Ahad, 6 Mac 2011
KENYATAAN RASMI
MENGAPA ANWAR IBRAHIM DIBICARAKAN?
Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.
Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.
Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali.
Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa.
Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.
Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.
Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Sunday, March 6, 2011
BalasPadamPAS Menang Di Kerdau....
Pas menang di kerdau... tapi menang sorak je la, zikir, mengaji lepas tu maki hamun orang, sampaikan makcik yang pakai baju dan tudung merah yang nak pergi mengundi pun dia makinya, depa ingatkan makcik tu perayu undi bn, punya lah bahalol penyokong pas ni. kejadian berlaku di peti undi smk kerdau.
Pusat pengundian dah tutup, peratusan terakhir keluar undi di dun kerdau 81.5%, aku akan siarkan keputusan tidak rasmi pada jam 6 petang ini, apa pun korang tengok la gambar aku yang tak seberapa ni.
Lengang, pengundi di peti undi felda 23 awal-awal lagi dah keluar mengundi.
Pun lengang jugak, peti undi felda jengka 22, awal-awal jugak mereka dah keluar undi.
Posted by det at 5:09 PM
Keh..keh..keh..meroyan lah lu TT..anagan-angan mat jenin la lu..tapi yang paling terbaikkkk sekali gua rasa yang selama ni yang bangang adalah penyokong pakatan..keh..keh..maki hamun la lagi ye..terbaikkkk la rakyat kerdau/merlimau..
BalasPadamkah kah kah kah kah ..... BN menang Merlimau dan Kerdau. KAH KAH KAH KAh
BalasPadamBro Isham, apsal PAS/ PR semakin merudung nampaknya...
BalasPadamPada pendapat aku PR semakin merudung sebab isu perpaduan PAS yg telah menghakis kepercayaan rakyat dan kerana pemilihan PKR tempohari yang penuh kucar kacir serta banyak acara lompat katak yang berlaku...
PAS dilihat semakin tidak relevan apabila masih mengekalkan org yg dah habis bateri seperti Stopa Ali, Abu Bakar Chik dan yg sewaktu dengannya...
Dengan perkembangan semasa ini, mampukah PR untuk ambilalih Putrajaya?
kah kah kah!
BalasPadamSejarah belakang diukir,
Rakyat menjadi raja,
bila,
Laungan menjadi tsunami,
Semangat adalah api,
Jalanraya menguburi jasad,
Belatan hinggap dikepala,
Mandi disiram air gatal,
Topi merah menelan pil kuda,
Lori hitam bepagar besi,
Senjata dihala ganas,
Bagaikan rakyat dibumi asing,
Rakyat menjadi raja,
Filipina, Tunisia, Mesir,
kini Libya dan Bahrin.
Rakyat marah,
Amok mengila,
bila,
Penipuan dipagari tembok batu,
Pagar telah makan padi,
Rasuah mainan menteri,
Bagaikan budaya rasmi,
Tanah moyang dilelong,
Atas nama pembangunan,
Barangan harga melambung,
Selaras struktur pemanis mulut,
Pengadil pilihanraya anjingnya,
Parti lawan bawa tangan kosong,
Mahkamah bagaikan pentas lawak,
Watak bodoh berkot hitam,
Undang-undang memilih bulu,
Hancur bila lawan menteri.
Adakah ....,
Puteri anak bumi bermata buta?,
Putera sudah berjantina dua?,
Beragama bertukar syaitan bisu?,
Si cerdik menjadi bacur?,
Si gagah hilang tenaga?,
Si kaya berubah tangkai jering?.
Fikirkanlah ...,
Bumi ini milik mu,
Tanah ini diam warisan mu,
Air ini tempayan beras mani mu,
Sungai ini hidup bani mu.
Pahang dah nak muflis, Ali Ketam pernah terbukti terbabit dgn rasuah, tapi majoriti melayu tetap pilih mereka berdua sebagai pemimpin...
BalasPadamApa lagi yg nak di kata?
BN kalau betul nak uji sokongan 'genuine' silalah bertanding di kawasan bandar yang syaratnya tidak ada undi pos dan felda, kalau BN menang, aku akan tabik spring buat BN...
tu je tahap beeN hanya mampu menang kawasan luar bandar. sedikit masa lagi beeN hanya menang kawasan hutan je. sebab rakyat bandar dan pnggir bandar dah tendang deme.
