Jumaat, 15 April 2011

CERITA BESAMBUNG LAGI



BANGUN DAN LAWAN




CERITA CERITA DARI MIRI

RUMAH PANJANG BALI

kelmarin aku pergi lagi ke rumah panjang
kali ini rumah panjang bali 45 minit dari kota miri

bila aku sampai ke sana aku ternampak beberapa buah kereta
yang berkibar dengan bendera pkr
ertinya ceramah di rumah panjang ini sedang berjalan
aku tidak terus naik ke rumah
aku berjalan melihat lihat kawasan rumah panjang ini

untuk orang yang tidak pernah ke rumah panjang
akan merasa hairan akan solidariti orang dayak ini
mereak hidup sokong meyokong - individualisma mungin amat kurang

kemudian aku naik - ini rumah panjang papan - kerana telah ada rumah panjang
dari batu - tetapi konsep rumah panjang ini asih sama i.e balkoni dikongsi
bilik dalam rumah terpulang masing masing - yang luar semua serupa - ini solidariti mereka

aku tenampak di dinding rumah panjang bali ini NOTA PERATURAN bertulis tangan
sayangnya dalam bahasa iban - tetapi dibawahnya aku nampak angka $300 ini
bermakna denda yang akan dikenakan jika melakukan kesalahan

kemudian aku diminat bercakap - ini bukan ceramah - aku hanya berterima kaseh
kepada tuai (tuan) rumah panjai kerana menjemput kami - akau bercakap pendek
sebagai tanda hormat pada orang dayak ini.

program selesai sebelum jam 8 - tim kami pulang menuju ke miri
aku wajib menyimpang ke rumah panjang kg sungai ukong
disini ada satu ceramah kelompok yang wajib aku hadiri

di persimpangan ke lapangan terbang miri - kereta yang aku naiki
terserempak denan kereta isteri rosmah - cukup senang untuk diketahui
kerana ada motosial di hadapan dan ada ambulan di belakang - nampaknya
belum pun jam 9 - program istei rosmah telah - pasti [progra gagal.

RUMAH PANJANG SUNGAI UKONG

tempat ceramah di halaman rumah seorang dayak penyokong
tegar pkr - ada rumah rumah sebuah di hadapan rumah panjang diwilayah ini
aku di beri tahu adalah kawasan majmuk - campur -
dan wilayah ini akan kan memainkan peranan yang penting
untuk kalah menang calon pakatan.

untuk pertama kalinya aku ternampak ramai anak anak muda dayak
ada yang berdiri digigi jalan - ada yang duduk sebelah motosikal
kawasan agak gelap - aku yang tidak pandai mengira ini menjangkakan
ada dalam 150 ke 200 orang yang datang mendengar ceamah kelompok ini
semuanya dayak

lalu aku di jemput : kalau disenadin aku naik atas lori
kali ini aku naik atas varandah rumah tepi tangga untuk berucap
alat pembesar suara amat baik

dengan anak anak muda berkumpul
maka aku terkenang akan sudut pidato di hadapan perpustakaan
universiti malaya - lalu aku melaung agar semua anak anak muda
hampir ka hadapan dan jangan berdiri dalam gelap - jangan takut!

laungan aku mendapat tepukan - dan aku ternampak badan badan bergerak
merea mula berkumpul di hadapan rumah

aku hanya menyatakan bahawa : kunci sarawak ada di tangan dayak
jika dayak tidak bergerak maka sarawak akan tertinggal
jika sarawak berubah makan seluruh malayia akan berubah
aku akhir dengan: tangkap taib mahmod

nota:
apa yang telah berlalu kali ini warga dayak dan warga sarawak
telah melihat teknik dan cara berpolitik semenanjung
mereka berduyun duyun datang mendengar ceramah
mereka melihat keberanian politik semenajung
mereka melihat bagaimana hendak mencabar dan menumbangkan
pemerintah yang ganas


ini adalah guru politik yang terbaik untuk dayak!

REFORMSI 98 dahulu gagal mengusik sarawak
kalai ini lauagan R-E-F-O-R-M-A-S-I telah berkumandang di sana sini
anak anak muda melaungkan laungan keramat ini

dalam pukul 9.30 sesudah eli wong, penceramah pas berbangsa dayak
dan seorang pemulis iban berucap - ceramah kelompok ini selesai


MALAM DAN HUJAN LEBAT

aku pulang dan menebeng di sebuah restoran tak
jauh dari hotel aku - tetiba hujan lebat dan petir
sabung menyabung - wah! tempias masuk ke meja aku

aku masih belum makan - jam telah melintasi 11 malam
aku menunggu kawan dari kl yang datang untuk melawat saudaranya di miri

hampir jam 11.30 baru kawan aku sampai dalam hujan lebat
kami berkereta menuju ke sebuah restoran makanan laut

nota
:
lankau yang aku pesan telah sampai kah kah kah


DI RESTORAN

aku memesan ikan dan tahu
dan pucuk paku
pucuk paku ini terbaik
ini pucuk paku bukit

nota:
untuk merasanya datang ke miri
nikmatnya tidak mungkin aku garapkan dsini

aku tenampak juga satu meja yang di kelilingi
oleh aktivis muda pkr dan kawan mereka dari miri
aku tidak mahu campur meja mereka

hampir selesai makan eli wong sampai
kemudian tian chua pula sampai
nampaknya restoran ini jadi pilihan aktivis selepas ceramah

tian duduk di meja aku
lalu kami besembang tentang itu dan ini
maka saheh bahawa 20 kerusi dalam tangan
lapan untuk pkr dan selainnya dap

hujan tak henti henti - air menitis ke meja
aku pun membuka langkau

nota:
menurut tian chua hujan ini
didatangkan oleh bomoh taib mahmood
kerana ketika ini musim kemarau kah kah kah


PAGI INI

pagi ini aku bangun awal
kemudian aku ingin minum pagi
di kawasan dimana banyak warong bersusun

aku terpearnjat bila aku lihat telah ada pentas dan ada
saekor malaon sedang berucap - aku hanya nampak belakangnya saje
bukan main lagi malaon saeokor ini bergedak gedebuk

'jangan percaya orang pulau pinang'
' jangan percaya orang selangor'
ini isi ceramah yang tiga minit sempat aku dengar

selesai ceramah aku pasag telinga siapakah dia malaon ini?

kah kah kah : rupa rupa mat rogol yang telah berucap
kesian aku kepada pak cik, apek, nyonya yang sedang
minum kopi tetiba di ganggu perogol - nasib baik tidak ada amah dari indon
kah kah kah

perogol berundur maka ole-ole diberikan - aku lihat ramai
yang berebut untuk ambil baju t dan topi - semuanya tertulis
mat rogol satu malaysia kah kah kah

apakah pagi aku telah menjadi sweey dan sial?

ini kerana wilayah aku minum kopi telah didatangi oleh perogol
aku rasa kawasan warong ini perlu di samak dahulu sebelum
aku sanggup minum kopi dan minum cendol sekali lagi kah kah kah

MAKAN TENGAH HARI KEDAI KELABIT

untuk tengah hari ini aku makan di restoran kelabit
makan ikan sultan
makan dubuk layak - nasi kelabit dalam daun
terong assam
enak enak

nota:
malam ini malam akhir
aku tak tahu ke mana aku malam ini

nota:
mungkin selepas ini aku tidak mungkin lagi
dapat masuk ke sarawak
tetapi aku tidak menyesal
kerana aku telah menanamkan
api dayakisma
api nasionalisma dayak
dan dayak untuk sawarak

NOTA:
hegemoni melanau pasti akan berakhir
ini kerana dayak selama ini telah dibuli
di hamba abdikan dan di terkan oleh hegemoni melanau
maka aku bagitu yakin akan mucul seorang anak muda
yang akan membawa obor sarawak untuk dayak!
akan wujud dindraf - dayak international action front!


SURAT DARI SARAWAK

Masih ku ingat lagi peristiwa itu yang berlaku pada bulan April 1985. Pada waktu itu berlangsung pilihanraya negeri Sabah. BN melalui parti komponennya di Sabah bertanding di kesemua 48 kawasan DUN. Pada ketika itu belum ada internet. Yang ada hanyalah media perdana yang 110% pro BN. Pakatan Rakyat pun belum ada lagi.

Yang ada hanya parti-parti nyamuk tempatan Sabah. Harris Salleh yang menjadi Ketua Menteri BN Sabah ketika itu lebih kurang sama macam Taib Mahmud, Ketua Menteri BN Sarawak sekarang ini. Motto mereka sama, penindasan rakyat didahulukan kekayaan peribadi diutamakan. Kempen BN sungguh mewah dan glamour.

PM Mahathir dan semua menteri persekutuan datang berkempen. Malam sebelum hari mengundi, wang RM50 diedarkan dari rumah ke rumah oleh agen-agen BN. Aku menerimanya dengan sukacita. Tapi esoknya aku tak pangkah calon mereka. Apabila keputusan diumumkan melalui tv dan radio, keputusan awal dimenangi oleh calon-calon BN. Aku boring dan masuk tidur.

Pagi esoknya aku macam biasa pergi kerja. Tapi aku terperanjat bila mendengar cerita kawan-kawan bahawa BN kalah teruk. Rupanya BN hanya menang 6 daripada 48 kerusi yang ditandinginya. Harris Salleh sendiri kalah di kubu kuatnya. Rupanya Ketua Menteri BN ini dikalahkan oleh seorang calon kakilima – bukan tokoh ternama. Tapi sebelum itu aku tak nampak tanda-tanda BN akan kalah. Apakah orang Sabah yang lain sama macam aku – ambil duit RM50 dari BN tapi pangkah calon yang lain? Entahlah… wallahu’ alam. Tapi peristiwa itu telah menjadi sejarah.

Oleh Tanpa Nama pada MAT MONGOL KENA SABOTAJ pada 11/04/15

NOTA KAKI

jika aku tidak menulis ini
maka lawatan aku ke sini
hanya pura pura
titisan air mata
linangan air mata
bila ku melihat
setinggan di kampong sungai dalam
bila aku melihat rumah rumah panjang

maka aku akan terus bertekad
hidup ini ertinya berani melawan
hidup ini ertinya bangun berjuang

datanglah seribu halangan
datanglah seribu rintangan
semua akan digarap sebagai
satu kenangan

20 ulasan:

  1. Contoh orang sedang mengelabah apabila karangannya yang biasanya pendek..tiba2 menjadi panjang berjela2..motifnya untuk menyakinkan orang ramai walhal dia sendiri tidak tahu apa yang sedang ditulisnya..kah..kah..kah..matinya seorang patriot..ehh bukan..seekor parrot!

    BalasPadam
  2. kah,kah,kah......warung kena samak dulu! najisnya si perogol! tak malu berucap dikaki lima warung! kecian.............

    BalasPadam
  3. parrot x pe.. jangan katak bawah tempurung dah lah macam umnoapco

    BalasPadam
  4. Well, karangan yg menyayat hati tapi terlalu banyak typo error. Jangan marah tt hehe. Motosial tu ada eh?

    BalasPadam
  5. Well, karangan yg menyayat hati tapi terlalu banyak typo error. Jangan marah tt hehe. Motosial tu ada eh?

    BalasPadam
  6. anan 4:05...lu duduk mana skrg?lu ade kat sarawak ke?lu tarak seni punye org lah,ni mst budaya malas membaca ni buat lu tongong.org berkarya ikut situasi lah...

    BalasPadam
  7. Gelabah atau tidak peduli apa..kerana gelabah itu tandanya kemenangan yang tidak diduga akan menjelma...

    BalasPadam
  8. KALAU BN BAGI DUIT RM50, RM100, RM500, RM1000 KITA AMBIL.. Kalau esok kita undi BN maka itu RASUAH namanya!!
    Kalau PKR bagi duit juga, esok kita undi PKR itu juga RASUAH namanya.
    Kalau BN bagi duit kita ambik, esok undi PKR itu tidak jadi masalah..
    JANGAN TERLIBAT RASUAH!!!!

    BalasPadam
  9. Gua tak tahu berapa lama lagi ko kat sana bang...tapi agak banyak jugak makanan sarawak kau dah balun. Kalau ada masa cuba cari pansuh manuk, mee sapi dan ikan puput. Pansuh manuk iban fuuuhhhh....sesilap buluh tu pun kau nak telan sekali. kah kah kah...

    BalasPadam
  10. apa lagik mauk, ngayap la!

    BalasPadam
  11. kalau nak jadi perogol jaga2 jgn sampai ada video dan yg penting skali jam... apa2 hal jgn tanggal jam kah..kah..kah..

    BalasPadam
  12. memang TT terbaik. Maklumat yg TT bagi lebih tepat. Saya yakin PR akan dapat capai sasaran deny 2/3 majoriti walaupun BN sasar simple majoriti sahaja. Paling suka bila TT ketawa kahkahkah. Org yg kena tak dpt cakap apa2 bila kena sindir oleh TT.

    BalasPadam
  13. ayuh dayak

    humban najib dan taib

    https://nobodycanstop.us/.i/_3D8FoiAzY09Tpmq2ofWzYh92o0AUqbqJnl1lom5JLzkJLi8vBo33q

    BalasPadam
  14. Bang Isham, Langkau tu arak orang dayak kan? Kenapa bang sham boleh minum langkau tu?.

    Bagaimanapun, syabas kerana menaikkan semangat dayak, dan janganlah duk minum benda pelik-pelik, tua-tua oldtai nih kena jaga kesihatan..

    BalasPadam
  15. TT, kembalilah kepada Islam yang sebenar..

    BalasPadam
  16. menunggu tok uban dan segala konconya bertaubat...haha...

    -nini

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama berkata...

    Contoh orang sedang mengelabah apabila karangannya yang biasanya pendek..tiba2 menjadi panjang berjela2..motifnya untuk menyakinkan orang ramai walhal dia sendiri tidak tahu apa yang sedang ditulisnya..kah..kah..kah..matinya seorang patriot..ehh bukan..seekor parrot!

    Kah kah kah...

    Ko silap tu.

    Sebenarnya yang sedang mengelabah ialah sa-ekor PIRATE!!!

    Pirate Tua berbini muda.

    Kah kah kah...

    BalasPadam
  18. tt awas manok banyak kt serawak

    BalasPadam