Rabu, 6 April 2011
LAGI LAGI TIGA MAT BOROI
LATIHAN UNTUK LAKONAN
BILA TUHAN DIREKRUT
“Datuk T”, Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”
Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.
( petikan dari MalaysianInsider.Com)
Lawak filem Tiga Mat Boroi ini nampaknya belum selesai. Macam macam yang sempat aku dengar. Macam macam khabar angin yang sampai. Semua tak boleh dipakai. Semuanya buat kelentong. Semua jual taik minyak. Aku sampai tak kering kencing kerana ketawa membaca berita yang bersangkutan dengan Tiga Mat Boroi ini.
Mulanya aku baca berita tentang Si Mamat yang jadi Menteri Undang-Undang. Mamat ini suka buat lawak. Dia seorang pakar lawak di Parlimen. Mukanya macam pelakon dari Madras cuma perutnya tidak boroi kalau tidak pasti ada kemungkinan dia dipelawa untuk beraksi dalam Tiga Mat Boroi.
Mamat ini pakar lawak sempit. Lawak sempit ini adalah satu genre lawak dimana kalau kita meminati dan percayai dengan lawak ini maka otak kita akan menjadi sempit. Lagi banyak kita dengar lawak ini lagi sempit otak kita.
Contohnya: Pada awalan apabila filem Tiga Mat Boroi ini ditayangkan di Carcosa, si Mamat ini telah berkata bahawa Tuan Pengarah dan Tuan Pengedar filem ini tidak boleh disaman. Ada hukum dan undang-undang yang mempertahankan hak pengarah dan pengedar.
Sehari kemudian si Mamat ini beralih cerita pula. Kali ini dia berkata yang Pengarah dan Pengedar boleh disaman jika dibuktikan filem ini mengarut dan menjadikan penonton sakit perut apabila melihatnya. Bila lawak ini muncul ramai orang mula menangis beramai-ramai. Orang ramai menangis kerana bersimpati dengan anak isteri si Mamat ini. Bayangkan berapa seksanya hidup serumah dengan si Mamat ini.
Tapi ini belum bagitu lawak lagi. Ada satu lagi pelawak yang amat lawak. Si Dol ini mengakui bahawa dirinya adalah pejuang Islam sejati – Penjihad Islam. Si Dol ini akan ke hulu ke hilir dengan memakai tarbus Turkinya. Meraban ke hulu ke hilir ini entah apa yang dicarinya – hanya Guru Nanak sahaja yang mengetahi tujuannya,
Di hari pertama Tiga Mat Boroi di buka di panggung, Si Dol ini telah melalak ke hulu ke hilir mengatakan bahawa jantan dalam filem itu ialah Brad Pitt. Bila diterangkan bahawa ini filem buatan Kru opps… buatan krew Melayu bukan filem Hollywood, si Dol ini tak peduli dia masih berkeras kepala dengan Bradd Pittnya.
Wartawan kemudian bertaya apakah si Dol ini telah menonton filem ini. Jangan terperanjat. Jangan pengsan. Jawapan si Dol ini cukup ilmiah dan berilmu. Cukup dengan nas dan bukti. Lengkap dengan sharawi dan sarkawinya.
‘Saya tak perlu tengok filem porno itu. Ianya haram untuk ditonton. Tapi saya tahu jantan yang sedang … ek ek ek… dengan pelacur China itu ialah Bradd Pitt’.
Laaa… kalau aku wartawan yang ada berhampiran pasti aku belankong kepala Si Dol ini. Kalau tak menonton filem ini mana tahu Bradd Pitt yang berlakon. Kalau tak baca buku Satanic Verses macam mana minta buku ini diharamkan. Kalau tak tahu tempoyak mana nak kenal ikan patin. Bangang.
Pening kepala aku. Memang saheh dalam dunia ini ada macam macam gila. Bila berhadapan dengan orang kureeeeng akal kita tak mungkin dapat melakukan sesuatu. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa manusia macam si Dol ini wujud. Tak mungkin kita hendak kunci mulut si Dol ini dari bercakap. Kalau kita kunci mulut mungkin si Dol ini akan bercakap dari lubang perut pulak. Ini lagi bahaya, bukan saja cakap tak tentu buah butir malah baunya pun akan busuk lagi membusukkan.
