Jumaat, 27 Mei 2011
AL-FATIHAH !
PERGINYA SEORANG KAWAN!
ADIOS MON AMI
Berita Duka,Cikgu Selamat Ahmad Kamal atau lebih terkenal dengan panggilan Bung Selamat telah kembali ke rahmatullah dijemput al-Khalik sebelum waktu Jumaat tadi.Almarhum meninggal dunia di kediamannya di Taman Sagumpas Mentakab (belakang Kg Baru Cina) dan akan disempurnakan pemakamannya pada petang ini juga.
Allahyarham mempunyai karekter tersendiri; saya menuntut ilmu dari beliau di Sek.Men.Abu Bakar Temerloh (ABS). Almarhum banyak membimbing saya bukan sekadar berkaitan dengan pelajaran formal malah yang bersangkutan dengan perjuangan serta tuntutan untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menanamkan prinsip juang didalam diri saya.
Melalui beliau juga saya mengenali buku-buku tentang sosialisme serta gerakan Kiri.Pernah merengkok didalam tahanan ISA sewaktu Peristiwa Baling di tahun 1974 dan kepada saya Almarhum tidak pernah berkompromi dengan prinsip sehingga ke akhir hayat.
Al-fatihah untuk seorang bapa,guru dan teman akrab perjuangan.Semoga Allah Yang Maha Pengasih menerima segala amal baik,memghapuskan dosa serta menempatkan roh ayahanda di kalangan orang yang beriman.
Selamat jalan Ayahanda.Selamat jalan Guruku yang dikasihi...
DARI FACE BOOK :Ahmad Nizam Hamid
INNALILLAH ...
BalasPadamTerbaek dari Allahyarham.. Legend macam TT.. bukan macam MahaTaik Firaun dalam signature TT tu.. Salute ex-ISA...Bon Voyage!
BalasPadaminnalillah..... Al-Fatihah ... guru sosialis saya ketika sama bertugas tahun 1972 dahulu
BalasPadamal fatihah
BalasPadamwah! Ni kawan baik bapak kite ni. Pengetua sekolah. Kenal ke..? Al-Fatihah.
BalasPadamteringat pula kenangan kat bilik pengetua dulu..apa-apa pun takziah kpd keluarga allahyarham sekiranya mengunjungi TT ni..semoga roh cikgu dicucuri ihsan dan rahmat tuhan
BalasPadamSaya anak kepada Allahyarham Bung. Perjuangan abah dalam menegakkan kebenaran dan hak rakyat masih kekal sehinggalah ke nafas terakhir. Dari PRM sehinggalah ke PKR/PAS dan Pakatan Rakyat. Abah masih selalu melaungkan sajak Partai Rakyat yang ditulis Tongkat Warrant.
BalasPadamSemoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah.