Khamis, 24 Mac 2011

RIWAYAT MASA DEPAN



KAKAK DAN ADIK KITA


Dari jauh aku ternampak di gigi jalan masih banyak meja kosong. Ini waktu peralihan – agak terlewat untuk minum petang dan agak terlalu awal untuk makan malam. Kalau mengikut apa yang dikesahkan oleh arwah Nenek aku – ketika inilah hantu banyak berkeliaran. Waktu-waktu bagini mengikut arwah Nenek, Sang Hantu sedang berpesta.

Diwaktu ini juga aku telah bersedia untuk menjadi hantu. Lalu aku menarik sebuah kerusi dan duduk. Aku melihat diri aku kesaorangan duduk di meja bulat yang besar. Café ini telah lama menjadi pilihan. Aku sengaja menggunakan perkataan café disini – untuk mengingatkan kota Paris. Tetapi ini bukan café di kota Paris – ini kedai kopi China Apek dekat Jalan Petaling.

Aku menggamit Apek Seluar Pendek Berbaju T. Lalu meminta secangkir teh China. Kalau di kota Paris aku telah memesan secangkir air anggur merah. Aku tak punya alasan kenapa aku memesan the China. Mungkin nak mejaga kesehatan.

Di hadapan ada lagi sebuah meja bulat besar. Di meja hadapan seorang lelaki yang aku tidak pasti mukanya kerana belakangnya berhadapan dengan aku. Disebelahnya seorang gadis China – mungkin awal tiga puluhan. Aku yakin ini China Doll kerana bunyi Mandrin yang aku dengar dari mulutnya. Skirtnya yang pendek menampakkan pehanya yang gebu meyakinkan aku lagi bahawa perempuan China ini sedang berniaga.

Jalan tidak sibuk. Yang banyak mundar mandir hanya anak anak muda dari Eropah yang mungkin menginap di hotel-hotel murah yang banyak di wilayah ini. Tidak kelihatan langsung Minah Cun atau Awang Kiut yang biasanya melaram di daerah ini.

Teh China aku sampai. Aku terperanjat besar. Si Apek tersenyum simpul seolah-olah meminta maaf. Harga seteko kecil telah melonjak ke tiga ringgit – dari dua ringgit. Si Apek dengan senyum cuba menerangkan bahawa semua barang telah naik harga. Lalu aku bertanya tentang harga secawan kopi o, secawan teh susu tanpa gula dan dan dan. Aduh! Semuanya telah berubah.

Tetiba lelaki di hadapan aku menoleh dan berkata ‘ nak pergi Genting’. Aku tak tahu kenapa dia berkata demikian. Apakah muka aku muka seorang penjudi. Kemudian dia bertanya apakah aku ini anak Malaysia. Ini satu soalan yang amat sering aku terima. Aku mengangguk. Dia menoleh dan berkata sesuatu kepada China Doll. Mungkin dia menerangkan bahawa aku ini bukan bakal pelanggan.

Belum sempat aku menuangkan teh aku ternampak seorang perempuan India di gigi jalan. Aku memberi senyuman percuma. Ini satu perlaboran yang tidak memerlukan wang ringgit. Pelaboran yang telah aku perbaiki hingga menjadi satu seni. Seni yang telah aku gunakan dari benua ke benua. Kadang-kadang berjaya – kadang-kadang gagal. Jika tidak melabor kita tidak tahu dengan siapa kita kan berkongsi bantal.

Achi ini tersenyum kembali. Aku memberi bahasa badan mengajak dia duduk di meja aku. Lalu Si Achi datang untuk berkongsi di meja bulat. Aku tidak kesaorang lagi.

Si Achi bertanya apa yang aku buat sendirian. Aku pula bertanya asal usul si Achi ini. Aku adalah insan yang paling kurios. Insan yang tak sudah sudah ingin tahu akan kesah hidup orang-orang seperti Si Achi. Ada sesuatu yang menarik aku. Ketika di sekolah menengah dahulu aku tertarik dengan dunia Siti Salina ini. Aku juga terus bertanya dimana bermulanya dunia Suzie Wong.

