Ahad, 20 Mac 2011
SUARA SAMAN EKOR
SATU INDUSTRI
nota:
gerombolan telah kurang duit
maka saman ekor adalah salah
satu cara untuk rembat duit rakyat
selain dari saman ekor
gerombolan juga mencari dana
melalui judi tiap mingu
ada spesial draw - duit
dari spesil draw ini ialah
duit judi ekor
KEPADA YANG BERKENAAN
Email dan surat rasmi telah pun dihantar ke Polis Diraja Malaysia, namun sehingga hari ini, semakan saman saya masih menjadi misteri. Hairan bin ajaib, bilamana, kerajaan Malaysia yang dilengkapi dengan segala macam kemudahan ICT, namun masih berada dikeadaan Status Quo (malas bertindak). Dalam TV, menterinya beriya-iya berkata kalau tidak puas hati dengan saman, sila kemuka kan surat rasmi. Namun, anak buahnya hanya suka menyaman orang tanpa soal selidik dan kemudian menjadi pengemis kepada rakyat meminta wang kepada saman yang kononnya "legal"
saya percaya, kes saya hanyalah secebis atau "tips of the iceberg" sahaja. diluar sana, mungkin lebih kalut serta huru hara dengan pelbagai saman ekor yang menggila. Ikhlas saya nyatakan disini, saya tidak redha akan apa yang mereka buat terhadap saya atau rakyat lain diluar sana..
wasalam
MOHAMAD NOORAZMI ANUAR
750222-01-5375
810 Jalan Kedidi Satu
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
N.Sembilan
019-2600017
23 February 2011
Ibu Pejabat Polis Daerah (Cawangan Trafik)
Kubang Pasu
Polis Diraja Malaysia
Jalan Changlun,
06000 Jitra,
Kedah
U.P Koperal Hasnah
PER:SEMAKAN SAMAN EKOR
Perkara diatas adalah dirujuk
Adalah dengan ingin saya maklumkan bahawa, saya ingin membuat semakan ekor terhadap motorsikal saya, No Pendaftaran RE 5643.
2. Untuk maklumat pihak tuan/puan, saya telah membeli motorsikal jenis Modenas pada 15/12/2000 di Kangar Perlis. Ketika itu saya masih menuntut di Uitm Kangar dan kemudian berpindah ke Uitm Sungai Petani.
3. Namun pada 2001, saya telah berpindah ke Uitm Shah Alam Selangor dan sekali gus membawa motorsikal tersebut ke Shah Alam, Selangor.
4. Setelah tamat pengajian di Uitm Shah Alam, Selangor sekitar 2003, pihak saya telah tinggalkan motorsikal tersebut di rumah keluarga saya seperti alamat diatas.
5. Apa yang memeranjatkan pihak saya ialah menerima saman ekor, yang menyatakan no kenderaan RE5643 memandu laju yang menggunakan sebuah kereta. Kesalahan tersebut berlaku pada 09/07/2005 dan nombor saman ialah DD298621 dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah.
6. Saya memohon semua pihak berwajib untuk menggugurkan dan sekali gus membatalkan saman tersebut, kerana jelas bahawa, motorsikal saya berada di Seremban, sedangkan saman tersebut berlaku di Kubang Pasu Jitra Kedah, dan lebih memeranjatkan lagi adalah ianya adalah sebuah kereta.
7. Saya berharap, rakyat seperti saya tidak dihimpit dengan saman yang bukan saya lakukan. Cogankata Perdana Menteri "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seharusnya diambil iktibar oleh PDRM.
8. Oleh yang demikian, saya berharap, agar pihak PDRM dapat berbuat sesuatu akan lapuran saya ini kerana, selepas ini, pihak saya pasti akan mendapat kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dimasa hadapan, hanya kerana kesalahan saman ekor yang bukan saya lakukan ini.
Wasalam
Mohama Noorazmi Anuar
Jangan risau senang jer nak setle masalah ini.
