Isnin, 9 Mei 2011

MARI BERSAMA LEMAHLAN KERAJAAN!




KUATKAN KUASA RAKYAT



nota:
lihat sejarah
apabila rakyat kuat
mahafiraun dapat dihalau
apabila rakyat kuat
mahafiraun manangis hilang kuasa
kah kah kah






EKSTREMIS TUNTUT PELBAGAI PERKARA KERANA ANGGAP KERAJAAN LEMAH : MADEY – berita hairan

Tindakan pihak ekstremis tertentu membuat pelbagai tuntutan sehingga sanggup mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan disebabkan mereka beranggapan kerajaan ketika ini adalah lemah, kata Mahathir Mohamad.

Katanya, kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan puak terbabit berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding suasana semasa di bawah pemerintahan beliau dahulu.

"Dulu masa saya tidak ada. Saya mendapat sokongan daripada semua, orang Kristian, Hindu, atau orang Buddhist semua sokong, tidak ada tuntutan apa-apa.
"Puak ekstremis ini buat begitu sebab dia nampak yang kerajaan lemah maka dia timbullah macam-macam masalah untuk bagi kotor lagi keadaan," katanya.

NOTA:

lihat dan sedarlah
bahawa ada kebaikkan yang dibawa apabila kerajaan lemah
apabila kerajaan lemah maka yang kuat ialah rakyat

belajar dari sini – lihat bila yang memerentah lemah
maka tuntutan dapat dibuat
lagi lemah kerajaan lagi banyak rakyat berjaya
dalam tuntutan

bila kerajaan banyak majoriti
maka rakyat akan rugi

kerajaan yang majoriti besar akan merugikan rakyat
kerajaan majoriti besar akan jadi angkuh
kerajaan majoriti besar tak akan peduli rakyat

tak kira kerajaan gerombolan
atau kerajaan pakatan
yang wajib kerajaan perlu tidak diberi majoriti besar

lihat kilang arang batu di sabah di batalkan
kerana kerajaan lemah
ppsmi di batalkan kerana kerajaan lemah
gerombolan minta maaf pada china
walau pun perempuan ketumbuk ketampi bukan warga china
ini kerana kerajaan lemah

apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah memastikan kerajaan lemah

bila kerajaan lemah rakyat jadi kuat!


5 ulasan:

  1. ....DAH LAMA DAH..UHUK UHUK UHUK... SEDIH BENAR NAK LETAK JAWATAN...SEBAB SAYANG JAWATANLAH...SBB TU NANGIS.
    KALAU TAK SAYANG, KENAPA NANGIS...

    MESTI DENGAN GEMBIRA BERI ORG LAIN...

    PENCACAI & PEMBODEK : TARIK BALIK TARIK BALIK...

    BalasPadam
  2. "tak kira kerajaan gerombolan
    atau kerajaan pakatan
    yang wajib kerajaan perlu tidak diberi majoriti besar"

    BalasPadam
  3. betul ahli parlimen kota raja pun ade cakap pakatan rakyat pun tak perlu majoriti besar takut kerajaan akan angkuh

    BalasPadam
  4. bila rakyat lemah rakyat senanglah dibuli oleh kerajaan yg memerintah..bila rakyat kuat senang untuk menghumbankan gerembolan united malay national organisation..

    BalasPadam
  5. Pada si Dol tanpa nama 2.11AM, pasal selama ini kerajaan terlampau kuatlah dia boleh buat sesuka hati Bila ada saingan dia akan berhati2. Lihat sekarang bila dia lemah, apa saja permintaan rakyat akan di pertimbangkan.

    BalasPadam