Khamis, 26 Mei 2011
DUIT TRAAAAAK
HABIS LINGKUP
GAJI GURU: KERAJAAN TAK MAMPU SEBAB KRISIS KEWANGAN – mkini
Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.
Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.
Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
kepada anak anak muda
yang masih belajar di universiti dan kolej dan dalam, sekolah
yang akan keluar dalam masa satu dua tahun
adalah di maklumkan bahawan semua PEKERJAAN dan JAWATAN
dlam kerajaan telah di BEKUKAN – kah kah kah
kenapa?
kerana:
duit taraaak kah kah kah
duit sudah membazir:
beli kapal selam – setiap tahun 1 bilion ringit penjagaan
nak beli 257 kereta kebal dari syarikat DEFFTECH Sdn Bhd – harga 8 bilion ringgit
membazir projek plkn
membazir buat istana baru
dan paling membazir setiap tahun beri cukong 19 bilion ringgit
kah kah kah
NOTA:
tak lama lagi gaji kaki tangan kerajaan
pun tak cujkup kah kah kah
NOTA:
sila selidik syarikat defftech ini
kroni yang mana ?
kah kah kah
KAKI SONGLAP
kah kah kah... deftech sdn bhd
BalasPadamkaum kerabat DRB-Hicom rupanya
jual kereta kebal 8 billion?? boleh jamin betul2 kebal ke?
Tanah rizab Melayu drpd 3 juta ekar,tinggai 1.3 ekar.Rizab felda drpd 4 billion rgt,tinggai 1 billion rgt.Ghembat duit minyak,buat bangunan demer sampai 300 juta.Baghu2 ni ndak ghembat pulak KWSP sampai 6 billion.Tangan saper yg buat bender ni? Pembangkang ker yg jadi haram jadah buat keghojer ni?Kemaner pergi duit hasil bumi yg dikaterkan melimpah ghuah?Ghakyat makin susah,duit royaliti minyak utk Kelantan tak dibagi sbb lambang parti tak seghoper.Sebelom ghakyat,terutamernyer org Melayu kener puaser yg terpakser,jangan kiter pangkah parti yg gambor kati tu.Pangkah ler parti cap aper pon selain drpd parti gambor kati tu.Pader teman,tak berdoser kalau tak undi puak2 ni PRU 13 akan datang tak lamer lagi.
BalasPadamsatu lagi kau tak masukkan ialah
BalasPadamKEHILANGAN RM 28 billion setaun akibat penyelewengan..
ini yang aku risau... 2 taun lagi aku grad.. kah kah kah!
BalasPadamyeahhhh!!!!!111!!
BalasPadamhttp://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf
Cukong Kapitalis yg kaya raya. guru guru makan pasir je la. Muhyidin tak faham faham Najib mana boleh naikkan gaji guru nanti Muhyideen yg popular dan lawan tauke.
BalasPadamCERITA NI SAMA LER DENGAN BEKAS-BEKAS ASKAR CACAT....SAMPAI HARI NI SATU SEN PUN MASIH TAK TERIMA...
BalasPadam--------------------------------
Ex-gratia tentera cacat bertempur belum dibayar
SAYA mengimbas janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena perhimpunan Raksaksa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil pada tanggal 10 Oktober 2010.
Perdana Menteri telah membuat pengumuman meluluskan bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana amat prihatin dengan penderitaan yang kami alami.
Setelah anggota tercedera dalam pertempuran sebelum 1994 tidak diberikan layanan yang sama seperti anggota yang cedera selepas 1994 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kami merasakan JPA telah membuat satu kesilapan besar.
Umum mengetahui kecederaan yang dialami dan penderitaan yang kami tanggung adalah berbeza sama sekali. Kumpulan kami yang mendapat kecederaan sebelum 1994 adalah disebabkan angkara pengganas komunis, sedangkan anggota yang cedera selepas 1994 kebanyakan disebabkan oleh kemalangan jalan raya.
Mereka ini telah pun menerima dan menikmati pembayaran yang telah diluluskan oleh kerajaan. Kami masih lagi setia menanti apa yang telah dijanjikan.
Apabila pengumuman kelulusan telah diberikan oleh Perdana Menteri sudah semestinya pihak yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan ialah Kementerian Kewangan.
Para pegawai Kementerian Kewangan harus segera menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pertahanan agar dapat disalurkan dan diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia untuk dibuat pembayaran kepada mereka yang berhak menerimanya.
Semestinya dengan janji Perdana Menteri akan segera menyelesaikan pembayaran ex-gratia dalam masa terdekat, diam tak diam sudah hampir lima bulan berlalu hingga ke hari ini, hasilnya belum kelihatan lagi.
Dari sumber yang kami peroleh, pihak Kementerian Pertahanan sudah menghantar permohonan ke Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan kewangan bagi pembayaran ex-gratia sejak bulan November 2010.