Aku merasakan Salina, Suzie dan Si Achi ini lebih jujur dari ramai Sang Isteri yang di goddam suami. Kalau mahu mengoddam Siti Salina atau Suzie Wong kita perlu membayar. Kalau Sang Suami menggodam Sang Isteri bukan sahaja digoddam malah dijadikan hamba - memasak, menjaga anak, membasoh, membersih rumah – tanpa satu sen bayaran. Oh! Disini politik feminis aku mula muncul.

Nah ! Si Achi ini menerangkan kepada aku bahawa badannya boleh di pakai untuk menjadi penyedap. Dengn harga yang berpatutan – 50 ringgit untuk satu jam. Wow! Aku terbarai ketawa. Untuk aku satu jam ini agak lama. Apa yang harus aku buat satu jam bersama Si Achi ini? Apakah aku perlu terus bergumpal dan bergusti dengan Si Achi ini untuk memastkan aku tidak kerugian 50 ringgit. Aku ketawa sendirian.

Ketika aku terus ketawa Si Achi ini terus bersurah. Dia berasal dari Bahau. Datang dari keluarga miskin. Duduk dan memburuh dalam ladang sawit. Walau pun miskin dunia Achi ini pada satu ketika dahulu cukup indah. Dia disayangi oleh Sang Suami dan mendapat dua cahaya mata. Tetapi semunya berubah. Mereka diminta meninggalkan ladang kerana kawasan ini telah berubah.

Lalu keluarga ini berpindah untuk mencuba nasib di kota. Mereka mendirikan rumah setinggan dan menjadi penduduk miskin kota di wilayah Sungai Way. Sang Suami membuat itu dan ini. Dalam kemiskianan anak mereka tidak bersekolah. Hidup dalam kota tidak menjanjikan apa-apa.

Satu ketika merka diminta berpindah lagi kerana tanah yang mereka duduki akan menjadi kawasa perumahan mewah. Kali ini nasib agak baik. Keluarga mereka diberi peluang untuk memiliki rumah murah di Perumahan Baiduri. Kelihatan dunia semakin cerah. Tetapi tidak lama kerana ditakdirkan satu hari ketika memboceng bersama suami motosikal mereka dilanggar lori. Sang Suami meninggal dunia dalam kemalangan ini. Mengikut Achi ini terjadi pada tahun 1999 dahulu.

‘Lihat ini..’ Si Achi membongkok dan menunjukkan kepada aku parut di betisnya. Aku ternampak otot betisnya telah berubah menjadi kecil. Apabila sang Suami meninggal maka kehidupan menjadi porak peranda. Setiap bulan perlu ada 363 ringgit untuk membayar hutang rumah.

Si Achi mengambil talipon bimbit. Dia menalipon. Dia bercakap dalam bahasa yang aku tidak faham. Tapi dari lunak bahasanya pasti dengan orang yang disayang. Betul. Tepat.

‘Anak.. di Melaka ..dah kahwin duduk dengan suami. Anak jantan pun di Melaka. Dia juga dah kahwin.’ Bila aku tanya apakah telah ada cucu Si Achi menggeleng kepala. Apakh Si Achi ini berkata betul tidak dapat aku pastikan ini kerana anak yang tua berumur 28 tahun dan yang perempuan berumur 25 tahun.

‘Setahun sekali hari raya mereka datang.’ Si Achi menyambung surah. Dia menerangkan yang kini dia hidup bersendirian. Mengikut Achi jika dia bernasib baik dalam masa empat atau lima tahun lagi mungkin rumah ini akan selesai dibayar. Dia akan memiliki rumah sendiri.

Aku berfikir apakah dalam masa empat tahun lagi masih ada jantan yang ingin menyewa badan Si Achi ini. Ketika ini umurnya juga telah agak lanjut berbanding dengan China Doll yang duduk dihadapan aku. Malah ramai pendatang baru yang genit dan bergetah dari Indonesia telah mula membuka panggung di wilayah ini. Pendatang pendatang baru yang muda muda ini akan memberi siangan hebat.

Tetiba aku meminta maaf kerana ingin bertanya pekara yang agak sulit. ‘ Achi satu malam dapat berapa pelanggan?’

‘ Dapat lah tiga empat ekor…. China ada .. Melayu ada… India ada. Tapi jantan ini datang lewat malam lepas jam sepuluh. Awal-awal macam ini jantan ini malu’. Dengan bangganya Si Achi menerangkan sejelas mungkin pada aku.

