Sabtu, 28 Mei 2011

HANYA SATU JAWAPAN : LAWAN!




BANGUN DAN LAWAN




nota:
yang miskin lebih ramai dari yang kaya
yang miskin lebih berani dari yang kaya

miskin bangun melawan
tidak ada kuasa dapat menawan



HADI: PAS BELA PENEROKA DARI JADI HAMBA FELDA
- mkini

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetapi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

"Namun semua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," katanya dipetik Harakahdailysempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

NOTA

dalam sistem ekonomi kapitalis ini
peneroka felda di jadikan hamba
felda ini tidak jauh bezanya dari sistem estate british dahulu
kuli estate kerja potong getah
kuli estate keja tanam sawit
duit dan untung
dibawa pulang ke london

itu pasal kota london kaya raya
60 pendatapan british di tahun 40’an hingga 60’an datang dari tanah melayu

sekarang yang hidup lumayan ialah pegawai felda
sekarang yang hidup lumayan mereka yang meniaga dengan felda
dari tenaga pak cik dan mak cik felda
mereka mengaut keuntungan

seharusnya perjalan felda bukan dalam cara kapitalis ini
ianya seharusnya boleh dikongsi

siapa yang bekerja dia yang dapat gaji
siapa kerja kuat akan dibayar lebih

bukan siapa yang pandai kelentong dapat duit banyak


DUKU FIRAUN INI


NOTA:
anak anak felda jangahn lupa
9 julai 2011-05-28 hari sabtu
jam 2.00 petang
datang ke kuala lumpur
bawa kemarahan
berkumpul di sogo
berkumpul di masjid kg baru
berkumpul di ibu pejabar pas

bawa lambang felda
bawa kemarahan anak felda

kita berpesta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan