Isnin, 11 April 2011

LAWAN BANUN DAN LAWAN




DAYAK BANGUN MEMBERONTAK




TIGA WARTAWAN 8 PELAJAR DITAHAN DI KL SENTRAL
- mkini

Anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini menahan 11 orang - lapan pelajar dan tiga wartawan - selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.

Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang
diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan




Kepada

YB Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
11 April 2011

Per: HENTIKAN PENAHAN WARTAWAN DAN HORMATI HAK EKSPRESI RAKYAT

Kami, Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia, membantah penangkapan 11 orang di sidang akhbar anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Kuala Lumpur semalam. Turut ditangkap ialah tiga wartawan, manakala yang selainnya antara sebahagian daripada kira-kira 40 anak muda yang menghadiri sidang akhbar tersebut di KL Sentral, mengenai kempen SMM ”Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat”, yang bertujuan menentang politik kotor.


Kami amat kesal bahawa Polis Bantuan KL Sentral menahan tiga wartawan tersebut – A Zhafir dan Muhamad Afendy dari laman sesawang berita Parti Keadilan Rakyat, ”Keadilan Daily”, dan Muhamad Naim dari TV dalam talian kerajaan Selangor, ”TV Selangor” – walaupun mereka memperkenalkan diri sebagai wartawan.

Menurut Muhamad Afendy, kesemua 11 orang ditangkap setelah sidang akhbar selesai dan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers untuk siasatan lanjut. Walaupun pihak atasan di situ telah membebaskan ketiga-tiga wartawan setelah identiti mereka dikenalpasti, pada hakikatnya dalam sebuah negara demokrasi wartawan tidak sepatutnya menghadapi ancaman penangkapan oleh polis semata-mata kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat jelata.

Justeru itu, kami menggesa pihak kementerian untuk mengambil langkah memastikan semua anggota polis memahami dan menghormati hak wartawan dan tidak menghalang mereka daripada menjalankan tugas mereka, terutamanya melalui penangkapan dan penahanan.

Kami juga menyeru pihak berkuasa supaya menghormati hak kebebasan ekspresi rakyat yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun polis berhak menahan peserta perhimpunan di bawah Akta Polis, undang-undang ini tidak boleh disalahgunakan untuk mengongkong kebebasan rakyat. Mahasiswi dan mahasiswa yang menghadiri sidang akhbar tersebut membawa pesanan secara aman dan tidak seharusnya diganggu mahupun ditangkap.


Yang Benar,

Chuah Siew Eng
Pegawai Program
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia




10 ulasan:

  1. tak apa la beb
    sabor aje laaa

    ajak kengkawan daftar undi
    pru 13 kasi pangkah PR
    kasi bEND tergolek dog

    barulah korang selamat

    BalasPadam
  2. Esok,kalau mahasiswa naik feri pergi Pulau Pinang pulak kener tangkap sbb naik berkumpulan serta bersembang dgn wartawan ataih feri.Itu ler akibatnyer kalau dapat merdeka dgn tak keluor peloh,memadai dgn akujanji jer.

    BalasPadam
  3. SIAPA YANG KECUT TELOQ SEBANARNYA? ORG YG MENAGKAP @ ORG YG DI TANGKAP? KE ORG YG SURUH TANGKAP?
    2 PON MAW TANGKAP.APA DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BAGUS DIA TANGKAP ORG YANG SURUH BOM ORG ATAU ORG YG RASUAH BLI KPL SELAM YG X LEH NYELAM.LG BAEK......TAK PUN TANGKAP ORG YG ROGOL AMAH @ BDK BAWAH UMUR......ATAU ORG YG BWK DUIT CASH BER BEG-BEG KELUAR NEGARA.....ME SPIK NO ENGLISH.....KAH..KAH..KAH...

