Rabu, 4 Mei 2011

POLIS SUMPAH LAKNAT



INI BUKTINYA YANG AMAT JELAS



nota:
gambar ini disampaikan
oleh orang dalam yang
sedang meluat melihat
konspirasi dari gerombolan,
dari pembunuh, dari perasuah,
dan perogol amah dan budak sekolah

kita ucapkan:
terima kaseh daun keladi
kalau ada gambar sila hantar lagi

PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO

Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.

Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dan dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.

Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.

Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.

Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?

Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.

Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011

10 ulasan:

  1. kalu betul UMNO mmprjuangkn hak org2 Melayu, mengapa dok kacau negeri Kelantan yg smemangnya sdg dperintah oleh org2 melayu dgn majoriti penduduknya padat dg org2 melayu?
    biaq p la kat org2 melayu khasnya rakyat kelantan, depa nak maju ke mundur ke tetapi trnyata mrk sdg brbahagia dgn hak tanah tumph darah mrk yg sbhgian bsrnya msh belum dicabul oleh org luar....

    BalasPadam
  2. BETULKAH ADA PEGAWAI TINGGI POLIS menggunakan kedudukan dan peluang untuk menyebarkan FITNAH untuk memburukkan lagi suasana?
    BETULKAH ada sifat tidak amanah begitu sekali di kalangan pegawai keselamatan?

    Wallaahi, wabillaahi dan watllahi, jahat sungguh peranan pegawai polis itu!

    - jalan JPJ, panji

    BalasPadam
  3. Adakah pengampu pengampu begini akan di bawa ke muka pengadilan? Betapa busuknya cawangan khas.....

    BalasPadam
  4. dah lama dah! JPN kongsi fitnah dengan KDN.

    BalasPadam
  5. http://www.youtube.com/watch?v=maQK3jNrg9E&feature=player_embedded#at=362

    BalasPadam
  6. Macam tau tau pulak kita nie...biasalah kan???? Polis ngan kerajaan...berpisah tiada...

    BalasPadam
  7. apa polis buat semua tak betul...apa Azmin Ali buat semua betul....hahahaha.... bodoh betul penjilat buntut AI

    BalasPadam
  8. LAGI PROJEK UMPORNO NK TIPU MELAYU... Siapakah Eskay?

    1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

    2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

    3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

    4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

    lagi pendedahan sila lihat di MiloSuam DAN CINA ISLAM

    BalasPadam
  9. apa beza dgn nik aziz mencaci kerajaan?
    apa beza cikgu mala dan suami memburukkan kerajaan?
    apa beza dgn TT yang memutarbelitkan fakta secara terang terangan?
    apa beza anuar berkempen hentam kerajaan?
    adake org PR berkempen yang tak fitnah, tak hentam kerajaan?
    rasanya takda..harun din kot?
    entahlah....apa nak jdi dgn dap pas pkr...meghalalkan segalanya untuk menawan putrajaya..
    kalau menang nanti..
    bubarkan PDRM..pakai kontrak pengawal swasta gurkha n bangla..
    sure boleh harap dan mantap
    gaji lagi murah
    dan semua telus
    sure aman damai negara kita..
    kah kah kah TT oh TT...
    berani siarkah pendapat saya?

    BalasPadam
  10. Apapun, kita semua kena rileks. Biar org2 mcm ni terjun dengan labu2nya. kalau kita buat bising sgt nanti mereka cakap mcm2. Jadi lebih baik diam.

    Tapi diam tak bermakna tak buat apa2.

    Saya cadangkan sesiapa yg terlibat dalam acara2 mcm ni, lain kali record. Guna telefon bimbit anda. kalau tak dapat video, audio pun ok.

    Pastu serahkan pada TT.

    BalasPadam