Apabila aku mendengar perkatan ‘ekor’ ini aku terbarai ketawa. Aku rasa untuk Si Achi ini Si jantan yang datang ini bukan manusia tetapi hanya pelanggan. Ini contoh terbaik sikap seorang yang professional. Alangkah beruntungnya negara ini jika Si Achi ini ketika membesar dahulu disekolahkan. Pasti dengan sikap profesional ini dia akan bijak untuk menjadi CEO disebuah syarikat GLC kita.

Kemudian aku bertanya tentang keselamatan kerana Achi bekerja diwaktu malam hingga subuh. Achi menerangkan bahawa dia merasa agak selamat bekerja di wilayah ini. Pada waktu petang dia akan datang bekerja dengan bas atau keretapi. Dia hanya membawa beg tangan yang agak besar. Didalamnya ada cermin muka kecil, bedak, gincu dan beberapa keping kondm.

Si Achi telah cekap dan berpengalaman. Dia telah membuat kerja ini hampir enam tahun. Dia dapat membaca siapa yang betul betul gersang dan ingin belayar dengannya dan siapa yang cuma ingin datang meraba-raba punggungnya dibelakang lorong-lorong gelap ini.

Kedai kopi dimana aku selalu melepak adalah pusat perempuan-perempuan peghibur malam ini berkumpul. Kedai kopi ini letaknya agak stratejik. Di sekitar kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Tuan empunya hotel telah ‘dikautim’ dan tidak melarang Achi membawa pelanggan. Malah bilik boleh disewa mengikut jam. Dibilik yang sama juga Achi boleh berehat jika telah terlalu lewat malam.

Ketika kami bersembang datang dua orang lagi perempaun India ke meja kami. Mereka berdiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Dari pemerhatian amat jelas dua perempuan ini adalah pemadat. Mereka kurus dan agak comot. Salah seorang kelihatan bermata kuyu - terbuka terkatup matanya kerana serangan dadah.

Oh hampir aku terlupa. Awal tadi ketika aku mula membuka mulut pada Si Achi aku telah bertanya sama ada dia jantan atau perempuan. Aku agak was was kerana di wilayah ini agak susah untuk dikenal pasti yang mana jantan dan yang mana perempuan.

Achi ketawa dan berkata, ‘ kalau saya pondan saya lagi cantik…’ Aku minta maaf dan memberi alasan yang cermin mata aku telah kabur. Achi hanya tersenyum. Kemudian tanpa aku meminta Si Achi mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kepada aku.

‘ Saya orang Islam… tengok…’ Dengan bangga dia berkata.

Aku membaca namanya Zaharah Bee. Gambar mukanya Ache yang agak muda. Mukanya dibalut dengan kain tudung hitam seperti perempuan Shiah yang sering aku lihat gambar dalam internet.

Aku terperanjat kenapa Achi memberikan kad pengenalan kepada aku. Apakah kerana dia ingin memberitahu bahawa perkerjaan ini melintasi agama. Atau hanya ingin membuktikan bahawa dirinya binte dan bukan bin. Apa pun alasan yang ada dalam kepala Achi ketika membenarkan aku melihat kad pengenalannya tidak penting.

Yang penting ialah pada malam itu aku mengenali seorang lagi warga di bumi ini yang telah tercicir dan terpinggir. Kemiskinan pastilah salah satu punca. Si Achi ingin lari dari kemiskinan. Dia wajib mencari 363 ringgit sebulan untuk membayar hutang rumah. Hidup dalam kota bukan enteng. Semuanya memerlukan wang.

Pernah memburuh di ladang sawit, pernah memburuh di kilang tapi hidup masih tidak berubah. Kini umur telah lewat. Tidak mungkin dapat mencari duit dengan membanting tulang. Dulu di Bahau Achi berdiri di belakang pokok sawit kini Achi berdiri di belakang tiang di lorong gelap Jalan Petaling.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
yang kini dalam pasaran. Untuk
melanggan SUARA KEADILAN sila
pukul talipon: 03 - 22- 72-40-45

21 ulasan:

  1. Thumbs up!!

    Futuristik & Ganas.....kau dah tajuk utk CERPENG kau ni Sham?

    kalau "INTERKOS" camna?