BalasPadamSementara Melayu terus ditipu oleh gerombolan , rakyat Ivory Coast , rakyat Bahrain dan rakyat Libya dibunoh beramai ramai dengan kejam.
BalasPadamTT, orang main depan belakang cammana mau jadi pemimpin bro...Bahaya!!!
BalasPadamlu ckap banyak la. rakyat dah pilh kerajaan di kerdau ngan merlimau.. biarkan je la. terima je la kekalahan.. ni tak puak pakatan tak habis2 ngan pemperontakan ala mesir padahal pemberontakan pakatan yang hendak mengusai kerajaan tanpa pilihanraya.. rasional la sikit beb..
BalasPadamKita sebenarnya sudah terperangkap dalam masalah perkauman. Semakin hari semakin tebal dan sukar untuk merawat penyakit ini.UMNO pun terkena sindrom ini..bila mereka cuba alih kepada tengah..orang Melayu tidak suka. Bila DAP menghulur tangan persahabatan kepada Melayu Pulau Pinang,LGE dipinggirkan oleh Cina Penang. Bila Pas membawa Ideologi perpaduan UMMAH..PAS dicap sebagai menentang Nasionalisma Melayu. Kempen pilihanraya kini semakin mudah untuk manipulasi pengundi..di kawasan majoriti Melayu buat ceramah anti Cina,di kawasan majoriti bukan Melayu buat kempen 1 Malaysia. Kempen PR hmmm.. isu rasuah, kronism, salah guna kuasa tidak minat dan dapat perhatian pengundi. Cina selagi boleh buat duit peduli apa dgn rasuah?. Melayu selagi ada ketuanan Melayu peduli apa dengan kronisma dan salah guna kuasa. Teoh dan Kugan bukan Melayu..itu hal cina dan Hindu bukan hal kita. Bila Amirul kena tembak itu salah emak bapak dia bagi kereta kat anak!.Melayu ditakutkan dgn Ketuanan Melayu, Cina ditakutkan dengan perniagaan mereka hancur. India ditakutkan kapal nak karam. Org Felda ditakutkan dgn Kalau UMNO tak ada habis tanah felda kena rampas dgn DAP.Bingkai ketakutan ini telah terpaku dalam pemikiran Melayu, Cina dan India sukar untuk cabut. Tukul besi ada dwi peranan, boleh ketuk masuk dan boleh juga gunakan untuk cabut. Fahaman Ketuanan Melayu atau keistimewaan hak Melayu cuma seperti membeli tiket "big sweep" dan harap jadi jutawan. Wal hal Ananda krishnan semakin hari semakin kaya. Sama jugalah yg jual tiket ketuanan melayu yang menjadi kaya raya.sekurang-kurang penjual tiket ini beri harapan...PR beri harapan sedikit seratus ringgit sebulan..mana org hendak...?. Kalau pertahankan ketuanan Melayu boleh jadi jutawan?...harapan???.
BalasPadamLeenkonyou....cakap ikut kepala lutut
BalasPadamada otak namanya otak udang..mereka bertanding bukan dipadang yg rata, sebenarnya bukan melawan sebuah parti dayus tapi sebuah kerajaan...betapa tidak segala saluran kerajaan digunakan 100% hanya utk menentang pembangkang diatas nama demokrasi sedangkan tangannya diikat mulut dan matanya ditutup..cuba lihat segala media cetak dan elektronik saban masa
berkempen kepada sebuah parti dayus..memuji,memuja,mengampu menjilat segala lendir dan kahak..
Pembangkang? ceramahnya disabotaj,sepanduknya dikoyakan.Permit ceramah kejap boleh kejap x boleh kejap dilengah2kan..apakah ini
namanya anak jantan?.Segala projek mee segera ada hasil dari cukai Rakyat x payah nak dabik dada kata dari duit KERAjaan adakah segala bentuk cukai dari menyokong pembangkang itu dikecualikan?,jawapanya tidak!,mereka berjuang diatas semangat kesedaran bukan bertatahkan kebendaan kalah menang no 2...mereka tidak disuapkan dan disajikan dengan ribuan ringgit malah mereka mengorbankan masa wang ringgit sendiri dan tidak menuntut untuk diganti,disitu dapat dilihat dan dibezakan moral sebuah perjuangan,bagi mereka yang dayus tanpa wang mereka mati tanpa wang tidak ada perjuangan..tanpa kuasa mereka adalah orang yang bacul..
