Ahad, 24 April 2011

ORANG PAHANG DAN WARGA MALAYSIA LIHAT!



TENGOK INI DAHULU




nota:
semua ini adalah mangsa radioaktif

memang betul semua kata selamat
tetapi yang berkata selamat ini
bukan duduk di sebelah kilang nuklear

orang yang kata selamat ini telah dirasuah
oleh saudagar penjual loji kilang toksik

ikan patin akan mengajah
nyamuk akan memgajah

fikir dan fikir!

3 ulasan:

  1. buat orang Pahang. aku karangkan puisi utk kalian - terimalah seadanya walaupun hambar & tak puitis

    Serapah sumpahan (puaka bumi)

    I

    kerikil
    pasir
    liat
    humus
    gambut
    aku seru diri mu
    tujuh lapis bumi
    tujuh lapis pawaka
    tujuh lapis pawana
    tujuh lapis lautan
    biar sejengkal datar dikerunas orang
    sembilan nyawa galang gantinya
    suburlah asalku!
    menegak teduh
    menyubur benih
    memecah tapak
    hidup biar berputih tulang
    jangan senteng dikandung hayat

    II

    Akulah jembalang hitam
    Raja segala jembalang putih
    Aku beraja dalam alun
    Serapah, ancak, kemenyan
    Jembalang angin
    Jembalang tanah
    Jembalang api
    Jembalang air
    Tunduk kalian kepada kami
    Onar ditempah, celaka menimpa

    III

    Akulah raja segala besi
    Akulah Khurasani
    Besi berkilau
    Aku adalah satu di dalam tujuh
    Aku adalah tujuh di dalam satu
    Nun di lapis bumi
    Ketahuilah anak ku
    Ada bijih memancar
    Ada bijih sakti
    Ada bijih bisa
    Jangan dicabar jembalang tanah
    Kelak celaka tujuh keturunan

    IV

    Aku generasi asal
    Aku generasi sains dan teknologi
    Kita wujud dalam dunia material
    Mana ada jembalang
    Mana ada puaka
    Mana ada sumpah
    Kita bertuhankan dollar
    Usah dirisau hydroxonium
    Usah difikir isotope
    Usah bimbangkan alpha, beta mahu pun gamma
    Kita bina penuras bisa
    Kita hulur racun berbisa
    Andai ditimpa acute leukemia
    Kita ada jurutera genetik
    Kita mampu buang kromosom yang catat
    Kita manusia yang utuh
    Lebih kuat dari jembalang ciptaan
    Moyang dan buyut
    Ayuh! Teruskan membijih
    Teruskan
    Teruskan
    Demi ekonomi
    Bukankah buyut pernah berpesan
    Jangan hidup senteng
    Bukan mudah FDI nak masuk
    Bukakan kangkang bumi mu
    Agar rakus ditujah kapitalis
    Hasilnya melimpah membukit
    Sampai 77777777 keturunan pun
    Takkan habis

    V

    Kalian anak asal
    Aku tahu asal mu
    Aku tahu dampit mu
    Andai serapah jadi mainan
    Makanlah sumpah ku!
    Bumi bersinar memancar petaka
    Pawana beralun membawa santau
    Air bisa penyambung nyawa
    Pawaka membara membakar raga
    Kusumpah 7 keturunan mu
    Mati dimakan sumpah

    BalasPadam
  2. kalu nyamok godang bosa gajah untung la. Lopeh nie korban, kito buak potong nyamok la.
    Wakakakakakakakaka

    BalasPadam
  3. Kah kah kah sebelum kau korban nyamuk, nyamuk dah korbankan kau dulu... ikan keli pun sebesar lori aku tengok dalam youtube. Yang ni baru boleh kenduri.

    BalasPadam