    (maaf "INTERLOK" dah ada org lain booking)

    BalasPadam
  2. rasa macam sedih baca entri kali ni...itulah realiti kehidupan yg sebenarnya huhu

    pembaca senyap

    BalasPadam
  3. pembacaan ni ada maksud mendalam & tersirat tapi senang difahami..

    Ramai yg akan berkata "Si Achi adalah terlalu hina"

    Tetapi ramai yg tidak sedar, keadaan hidup, ekonomi, kerajaan yg ada serta segalanya bersangkut paut menjadikan Si Achi sebegitu.

    Di akhirnya perenggan bawah, Si Achi adalah seorang Islam...

    BalasPadam
  4. Geng Kumpulan Gerombolan Ketam Melaka;|

    Aku sungguh terharu dan sedeh dgn cerita Ko TT...
    Tapi tak apa..
    Aku nak pusing stu Kolompo nanti aku bawak balik jenis orang Ko cerita ni..
    sebab aku takut nanti..Tu Penyamun Tarbus langgan dia orang nanti buat Vidoe Baru pulak..Kah..Kah..Kah
    Sungguh malang nasib mereka ini tapi masih mempunyai hati baik dan tak niaya orang.....
    Ni Betina Umi Pukida ni lagi Teruk..
    Macam-macam kerja dia Buat...Bisiness Woman lah Kata kan...!!!
    Aku dapat dia ni aku tak kasi Chan..
    Aku mesti Jilat pumya...
    mana boleh buang peluang Beb...

    BalasPadam
  5. kasihan Cik Aci ni. Banyak lagi rentetan kesusahan kehidupan di bandar ini yang tak terungkap!!!

    BalasPadam
  6. Tahniah,

    Inilah realiti kehidupan. Yang terpaksa membuat 'kerja kotor' dipandang jijik.

    Tapi yang menyamun dan merompak kekayaan rakyat dipandang mulia kerana pakaian mereka yg berkot dan bertali leher.

    BalasPadam
  7. Tapi sayang..achi telah membuka rahsia...(jantan ni selalu datang lewat malam..lepas pukul 10...)sooo ironi sekali...kah..kah..kah..la la la la

    BalasPadam
  8. Lu memang best la TT, tp lu potong stim gua tgh baca, byk ejaan salah.

    Baik lu taip guna typewriter..kahkahkahkahkah.....

    BTW, u the best.

    BalasPadam
  9. TT cafe manakah ini... aku mau pergi jgak

    BalasPadam
  10. org spt achi ni bukan satu di wilayah kita
    tapi beribu

    semuanya kerana ingin mencari 363 sebulan

    mereka tidak mahu meminjam2 hingga rm15K yang entah bila akan dipulangkan

    BalasPadam
  11. Siapa yang nak jadi pelacur ? Mereka menjual badan kerana dalam keterpaksaan. Malaysia sebuah negara yang kaya denga hasil tanaman, galian dan semua bentuk anugerah Tuhan. Namun masih kedapatan kemiskinan di kalangan warga Malaysia. Yang kaya tetap mengaut kekayaan manakala yang miskin terus dilupai dan dipinggirkan. Kawasan kawasan estet dijadikan kawasan perumahan mewah, padang golf dan bermacam lagi atas alasan pembangunan tetapi pembangunan sebegini untuk siapa ? Pastinya untuk golongan kaya yang ingin berada dalam suasana tenang dan sepi. Yang miskin menjadi setinggan, tiada pekerjaan, jadi penagih dadah dan alkohol sehingga hancur berkecai. Negara perlukan pemimpin yang mampu urus tadbir dengan baik. Polisi berjiwa rakyat untuk membantu rakyat dan penting sekali TIDAK RASUAH. Wawasan demin wawasan tanpa hati yang suci bagi memperbaiki keadaan tidak akan membawa hasil yang sepatutnya. Orang perseorangan yang mempunyai kaitan dan pengaruh politik belot segala kekayaan negara ini. Perkara sebegini lebih baik dibawah penjajahan masih lagi dijajah dan ditindas walaupun kemerdekaan sudah lama. Amen

    BalasPadam
  12. Bang TT , bila baca cerita ini rasa macam duduk depan Achi dengar dia bersurah ..best !!! TT ader raba2 Achi tak ? Walaupun TT rabun ..kah kah kah

    BalasPadam
  13. Fuyoo!! Ponek den baco..pun begitu tanpa rasa jemu bahkan hati bertukar sayu.