KAHKAHKAH AKU DAH AGAK BeEND AKAN MENANG KAT HUTAN MERLIMAU DGN KERDAU NI..TU PUN BIASE LE TABURR RASUAH aka PROJEK KEBETULAN YG DIRANCANG SEJAK DINASTI MING DULU...JENUH BELI JIWA NAK MENANG...BAGI LE SIKIT KAWASAN2 HUTAN FELDA DEKAT BeEND..LAGIPUN DEME DAH PEGANG DARI ZAMAN KOMUNIS LAGI DAH...YANG PENTING JAGA SELANGOR, PENANG, DAN LAIN2 TU HIDUP PR!
BalasPadamCEH! Baru aku ingat ni tulisan TT.
BalasPadamHahaha. Apa pun, sebenarnya, bagus artikel ni. Aku tertanya2, apakah perubahan yang sebenarnya dijanjikan tu? Tak payahla kata penyokong PR, aku rasa penyokong BN pun dahagakan perubahan kat bumi kita yang tercinta ni. Agaknya berapa orang BN yang suka dengan pembaziran kerajaan? Berapa orang yang suka Bik Mama?
PR ada peluang yang luas di situ untuk memancing undi rakyat. Malangnya, peluang itu dibuang dengan omong2 kosong. Janji2 palsu. Menjatuh2kan pihak lawan, memburuk2kan lawan dengan isu2 tidak penting dan remeh, persis strategi BN itu sendiri.
Maaf, sekarang bukan masanya saya undi PR walaupun saya sendiri dahagakan perubahan. Sebelum kita sebut reformasi terhadap negara, apa kata kita bicara dulu tentang reformasi di dalam PR?
Di dalam UMNO; telah ada budaya ini, mungkin lambat, mungkin lembab, tapi ini tidak mustahil kerana telah ada tindakan dan inisiatifnya. Setidak2nya pada orang bawahan.
Berubahlah PR. Dan mungkin rakyat lebih lapang memangkah anda.
@anon 10:59pm:
Kalau undi orang FELDA tak genuine la? Buruk betul perangai ko discriminate dorang kahkahkah
Masih bodoh rakyat Kerdau dan Merlimau.
BalasPadamAs Salam Bro TT. Baguslah kalau dah banyak sangat komen tentang PAS. Mudah-mudahan Presiden mereka akan sedar dan angkat kaki. Biarlah golongan muda yang akan mengambil alih teraju kepimpinan dengan dipantau dan dinasihati oleh Musyidul Am mereka. Husam Musa, Nizar Jamaluddin, Mujahid Yusof, Syed Azman dll, adalah tokoh muda yang amat berbakat, sampai bila kita mahu menyimpan mereka di kerusi simpanan, hanya kerana mahu menjaga hati golongan lama yang dah kurang angin? Kritik bukan bermakna benci, tapi amat sayangkan parti. Orang berlebai dan berjanggut ini kena selalu dikritik, jika tidak mereka akan anggap mereka maksum, suci murni dan lebih mulia serta lebih disayangi tuhan dari makhluk lain. Lainlah kalau yang bersongkok tinggi tu (UMNO), kita tak payah nak nasihat dah kerana mereka ni dah tak mengenal halal dan haram di dunia ini, membujur lalu melintang patah. Ayuhlah berubah! Usia kita pun dah tak berapa mengizinkan lagi untuk melihat suasana politik yang selamat dan adil untuk diwarisi oleh anak-anak di dunia ini. Tolong lenyapkan parti rasuah, kroni dan korupsi seperti UMNO, demi kesejahteraan zuriat kita di masa akan datang. Jangan pedulikan rasuah jangka pendek oleh UMNO, fikirkan masa hadapan keturunan kita walaupun kita berfikiran hamba dan jumud hampir 53 tahun kerana berada di negara paling banyak Raja di dunia, tetapi biarlah kita menjadi Raja di dalam hati kita sendiri.
