Sabtu, 14 Mei 2011
JANGAN LUPA AHAD DEMO DI GEBENG
AMBIL PERHATIAN!!!
berkumpul di jalan baserah
pada ahad 15 haribulan may ini
berkumpul dari jam 11.00 pagi
pemimpin yang dijangka hadir :
Anthony Loke,YB Teo Nie Ching,
YB Yong,YB Chung,Steve Lee dan
dan lain lain
MARI TURUN RAMAI RAMAI
nota:
kita jadikan demonstarasi
sebagai budaya politik kita
apa yang dilarang ertinya
benda yang dilarang itu efekttif
kerana efektif maka ianya dilarang
hantar memo tak efektif maka tidak dilarang
bawa kes ke mahkamah tal efektif
kerana itu tidak dilarang
tunjuk perasaan amat efektif
kerana itu cuba dilarang
kah kah kah
POLIS PATUT JAGA KESELAMATAN, BUKAN KEPENTINGAN LYNAS: FAUZIAH - keadilandaily
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan polis supaya bertindak profesional dan bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam isu projek pembinaan loji proses nadir bumi, Lynas Corporation.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Saifuddin Ab Ghani yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan loji itu di Gebeng, Ahad ini.
“Tanggungjawab polis menjaga keselamatan orang awam. Tidak sepatutnya ketua polis sendiri yang keluarkan ugutan itu seoalh-olah polis menjaga kepentingan Lynas.
“Syarikat Lynas, adalah syarikat luar negeri yang membawakan risiko besar kerana memproses sisa nadir bumi yang mengandung radioaktif,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Katanya, demonstrasi dan bantahan yang diadakan penduduk Kuantan sebelum ini, dilakukan secara aman dan tidak berbahaya sepertimana ‘ancaman’ Lynas kepada penduduk.
“Kita harus lihat suara rakyat ini sama ada mampu menggugat keselamatan orang awam atau Lynas sebenarnya bakal mengancam keselamatan orang awam. Polis sebenarnya memilih langkah yang silap menjaga kepentingan Lynas berbanding keselamatan orang awam,” ujar Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Beliau dalam pada itu, menyambut baik demonstrasi yang bakal dianjurkan DAP Kuantan pada 15 Mei ini bagi membantah pembinaan loji tersebut.
“Kenapa rakyat memilih untuk mengadakan demo dan protes adalah kerana kerajaan tidak mendengar rungutan masalah yang dihadapi mereka. Mereka jelas tidak mahu dengan apa yang kerajaan buat, cuma kerajaan tidak faham,” ujarnya.
Sementara itu, Fuziah turut mengulas kenyataan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Indsutri Malaysia (MITI), Mustapa Mohamed bagi mendapatkan panel khas mengkaji loji pemprosesan nadir bumi itu.
Beliau menganggap Mustapa sebagai cuba ‘bermain silap mata’.
“Sehingga ke hari ini, MITI tidak pernah melantik panel-panel pakar yang diumumkan pihaknya bagi mengkaji loji tersebut. Mustapa berjanji akan menjalankan kajian dan siasatan selama sebulan. Malangnya tempoh sebulan tersebut sudah hampir tamat.
“Malah permintaan daripada kami juga tidak diendahkan untuk mendapatkan lima orang warga Kuantan sebagai panel dalam kajian tersebut,” katanya.
Kata beliau, Mustapa April lalu mengumumkan untuk menangguhkan segala operasi Lynas, tetapi apa yang berlaku sebaliknya pembinaan bangunan loji Lynas tetap diteruskan.
“Semuanya akan berlaku pada September depan kerana lesen belum dikeluarkan. Saya yakin, panel yang mengkaji loji itu tidak mengambil kira soal persekitaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada rayat Kuantan,” ujarnya.
Beliau menyifatkan Lynas Corporation memilih untuk membina loji pemprosesan nadir bumi kerana sedar kelemahan undang-undang persekitaran yang diamalkan di Malaysia.
“Lynas mengambil kesempatan ekoran kelemahan undang-undang yang diamalkan Malaysia yang terdapat lompang dalam sistem pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini berbeza dengan undang-undang Australia yang begitu prihatin dengan keselamatan rakyat mereka,” katanya.
NOTA:
pagi ahad ini sila datang berdemo
menentang projek bunuh rakyat ini
datang beramai ramai
mari kita jadikan demonstrasi
sebagai budaya politik kita
kita jadikan jalan raya sebagai parlimen kita
kita jadikan jalan raya sebagai senjata kita
padan muka madey !
kah kah kah
Bro,
BalasPadamGua mau tanya sama lu.Berapa ramai org org Gebeng sendiri yg dtg berdemo terutama org org melayu? Takut hanya org luar aje yg berdemo.Penduduk tempatan tak ambik pot pun.
Kita berjuang demi kepentingan mereka dan anak anak cucu mereka,tetapi mereka pulak menganggap kita sebagai pengacau keamanan.
Salam bros..siapa kata perjuangan menegakkan kebenaran itu mudah: tengok saje lah perjuangan Rasulullah saw, kekasih Allah, penuh ranjau & duri. Berapa kerat aje lah pengikut baginda masa baginda mula2 mau menyampaikan syiar Islam sehingga terpaksa berhijrah dari kota kelahiran nya Mekah ke Madinah. Yg penting nya kita sampaikan kebenaran, insyallah satu hari nanti Allah akan menghadiahkan kemenangan kepada orang-orang yang sabar & beriman.
BalasPadamgeromblan ckp nk tunjuk protes adalah melalui pilihanraya....kan mcm gampang ni...menekan n menipu...memang gampang dan kebutuhan la mcmni
BalasPadamOrang Melayu ada ilmu kebal, tak terjejas dengan radioaktif. Kalau dibandingkan dengan keropok Beserah, keropok Beserah lagi bahaya. Lagipun selagi MB Pahang tidak masuk hospital, selagi itulah keadaan selamat (ini jawaban seorang pengundi saluran 1)
BalasPadamGENIUS!
BalasPadam