Cerita Tiga Mat Boroi ini tak habis disini. Dua hari dulu sekali lagi negara jadi heboh. Ini apabila ada seorang Pak Sarjan berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah filem tulen. Pak Sarjan ini baru masuk balai tetapi amat jelas Pak Sarjan ini juga pandai buat lawak bodoh. Nampaknya kalau nak jadi Pak Sarjan salah satu kebolehan yang diutamakan ialah keupayaan membuat jenaka. Wajib lulus pepereksaan membuat lawak bodoh. Kalau tidak mustahil dapat naik pangkat.
Buktinya cukup jelas. Sebelum ini ada seorang Tok Sarjan yang suka bawa tilam ke hulu ke hilir. Dengar khabarnya apabila dia pergi berUmrah pun dia mengheret tilam yang sama. Nampaknya apabila jadi polis ini kepala semakin biol. Semakin tinggi pangkat semakin biol kepala. Mungkin kerana sibuk jaga Amoi di Bukit Bintang. Atau terlalu sibuk buat operasi tangkap orang kudung kaki dan tangkap orang bisu.
Kerja menangkap ini bukan enteng. Orang kudung kaki amat susah untuk ditangkap kerana dia selalu menghilangkan diri. Orang bisu pula cukup susah untuk ditahan dibawah ISA kerena apabila dituduh sebagai kaum kerabat Usman Bin Ludin, orang bisu ini tidak akan menjawab. Ini yang menjadikan Tok Sarjan berkepala biol.
‘Filem ini tulen’ adalah kenyataan Pak Sarjan dari Balai Bergerak Jalan Bandar.
Memanglah filem ini filem tulen. Tak ada sesiapa yang mempertikaikan tentang ketulenan filem ini. Apa yang dipertikaikan ialah penonton ingin tahu apakah teknik yang telah digunakan oleh Wira Jantan yang membolehkan dia membuat gerakan Tantrik Yoga diatas ranjang. Wira Jantan ini berjaya melentingkan badan kebelakang sambil lidah terlejelir untuk menjilat punggung sendiri. Ini betul-betul hebat macam - macam ajaran Al- Kitab Kamasutra. Lebih hebat dari 69.
Para penonton sangsi apakah Wira Jantan ini telah diberikan Viagra sebelum adigan ranjang difilemkan. Para penonton yang telah melintasi umur 60 tahun amat jaki lagi cemburu dan merasa tidak puas hati bagaimana Wira Utama yang telah berumur 64 tahun masih boleh membuat Lotus Position. Lalu timbul persoalan dikalangan jantan jantan yang sudah berumur: apakah semua ini sebenarnya teknoloji imej filem yang membolehkan muka dan gerak badan di reka cipta.
Adigan ranjang ini juga telah banyak menimbulkan persoalan. Orang ramai memang amat yakin yang filem Tiga Mat Boroi ini filem tulen. Malah keyakinan mereka lebih besar dari Wisma Yakin. Justeru, soal ketulenan tidak timbul disini. Orang ramai telah sebulat kepala berok bersetuju bahawa tidak mungkin filem ini filem cetak rompak.
Buktinya cukup senang. Le Petit Tambi Sang Pengarah ini adalah seorang Melayu Bumiputera yang jujur lagi berwibawa. Tutur bahasanya bersopan terutama untuk kanak-kanak sekolah. Kerja- kerja cetak rompak ini dianggap haram dan melanggar tata susilawati. Kerja haram ini bukan kerja Melayu Bumiputera. Yang suka membuat kerja cetak rompak ini selalunya Orang Asli dari Gua Musang.
Cerita lawk Tiga Mat Boroi ini tidak mungkin habis disini. Dalam semua lawak lawak ini aku rasa yang paling terlawak sekali ialah jenaka yang telah dihamburkan oleh Datuk Sk. Lawak ini tidak ada tolok bandingan. Memang betul orang ramai dan penonton kurang arif dari mengetahui siapa sebenarnya Datuk ini. Kita hanya tahu bahawa si Datuk ini adalah orang Siam. Sama ada Datuk Sk ini bersunat atau tidak bukan persoalan.
Yang menjadi persoalan ialah lawak Datuk Sk. Biar aku cakap terus terang, aku tak kering kencing ketawa apabila Datuk Sk mula mengrekrut Allah. Dulu Mat Ezam telah merekrut Allah. Allah telah ‘menalipon’ Mat Ezam hinggakan Mat Ezam tersedar bahawa rupa-rupanya ‘boss’ lamanya suka makan sup bontot.