    BalasPadam
  4. MASUK AKAL KE KAD PEMBELIAN JAM SETIAP ORG KENA BAWA KEMANA MANA MACAM BAWA KAD PENGENALAN PULAK..BODOH BETOL!! KALAU BUDAK2 BOLEH LA,SEBAB DIA INGAT NAMPAK MCM KAD KREDIT..BAHLOL BETOL,LEBIH BAHLOL DARI BAGHAL!! LAIN KALI DSAI KENA JAG LEPAS MKN TISU JGN BUANG RATA2,GELAS MINUM KENA BASUH DGN KLOROX,KEPALA JGN GARU,NANTI GUGUR RMBUT,KENCING PUN KENA PASTIKAN AIR KENCING TU FLUSH,APE JENIS BULU PUN JGN BAGI JATUH,SEBAB DIAORG AKAN KUTIP BRG2 NI NAK BUAT BUKTI FITNAH..IGT SAMPAI DSAI DAH JADI PERDANA MENTERI.

    BalasPadam
  5. Jijik mendengan TV Tigasuku mengulas tentang jam omega. Seolah-olah TV Tigasuku menjadi pendakwaraya untuk menghukum orang yang difitnah.

    Jijik juga mendengar ulasan zahrin tentang penggunaan alat mengesan pembohongan. Utk Zahrin, cuba cadangkan orang yang berkaitan atlantuya, PKFZ, SPRM, shitfool dan seangkatan dengannya menggunakan alat tersebut.

    Jauh betul tersimpangnya dua jentera itu dengan hukum Al_Quran dan Hadis. Adakah mereka2 ini masih muslim?? Kalau masih muslim, tidakkah mereka2 ini takut dengan janji2 Allah tentang hukuman_Nya?

    BalasPadam
  6. kenapa bila pecacai umno buat demo polis tak ganggu?

    BalasPadam
  7. alat pengesan bohong tu kena guna ikut 'step' la,mula2 nak kena guna pada tukang bawak video tu dulu,lepas tu baru tahu sapa yang bohong.

    BalasPadam
  8. APALAH KORANG NI TONGONG SANGAT2?

    FIKIRLAH SECARA LOGIK

    PR BOLEH BALUN BN IKUT SUKA KEPALA BAAAPAK KORANG DAN SEMUA BN BUAT SALAH BELAKA2

    JADI,APA SALAHNYA BN NAK PERTAHAN DAN BUAT APA YANG PATUT

    INILAH NAMANYA POLITIK NGONG

    TAKKANLAH BN NAK MENGIYAKAN APA SAJA YANG PEMBANGKANG SEMBUR!

    MCM KORANG JUGAK, BUKAN SEMUANYA CAKAP BETUL, HANYA MEMBANGKANG APA SAJA YANG BN BUAT..PAKAILAH OTAK SIKIT..BILA DAH JADI PEMIMPIN BARU NAK BELAJAR..DAH LAMBAT BRO..

    KALAU KORAANG JDI BN...NK SENYUM DAN MENGIYAKAN APA YANG PEMBANGKANG CAKAP KE?

    KES ANUGERAH APASAL TAKNAK CITA?
    BERAPA PULUH TAHUN NAK BICARA MAHKAMAH? TAK BUANG DUIT DAN MASA RAAKYAT?
    VIDEO TAAK NAK CITA KE?
    KALAU KORAANG SEMUANYA BETUL, KORAANG BUKANLAH MANUSIA BIASA.

    BELAJARLAH BERJAYA TANPA MENYALAHKAN ORG LAIN

    INILAH MELAYU, TAAU BANGKANG DAN BANTAH
    BILA DAPAT KUASAA...2 X 5
    BILA BRO TT NAK JADI CALON PRU13?

    NAK TENGOK BOLEH KE JADI ADUN YG WIBAWA..DALAM BLOG BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN BOLEH BERKHUTBAH....
    MELAYU MELAYU

    BalasPadam
  9. pernah kah kita semua bertanya siapakah dan apakah fungsi 'ANGGOTA POLIS BANTUAN'????

    mereka ini mempunyai bidang kuasa yg sama dengan anggota polis biasa...cuma mereka ni tarak gaji!!...kena bayar elaun jak!..

    kenapa tak bagi anggota polis bantuan ni menjadi anggota tetap dan bergaji bulan?....

    SEBABNYA..undi mereka ni penting!...masa Pilihanraya...undi mereka jadi undi pos..kah kah kah

    BalasPadam
  10. Ingat pesan TT, kalau diri tu bodoh, tolong jangan beritahu orang lain.

    Sekian.

    BalasPadam