BalasPadamkah kah kah...
BalasPadamkalah lagi....
akhirnya "bik mama" menunjukkan
aura nya....
padan muka pakatan rakyat...
kah kah kah kalah lagi
@1Crony: Cakap ganti orang baru, tapi TGNA tua dah nak reput tu simpan buat ape? Nampak sgt ko tak suka orang2 tertentu dalam PAS sahaja.. ganti orang muda konon. PIRAHHHHHHHHHHHH~
BalasPadamBEGITULAH ORG2 MELAYU...
BalasPadamBUKAN SEMUANYA ADA KESEDARAN UTK BERUBAH...YG MENJADIKAN MANSUIA BERUBAH IALAH ILMU....SAMADA ILMU DUNIA ATAU AGAMA + KESEDARAN HIDAYAH.
SEBENARNYA MANUSIA MELAYU IALAH MANUSIA YG HIDUPNYA SANTAI, TIDAK BERCITA2 TINGGI, TETAPI ANGAN2NYA TINGGI DAN INGIN MENCAPAI SESUTAU DGN JALAN MUDAH...
BERBEZA DGN ORG2 CINA...SEMANGAT PAHLAWAN CINA, SENTIASA HIDUP BERTARUNG...DLM PERJUANGAN SAMA ADA NK KAYA, BERKUASA, ATAU BINA MENPAYAR UTK ANAK CUCU CICIT, ATAS NAMA KELUARGA...
KITA JUGA MUDAH DI TIPU OLEH BANGSA LAIN DAN JUGA TERMASUK SESAMA BANGSA KITA (ORG2 YG MENGAKU, MENGADA2KAN CERITA, ASAL-USUL DAN SEBAGAINYA)
KITA BERUBAH SETELAH MELIHAT PERUBAHAN ITU BERLAKU DI SEKELILING KITA...CONTOHNYA, KITA MERDEKA 1957...ORG2 LAIN MERDEKA AWAL LAGI DRPD KITA...SELEPAS PERANG DUNIA KE-2, 1945-1947 ORG2 LAIN/NEGARA2 LAIN MERDEKA.
JADI NK BERUBAH TU LAMBAT SKIT..
JADI KALAU ADA TSUNAMI 2008, MAKA NEGERI2 LAIN...YG ADA MELAYU, AKAN BERUBAH SETELAH MEREKA MELIHAT NEGERI2 PAKATAN RAKYAT MENJADI LEBIH BAIK DAN MAKMUR DR NEGERI2 BN. JADI, NEGERI2 PR, MESTILAH BERUSAHA KERAS SUPAYA REKOD DAN KEMAJUAN NEGERI2 BAWAH PR ADALAH LEBIH BAIK DR BN...SEHINGGALAH RAKYA2 MELAYU DI NEGERI2 BN AKAN BERUBAH SELERA NANTI... JGNLAH KITA NK CEPAT SGT MEMERINTAH MALAYSIA, TANPA TUNJUK BUKTI YG KITA LEBIH BAIK DR BN...
PR tewas di dua tempat kerana YB2nya terlalu cepat dahagakan jawatan MB dan menteri. Yang atas2 gilakan jawatan PM/ Timbalan PM.
BalasPadamKita ambil contoh pergolakan dalaman PKR. Semua nak jadi YB. Semua nak pegang jawatan. Prasiden dan penasihat pulak pekak badak.
Dalam minda rakyat, apa bezanya PKR dengan Umno? Beza pada nama shja.
Kalau dah sibuk berebut jawatan, tikam menikam, jatuh menjatuh, satu kerja pun tak boleh jalan.
semua berlumba2 nk jadi mb dan menteri. Siapa pula nak nak buat kerja???
Jawatan jadi nombor satu. Tanggungjawab untuk rakyat jadi no dua. Jumpa rakyat cuma nak pilihanraya. Sebijik macam umno.
nak harapkan kemenangan???
Jauh panggang dari api!!!
Patutlah Gobala cabut lari!!!
Patutlah RPK tak sedap hati!!!
Kalau Nuar tak faham lagi, dua tahun lagi berkuburlah nanti.