    Tu laa kan...bukan mudah bagi orang melayu nak cetuskan idea sehebat TT.

    Hamba tabik spring pada tuan hamba. Perjuangan yang tidak pernah ujud pada timbal balas.

    U're a legend.

    Setanding P.Ramlee yang awal2 sudah bikin Achi Achi buka pintu.

    Nana2 semua dah pakat jadi jembalang.

    Well u guys...tunggu apalagi...jalankan tanggungjawab heret semua yang cukup umor keluar mengundi.

    Bawa semua nenek moyang semak daftar pemilih dulu.

    Kalau ingat tak nak sia2kan pengorbanan insan kreatif ini...pakat2lah keluar mengundi.

    Jatuhnya UMNO dan BN atas bahu anak2 muda yang kami kasihi.

    BalasPadam
  14. saya suka membaca ayat sila pukul telefon ,begitu puitis

    BalasPadam
  15. Salam Bro..

    Tak yah nengok tv..mereka ni ada kat keliling kita je..cuma kita tak ambik kisah je..

    Didunia ni..bagi si achi ..nafsu shawat juga menjamin masa depan ....hanya untuk sesuap nasi...

    Pelacur dan rumah pelacur akan terus meriah dgn adanye permintaan dari bangsat2 ini..
    Berpuluh kali kena serbu..pelacur makin ramai..mewah mereka..

    Achi dan cina doll yang memilih jalannye sendiri.........

    BalasPadam
  16. buat tt yang aku sayangi..
    semasa aku belajar dulu, aku telah berkenalan seseorang yang bekerja seperti achi kau namanya kak Banuu.. banyak dia cerita tentang apa yang dia lalui, dari alam lelaki ke alam perempuan, hidup bertukar jantan, bermain dadah, dan segalanya..

    tersentuh aku mendengar kisah kak Banuu itu kerana sebab peminggiran seperti itulah dia selalu keluar masuk pusat pemulihan akhlak batu gajah perak.. ntah2 achi kau itu kak banuu aku tu pa..

    bro din penang

    BalasPadam
  17. i veri laik penulisan lu.....asek menganjing pn tak syokk jgak kan bro?? kah kah kah!

    BalasPadam
  18. Salam Bro Sham.....u..u..are the best writer in SEA...kalah writer Intergolok...kalu geng kicap baca..pasal.."Aici" tentu geng kicap melompat & report kat MIC...sebab "Aichi" kaum suka menyontot..& disontot...

    BalasPadam
  19. Yo Abang,

    indah sungguh cerita abang ini bagai tulisan MAMAK MADE punya memoir.. dua2 sama, ada connection dengan India.

    Tapi abang, ada sikit tak logik bro!

    Kalau dia ambik loan rumah pakai nama laki dia, gua ingat dia dah tak payah bayar sebab insurans dah cover bro.

    kalau dia ambik pakai nama dia gua dah kira....
    umur dia dalam 45, gua assume dia kawin umur 16...beranak satu masa umur 17, so 17 campur 28 jadik 45.

    kalau dia ambik rumah tahun 99, gua ingat dia ambik loan 25 tahun la bro, rumah kat baiduri 40k je bro... dia punya installment dalam rm248 je bro...

    gua ingat die kenching lu sikit bro sebab dia nak mark-up macam bik mama... kalau tak lu bole dapat geli-geli 1 jam rm30 je bro...

    last sekali gua nak tanya... lu ambik tak?...LU NAKAL BRO, LU NAKAL!

    BalasPadam
  20. epilog dr cerita diatas, kedaifan & kesusahan akan membuatkan seseorang utk berbuat apa saja demi mencari sesuap nasi. Kehidupan amat payah utk di gambarkan.x tau bagaimana nasib insan seperti ini di kemudian hari.nukilan ku tanpa suara,tangisanku tiada berair mata...

    BalasPadam
  21. epilog dr cerita diatas, kedaifan & kesusahan akan membuatkan seseorang utk berbuat apa saja demi mencari sesuap nasi. Kehidupan amat payah utk di gambarkan.x tau bagaimana nasib insan seperti ini di kemudian hari.nukilan ku tanpa suara,tangisanku tiada berair mata...

    BalasPadam