara ini.

BIK MAMA
Suami kepada Perdana Menteri Malaysia
Bahagian FLOM
Pejabat Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya

Tel: 03-8888 8037
bikmama@pmo.gov.my


11 ulasan:

  1. rosmah mansur ponya e-mail ialah hantukopek@flom.gov.my

    BalasPadam
  2. "memudahkan saya menyelami hati nurani hamba rakyat 1Malaysia ini"

    cuba baca dengan teliti dengan ayat bik mama...perkataan HAMBA RAKYAT tu....

    apa kau ingat rakyat Malaysia ini hamba mu...ptui!!

    tak sabar aku nak pangkah pakatan rakyat PRU13 nanti...

    BalasPadam
  3. Ironically, pembangkang pun suka guna alasan yang sama.

    maksud aku part sperti 'kerajaan didalangai Yahudi, APCO, blablabla'.

    Paling bangang masuk cerita dongeng Illuminati.

    BalasPadam
  4. She is a MONSTER......

    BalasPadam
  5. oleh kerana saya badak air maka saya mempunyai jiwa yg sangat kental dan lasak walaupun di asak oleh mereka mereka yg berjiwa busuk lagi syaitan.

    patutnya kat Fb tu dia letak status 'sedang mandi dgn 15 gelen air'. baru lah rakyat 'like'. mark zusah-nak-eja pun gembira.

    BalasPadam
  6. SHAH...

    LU DAH KETINGGALAM ZAMAN PASAL APCO!

    BalasPadam
  7. tt yg buat page tu ke kahkahkah kantoi

    BalasPadam
  8. TT
    lagi gambar muak aku tengok

    macam mana la PR nak menang pilihanraya kalau gambar macam ni pun jadi modal kempen TT.

    Mak cik felda dah tau, gambar ni gambar tipu!

    Bincang la perkara berfaedah sikit!
    mak cik felda dah boleh fikir, bukan macam dulu2

    mak cik felda dah tak main gambar2 dah
    mak cik felda dah pandai pegang duit!!!
    PR ada duit ker?
    Kalau mak cik felda tolong, PR boleh tolong balik ker?

    Dah ler TT!
    Mat Ketam boleh tolong balik kalau mak cik felda tolong mat ketam!!

    gambar2 ni mak cik felda tak main dah!!! Tak kenyang pun! Tak boleh kalung emas kat lengan pun!! Boleh jalan daaa!

    BalasPadam
  9. she's a MONSTER, fugly MONSTER, fatso MONSTER, but Najib doesn't mind!

    BalasPadam
  10. Losmah lebih baik bikin blog sendili. Lesepi masakan untuk pelempuan gemuk. tentu manyak hits maa. sudah manyak hits, balu Losmah mule selam macam badak !!!

    BalasPadam