Jumaat, 27 Mei 2011

9 JULAI HARI ANAK MUDA




TURUN!





HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

“Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

NOTA:
anak anak muda bersedia
anak anak muda bersedia
9 julai adalah hari anak muda

siapa yang nak cuti lamar cuti dari sekarang
siapa yang nak kahwin sila kawin sekarang
siapa yang nak bersunat sila bersunat sekarang

siapa tak ada duit cari kerja dari sekarang
siapa ada duit simpan dari sekarang
semua perlu datang ke kuala lumpur
kerana 9 julai ialah hari anak muda!


3 ulasan:

  1. TT,kamu orang yang sungguh menghiburkan dari pilihan2 tulisan yang Tuan penakan.Tapi kalu TT nak tau anak muda kat malaysia ni masih tidur lagi. Mereka tak sedar lagi sebab syok dok berendek.Harap-harap mereka tak ditipu lagi oleh gerombolan,seperti bapak anak-anak muda. Bapak borek anak rintik.Kah..Kah..Kah..Bapak penyamun anak pun penyamun, macam malaon Mahatiew.

    BalasPadam
  2. Saya sanggup berenti keje utk menghadiri perhimpunan ini.

    BalasPadam
  3. jgn naik kereta or motor..sure road block berlambak..jd sila gunekn LRT or komuter, turun kt masjid jamek or bank negara..kalo ade jaket pakai dulu..dah sampai lokasi baru bukak kasi tunjok tshirt kuning kiter..hehehe

    BalasPadam