Isnin, 9 Mei 2011
KENYATAAN RASMI
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
"PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA"
8 Mei 2011
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.
Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011
bro berita terbaru ni saja puak2 umnongok nak tarik perhatian kes sumpah yang tak laku tu supaya rakyat lupa inilah projek untuk memperbodohkan org2 melayu..
BalasPadamnak perkasa agama Islam macam mana; kalau ketua agama Islam sendiri minum arak; berjudi dalam majlis-majlis exclusive.....
BalasPadamBab Haji Hadi kata pasal UMNO tu memang ada kebenarannya TAPI bukan mutlak terutama 100% kesalahannya ditanggung UMNO.
BalasPadamPAS pun ada saham yang bukan sedikit.
Berjayakah PAS 100% mendidik rakyat Malaysia tentang Islam? Terutama sekutu politik mereka DAP & PKR?
Berjayakah PAS mengISLAMkan Kelantan, Terengganu & Kedah semasa PAS memerintah negeri-negeri ini?
Pra syarat utama kejayaan ialah PERPADUAN SESAMA ISLAM TERLEBIH DAHULU. Hanya apabila PAS berani dengan dalil-dalil sah lagi benar mengKAFIRkan UMNO seluruhnya .., maka PAS wajib menjelaskan pendirian berkenaan ayat berikut :
SURAH AL-BAQARAH, dalam JUZUK 2, Ayat 120: Maksud Firman ALLAH Subhanahuwa Ta'ala:
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (wahai Muhammad) sebelum engkau MENGIKUTI AGAMA MEREKA. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang sebenar-benarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ILMU (KEBENARAN) sampai kepadamu, TIDAK AKAN ADA BAGIMU PELINDUNG dan PENOLONG dari ALLAH"