Khamis, 14 April 2011
SURAT DARI SARAWAK
DINDRAF BANGUN MELAWAN
SURAT DARI PEMBACA
Ketika baru berkahwin pada hujung tahun 1980-an, aku diajak mengunjungi keluarga sebelah isteriku di Merapok, dalam daerah Lawas, Sarawak. Kebetulan ketika itu Sarawak sedang menghadapi pilihanraya negeri.
Yang menarik perhatianku pada ketika itu ialah keluarga isteriku dan orang kampungnya sibuk mengutip duit dan membuat kerja gotong royong. Mereka menyembelih kerbau, menyediakan makanan dan minuman serta mengadakan jamuan untuk meraikan 'YB' mereka.
Sedihnya, 'YB' yang mereka raikan sebenarnya bukanlah 'YB' lagi (kerana DUN telah dibubarkan) tapi calon BN yang datang ke kampong itu untuk meraih undi. Calon 'YB' itu pula hanya datang ke kampong itu pada setiap kali berlangsung pilihanraya! Kasihan penduduk berkenaan. Kalau di kampong aku, pada musim pilihanrayalah orang kampung minta bermacam sumbang daripada calon BN. Tapi di kampong itu calon BN pula yang dijamu dan raikan sedangkan mereka datang untuk berkempen.
Tapi itu dulu, tahun 1980-an. Bagaimana pilihanraya kali ini ini ? Masihkan orang Sarawak macam dulu? Aku tak tahu. Mungkin TT lebih tahu situasi ketika ini
Oleh Tanpa Nama pada DINDRAF SUDAH BANGUN pada 11/04/14
memang keadaan dan kesedaran politik sekarang dah berubah,dulu '70an aku masih ingat arwah ibu ku semasa nak keluar mengundi (masa tu aku baru masuk darjah satu) keadaan dia cemas semacam.aku tanya nak pergi mana,lalu dia menjawab ini satu penentuan antara hidup mati nya bangsa melayu,
BalasPadamdia cakap takut nanti kalau tak pangkah umno/bn negara ini di akan diperintah oleh komunis dan akan terjadi pergaduhan/peperangan.itu lah yang disogok kan pada pemikiran oleh parti pemerintah kepada orang2 kampong...itu lah umno dulu,kini dan selama nya.