Untuk pengetahuan, kebanyakan kami sudah meniti usia emas, tidak kurang juga semakin uzur kesihatannya.
Sekali lagi kami menyeru dan mengharapkan kepada para pegawai dan kakitangan awam di Kementerian Kewangan yang telah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengurus tadbir urusan kewangan negara, segerakanlah permohonan yang dimaksudkan agar dapat dinikmati dan digunakan sebagai keperluan harian. Tahukan anda penantian itu satu penyiksaan, lebih lagi bagi kami yang cacat anggota badan.
PEGAWAI WARAN DUA
Veteran OKU sebelum 1994
Deftech..tu Syed Mokhtar yang punyaaa..
BalasPadamKereta Kebal tu bli dari Polnad tapi pasang siap kat MMC (kalau tak silap ler) ..itu pun syed Mokhtar yang punya..
Hang ni Isham..tak abis-abis marah Syed Mokhtar ni ..Gula naik pun Syed Mokhtar juga kena..wal hal..Felda yang naikan harga gula..ha ha ha..
NASIB KAULAH BUDAK BUDAK. TAPI KERJA DENGAN ORANG YANG ZALIM BUAT APA. BUAT MAKAN ATI JE. BAIK KERJA SENDIRI ATAU SWASTA.
BalasPadamsecara dasarnya kerajaan ini makan duit rakyat untuk kepentingan mereka sendiri...
BalasPadamjom ubah semua ini..
UBAH UBAH UBAH
sejak tahun 2010 lagi dah beku dah pengambilan baru ke perkhidmatan awam. aku amik periksa masuk keje gomen, dah lulus pun x panggil2 lagi interview. tahu2 je dah lepas setahun, sudah tentu expired kelulusan tu. yg aku x boleh blah tu, ada member keje gomen cakap beku 3 bulan je. apa lanchow beku 3 bulan kalau pengambilan baru kurang2 ambil masa 6 bulan? siap bajet lagi akan ada kenaikan gaji/ pangkat. adoiyai, kerajaan dah xde duit, nak buat apa kasi naik gaji?
BalasPadambro sekalaian semua keturunan aka dan keterunan bini aku semua aku dah basuh undi PR ada sekor dua yg otak dah kira biol tahan cipan...tak boleh nak repair...bro sekalaian jlnkan kewajipan anda 1 keturunan 1 pankah PR
BalasPadamyideeen... mana duit bai'ah yg ko janji tu.....ckp kt tv kan main lagi..... agk2 hujung bulan tahun 2020 leh dapat x?
BalasPadamha222....cyan Guru Bsr den dok tunggu rm7500 tu...
spenda dio dah longgar.. dok tunggu duit tu nk beli baru....
Sampai begitu sekalipun, ramai juga guru-guru yang masih berkarat nak menyokong UMNO? Kalau ada lagi yang berkarat tu, patutlah anak didik anda juga menjadi terlalu berkarat, berkerak dan terlalu banggang, kerana anda juga (karat UMNO seumur hidup) telah berjaya mewariskan kebanggangan dan biul tegar anda kepada mereka. Jangan jadi spt ikan masin, mata sentiasa terbuka, tapi tak boleh nampak apa-apa objek (realiti/korupsi) di hadapan mata.
BalasPadamDeftech senang senang je dpt kontrak 8 bilion. patut le senyum je hulur 500 juta utk tok batin dlm pru sarawak hari tu.deftech tu mokhtar punya tolong jaga utk kutty. patutle kutty beriya iya rosakkn heli tan sri yahaya.dia nak co tu.kapitalis takde iman ni.usahlah mokhtar.kereta kebal yg hang buat dulu tu pun masih tak boleh pergi perang.meriam lebih berat dari kereta.duit rakyat yg habis.kutty yg kaut semua. oh ya pasal harta pak mertua tu jgn lupa le serah kpd yg berhak iaitu ipar lelaki hang yg seorg tu.ikut le perintah mahkamah.kutty jgn le nak campur mahkamah.ini hal faraidh dia ada waris.lagak alim warak tapi bolot hak abang ipar.mana iman ni tuan syed?
BalasPadamTT, buang lah gambar yg kat bawah tu....bengkek jer aku tengok !!!
BalasPadamkah kah kah
BalasPadamaku nak tengok nanti
macamana puak2 PR buat deal nak beli peralatan perang...
jangan sorok2 pula nanti ye...kena transparent 1000 000 000% mcm yang korang laungkan sekarang..
Janganlah nanti diskus 10 tahun apapun tak nak beli sebab mahallah, susah nak jagalah, baik buat jalanrayalah...jangan swastakan pertahanan negara sudahlah puak2 PR..
Itupun kalau boleh menang...he he