Isnin, 2 Mei 2011
HARI BURUH SELURUH DUNIA
NOTA
sambutan hari buruh diseluruh dunia
dari brussels ke bombay
dari karachi ke caracas
dari istambul ke iceland
dari jakarta ke johanesbourg
kaum buruh merayakan hari suci mereka
hanya di malaysia kaum buruh ditekan
dari merayakan hari suci mereka
masanya telah sampai untuk kita menghumbankan
sistem yang menindas ini!
DI JAKARTA INDONESIA
DI MOSCOW RUSSIA
DI TOKYO JEPUN
DI ISTANBUL TURKEY
DARI MEJA SEJARAH
nota:
sejarah gilang gemilang
perjuangan kaum buruh
di tanah melayu
menentang kaum kolonialis
kaum buruh telah menabur darah
untuk mendapatkan satu mei sebagai
hari suci untuk perjuangan mereka
HARI BURUH: 18 DITAHAN POLIS, ANTARANYA MP SUNGAI SIPUT - minsider
Polis menahan 18 individu dalam perhimpunan sempena Hari Pekerja bagi membantah kenaikan harga barang dan menuntut Akta Gaji Minimum dilaksanakan, di sekitar Maju Junction dan Jalan Chow Kit di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Ibrahim berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
“Mereka ditahan untuk sementara waktu bagi merekodkan keterangan,” katanya dipetik Bernama.
Laporan The Star Online menyebut antara yang ditahan ialah Ahli Parlimen Sungai Siput D. Jeyakumar.
Perhimpunan bermula pukul 10.30 pagi disertai hampir 500 pekerja swasta daripada 75 syarikat pelbagai perkhidmatan.
Rata-rata mereka hadir dengan memakai baju berwarna merah dan membawa sepanduk serta kain rentang tertera “kami mahu hak kami”, “gaji minimum”, “harga barang naik, tapi gaji masih minimum” dan sebagainya.
Suasana pada mulanya terkawal apabila mereka berjalan dari Jalan Chow Kit ke Maju Junction menjadi kecoh apabila mereka yang berhimpun tidak berpuas hati dengan penahanan beberapa rakan mereka, dipercayai ingkar arahan polis supaya bersurai.
Mereka kemudian duduk di pekarangan Menara Tabung Haji sambil membaca protes dan ada yang menyanyikan lagu menuntut hak pekerja.
kat mesia berak kene tangkap pasal kene permit..1 unta 1 kaldai ponya ondang2.
BalasPadamPemimpin pemerintah Malaysia berjiwa kecil dan penakut.Lempar batu sembunyi tangan.Arah dan perintah polis tangkap dan bila dipersoalkan rakyat mereka katakan polis yang salah,polis yang tangkap.Cuba biarkan,bebas tak ada apapun yang berlaku malah rakyat hormat kerajaan dan bila ini berlaku tak perlu takut dan bila pilihanraya pasti menang.Biasanya rakyat akan hormat dan sokong yang memerintah.Bila buat begini,tangkap,tabur fitnah dan sebar perkara-perkara yang kotor lagi membusuk seperti menyebar video sekarang.Rakyat langsung tak hormat malah benci ada pada kerajaan dan kalau boleh biar cepat pilihanraya diadakan sebab tak sanggup berada dalam kerajaan yang terlalu hodoh dan membusuk ini.Biarlah cepat-cepat diganti kerajaan yang baru.Kerana baru itukan canti dan hebat.Kalau tidak takkan peribahasa menyebut seperti penyapu baru.Yang baru tidak berani berlaku zalim dan menindas serta korup seperti yang lama.Mereka takut akan ditukar dengan yang baru lain bila pilihanraya nanti.Sebab yang terlalu baru senang dan mudah untuk ditumbangkan.Tambahan pula yang baru lebuih mantap dari yang lama sebab ada parti Islam yang diwakili pejuang Islam yang hebat tahan diuji dan ada Anwar Ibrahim yang telah teruji dan diuji serta telah diketahui kehebatan kepimpinannya semasa dalam kerajaan dahulu dan ketika bersama ABIM dizaman silamnya.
BalasPadam