Kalau dengan Mat Ezam kesahnya hanya mendapat panggil talipon, dengan Datuk Sk ini lebih hebat lagi. Datuk Sk berkata bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah ‘Anugerah Allah’. Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang mendapat Anugerah Bintang Popular, Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah kali pertama aku dengar sebuah filem telah mendapat Anugerah Allah.
Aku kurang faham apa maknanya apabila filem Tiga Mat Boroi ini dapat Anugerah Allah? Apakah ertinya filem ini akan terus ke panggung tanpa melalui Lembaga Penapis? Kalau macam ini semua orang hendak Anugerah Allah. Atau apakah Anugerah Allah ini lebih gah lagi dari Anugerah Seri Angkasapuri. Wow! Kalau betul inilah yang anugerah yang terhebat. Bagaimana dengan anugerah Palm d’Or dari Cannes atau Golden Bear dari Berlin? Apakah anugerah ini telah jatuh murtabatnya?
Semua ini persoalan yang memeningkan kepala aku. Tidak cukup dengan mistei Anugerah Allah ini aku juga membaca bahawa Datuk Sk telah berkata bahawa filem ini juga ialah Petunjuk dari Allah.
Nah! Ini lagi memporak perandakan fikrah aku. Apa maknanya Petunjuk dari Allah? Apakah Allah suka menonton adigan ranjang? Apakah Allah juga menonton filem porno? Mashallah! Siah malaikat 43. Toba. Toba .Toba.
Disini aku melaung kerana ingin bertanya bagaimana filem Tiga Mat Boroi ini dilihat sebagai Petunjuk Allah. Kalau betul kenyataan Datuk Sk ini terbukti bahawa ada rasuah dalam pemilihan filem Tiga Mat Boroi ini. Pertama filem ini belum dipertandingkan telah mendapat Anugerah Allah. Tidak cukup dengan anugerah ini – filem ini juga adalah Petunjuk Allah.
Disini jelas kelihatan ada bias dan berat sebelah. Datuk Sk telah mengrekrut Allah untuk mendapat anugerah dan penilaian ini. Justeeru , nampaknya pada tahun 2011 ini tidak mungkin lagi ada filem yang akan dapat menandingi filem Tiga Mat Boroi. Pengarah-pengarah baru kini banyak yang frust telentang setelah puas frust menonggeng.
Kini terbukti kemustahilan akan ada pengarah yang akan dapat merentasi keupayaan garapan tim Datuk Sk ini; kecuali pengarah ini bermentorkan Linda Raffar dan Edry. Atau dapat kautim dengan KRU yang telah dipilih untuk menjadi hakim penilai kesahehan filem Tiga Mat Boroi.(TT)
nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
akhbar ini dalam pasaran sekarang
untuk mendapatkan naskah sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
Hei Dato SK,
BalasPadamKata anugerah buddha lah,jgn hina islam. Bukan anugerah ALLAH,sebab ALLAH larang sama sekali pekara mcm ni.
Inilah artikel yang paling keras yang pernah aku baca, tahniah isham! Melayu kalau bodo jugak taktaulahh...
BalasPadamkah.. kah... kah... lawak bro.. terbaik.... kesimpulannya bila terdesak.. sakit... ditimpa macam2 musibah ngan masalah baru nk igt Tuhan.... mai la semua kiat bagi satulanchow kat puak2 nie..
BalasPadamyang paling kelakar pasal melayu ialah suka merekrut Allah. mereka ini golongan yang tak pernah percaya kepada Qadr..
BalasPadambro setiap kali ada isu besar ko mesti buat citer best giler kena bukankan mcm zunar bro...mesti eden beli
BalasPadamKalau dengan Mat Ezam kesahnya hanya
BalasPadammendapat panggil talipon, dengan Datuk
Sk ini lebih hebat lagi. Datuk Sk berkata
bahawa filem Tiga Mat Boroi ini adalah
‘ Anugerah Allah ’ . Aku terduduk bila membaca ini. Aku pernah dengar orang
mendapat Anugerah Bintang Popular,
Anugerah Pelakon Terbaik tetapi inilah
kali pertama aku dengar sebuah filem
telah mendapat Anugerah Allah.
Nota :
Kah kah kah...aku gelak smbil terlanjang pusing rawang town..ni butl2 lawak babun papakari (lembu kari minum todi ) cilake lu TT'bt lawak pecah buah pinggang.....
..ketawa sampai kering air kencing. Aku ketawa sampai habis kentut keluar taik.
BalasPadamlawak ni mmg kuul
BalasPadamdumb fuck,umnoman..
BalasPadamKah! kah! kah! Tiga mat boroi dah tak laku ! Kah! kah!
BalasPadamdlm byk2 lawak lu,yg ni yg plg best!!kahkahkah...mmg chic..
BalasPadamBro TT..
BalasPadamApa kata lu buat filem tentang sejarah hidup..sejarah perjuangan..sejarah reformasi DSAI sebelum dia masuk UMNO sampai skg..tapi ending cite tu lu 'endingkan' dengan DSAI jadi PM..lu telanjangkan semua kebobrokan kekorupan pihak gerombolan sejak dari zaman Madey Kutty sampai zaman Mat Mongol..jadi kan filem ni filem sequel mcm LORD OF THE RINGS ke apa2 ke..confem filem ni meletup 1dunia..tapi agak2nya dapat ke approval dari FINAS????
Kah..kah..kah...
semua aku tak nak dengar
BalasPadamaku nak dengar satu je
bila pemilik video blue tu nak kena tangkap
lain2 aku tak mau kesah
aku kesah satu je
bila nak tangkap datuk t
tak tangkap bermakna...
boleh miliki blue filem ke
boleh tayang video blue
filem blue, diaorang kata anugerah allah.....
BalasPadampukimak betul
mana dia belajar agama ni
kat alamat dlm video tu kot...
KRU??ehem ehem...
BalasPadamcam ada apa2 jer ni..korek jgn tak korek TT..
kahkahkah...
tt,
BalasPadamapa? si siam pengedar video lucah cakap buat filem lucah anugerah Allah. Gila babi punya manusia, bukan sahaja si laknat ini dirasuk syaitan, bahkan telah menghina Allah secara terang-terang. Kalau si alknat ini mati jangan tanam dikubur orang Islam, tanam sahaja dijerat siam.
Jang tumpang ketawa..kah..kah..
BalasPadamit should be " utérus Tambi Le Petit"
MSM pro tengah mengamuk...naik menyampah nengok tibi.
Wasting media hour...topik tahap basi..nasib ada asetoro kalau tidak punya nak meloya..
yg skor ni mampus biaq pi dia ni kering kat pasiaq...jgn dok tanam.
BalasPadammacam filem 3 Abdul, eh.. mana pulak peginya si misai kontot tuan penasihat 10%? apa2 pun dsai jangan marah... nanti kena jual... kalau dsai boleh tahan marah, kita tengok nanti... siapa yang kena lelong..!!! kah..kah..kah..!!! 3 mat boroi ni nak buat lawak bodoh.. cuma tt, zunar dan p ramlee aje yg wat lawak ceghedik...!!!!
BalasPadamTahniah tukartiub..kalau dilanjutkan lagi boleh fight dgn SHIT...cayalah bro!! wa tabik springg kat lu..
BalasPadamhahahaha penulisan paling hebat dari antertu....leh koi copypaste ke blog koi yer pakcik sham....
BalasPadamhahahaha penulisan paling hebat dari antertu....leh koi copypaste ke blog koi yer pakcik sham....
BalasPadam3 mat boroi tuh patut bersumpah dengan sumpah -
BalasPadamon my mother's cunt
dan tak payahlah susah nak sampai guna Allah.
3 mat lanchow- 3 haram jadah mat tonto [tonto=bagero=bongok]
- 3 mat jual pookie- aka 3 mat kooThie [ini telegu dah]
3 mat tiu niamah [ini cantonis pulak]- mat teri maThi poochie....[benggali]
Inilah seranah / tetel sesuai untuk 3 mat lanchow yang kononnya
buat kejutan .
notis kpd mat lanchow kooThie Tambie poondek
----------------------------------------------
tahulah naseeb ekau bilo br masyuuuk pintu besar putra jaya esok....
tak disula loobang buntut ekau tak sah le
ingat se pendek pendek , sepanjang panjanglah sula mencucuk loobang
buntut mu esok
long john pendek