BalasPadamCaranya begini:
- Beritahu Abang adik kakak > 'Jangan undi BN'
1. Beritahu Pak2 saudara dan Mak2 saudar > 'Undi Pembangkang jangan sekali-kali undi BN'
2. Beritahu Sepupu2 dan Anak2 saudara > 'Undilah pembangkang, walaupun calon pembangkang itu adalah kambing'
3. Beritahu pada semua yang di atas itu, kita bukan nak undi kambing tetapi kita nak perambat 'Pejuang2 TELAN'...kah kah kah..kah kah
Saman ekor ini Insyallah akan selesai kalau Pakatan Rakyat membentuk kerajaan peresekutuan. Marilah wahai rakyat Malaysia kita humbankan kerajaan UMNO dan BN ini dalam PRU ke-13 kelak.
BalasPadamSebab sakit hati, kita tulis kepada pihak berkuasa.
BalasPadamKemudian kita sakit jiwa tunggu balasan dari mereka.
Inilah derita mengharap daripada mereka yang tidak boleh diharap lagi.
Yang nyata, mereka sudah hilang lima (5) deria utama iaitu Vision, Smell, Hearing, Sense and Taste.
Yang bestnya, sixth sense almost zero dan common sense tak wujud langsung.
yb
Ahli Parlimen Seremban dan ADUN Sikamat. Mereka sedang berusaha membantu anda. Mereka akan berjumpa dengan anda dengan kadar segera. Pasti anda dapat berjabat tangan mereka dihadapan media mereka.
BalasPadamSaya pernah menghadapi situasi yang sama, memandu laju diJB, sedangkan saya tidak pernah memandu disana, dalam dalam apa keadaan pun, tidak ada sebab yang munasabah saya perlu berada disana. Dua kali saya telah menulis surat tapi tidak ada apa-apa tindakan, setahun kemudian apabila anak saya yang sedang menuntut diuniversiti tidak boleh memperbaharui cukai jalan kereta (kereta atas nama saya)menyebabkan saya yang berada diluar negara terpaksa balik awal bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah ke JB, malangnya pegawai berkaitan tidak ada, menyebabkan saya terpaksa menelefon hampir setiap hari pejabat berkenaan, akhirnya selepas dua minggu baharu lah saman itu dibatalkan dan cukai jalan boleh diperbaharui. Adakah pihak berkenaan tidak memikirkan tentang kesusahan yang saya lalui?
BalasPadamApa yang saya perhatikan, pihak berkuasa menggunakan kelemahan mereka untuk menghukum orang lain. Kalau kita perhatikan papan-papan tanda had laju disepanjang jalanraya dinegara kita, berapa banyak kah yang akan kita jumpai? Mungkin dilebuhraya had laju adalah 90 km/j - 110 km/j, mungkin ini tiada masalah. Bagaimana dengan jalan raya negeri? 50km/j, 60km/j. 90km/j. Berapa banyak papan tanda ini kita jumpai? Kalau kita dari zon 90km/j kemudian kita terlepas pandang papantanda 60km/j (biasanya papantanda ini, kecil, dilindungi pokok, bilangan selalunya 1 atau tiada langsung) adakah adil kalau kita disaman?
Lihat saja jalan Gambang-Kuantan (Jalan 2 lorong) Sila tunjukan dimana papan tanda 80km/j? Seolah papan tanda itu sengaja ditiadakan bagi memerangkap pemandu.
Sebenarnya sistem yang dilaksanakan oleh pihak berwajib sekarang tidak bertujuan untuk mendidik tetapi untuk menghukum dan menyusahkan.
Satu saman = satu penggal jangan pangkah Barisan Nasional.
BalasPadamMerana hidup hamba isteri,
BalasPadamSiang malam hidup didera,
Saman ekor satu industri,
Judi ekor pendapatan negara,
macam tak lojik...uitm kangar ada ke? yang ada rasanya uitm arau, perlis....rasa mcm surat ni rekaan semata-mata
BalasPadamDisebalik kekecohan saman ekor ini, timbul tanda tanya mengapa kereta besar-besar berjanama mewah pastinya dimiliki oleh orang-orang kaya boleh pecut hingga 180 km/j. Begitu juga bas-bas ekpress boleh memintas lagi sedang kita sedang memandu dengan kelajuan 110 km/j.
BalasPadamMereka ini kebal dari saman ke?
Cara mengemis cara moden
BalasPadammengemis drp rakyat miskin
aku pun terkena jugak. Tak pernah jejak kaki kat Trengganu tapi terkena saman. Cilaka betui. Senang2 nak ambil duit titik peluh aku. Tunggu balasan Nya.
BalasPadam