Sabtu, 14 Mei 2011

SIAPA AKAN JADI KAMBING GEMUK UNTUK KORBAN




JENAZAH DARI BANGUNAN SPRM







AHMAD SARBANI TIDAK BUNUH DIRI : KELUARGA – berita hairan

IPOH: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.

Petunjuk itu merujuk kenyataan "bukan saya...orang saya" yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham, Awtar Singh, dari Tetuan Awtar, Ghazali, Augustine & Co berkata, jawapan mengejutkan itu terpacul dari mulut pegawai itu sebaik Masiah meluahkan perasaannya berhubung kematian suaminya sebelum bertanya kepada pegawai berkenaan apa yang akan dilakukan jika pegawai itu berada ditempatnya.

Katanya, pada ketika itulah, pegawai berkenaan dengan nada perlahan mengeluarkan kata-kata "bukan saya...orang saya" kepada Masiah tetapi apabila Masiah mahu mendapatkan penjelasan apa dimaksudkan "orang", pegawai terbabit hanya mendiamkan diri.

"Masiah sudah pun membuat laporan polis berhubung petunjuk baru itu pada 2 Mei lalu, namun sehingga kini kami difahamkan polis belum mengambil keterangan daripada mana-mana individu berhubung maklumat terbaru itu.

"Dengan maklumat yang ada berserta maklumat baru ini, anak guam kami yakin sepenuhnya bahawa arwah tidak membunuh diri sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini," katanya pada sidang media di frima guaman berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, rakannya, Ghazali Mohd Ramli dari firma guaman sama berkata, keluarga Allahyarham mengesyaki kenyataan "terlepas cakap" pegawai SPRM itu mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian Ahmad Sarbani.

Katanya, kenyataan akhbar itu juga bagi menyangkal dakwaan dan spekulasi dibuat akhbar dan media elektronik yang memberi gambaran bahawa ada kemungkinan Allahyarham membunuh diri akibat tekanan yang diterima daripada siasatan yang dibuat SPRM.

Ahmad Sarbani yang juga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM berkenaan yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April lalu, selepas datang ke kepajabt itu untuk memberi keterangan berhubung siasatan dilakukan agensi itu.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan kes kematian itu sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana mendapati tiada unsur jenayah.

Pejabat Peguam Negara yang menerima kertas siasatan itu daripada polis bagaimanapun memulangkan semula kertas itu kepada pasukan berkenaan untuk siasatan lanjut termasuk mengambil semula keterangan seorang saksi berhubung kes berkenaan secara terperinci.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU MACAM INI LAGI LAPORAN AKAN LAMBAT KELUAR… kah kah kah..

kah kah kah…AKAN DIKATAkan PERLU SIASAT LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah…KALAU TAK BUNUH DIRI… MACAM MANA BOLEH MATI?... kah kah kah..

kah kah kah… PASAL APA BOLEH MATI?.... kah kah kah…

woit… BUKAN SUDDEN DEATH…. INI BUKAN WORLD CUP… kah kah kah..

NOTA:

kenapa mati?


1 – hantu mak limah tolak?
2 – hantu kopek tolak
3 – kepala ayer tolak
4 - macam mana kena tolak
5 – siapa penolak kah kah kah


NOTA:

tunggu dan lihat akan keluar satu laporan
dimana keluarga akan berkata yang mereka
menerima semua ini dengan hati terbuka
kerana apa yang telah berlaku adalah suratan takdir

bila kenyataan ini keluar ini bemakna telah
kautim antara puak jahat dengan keluarag
arwah kah kah kah

4 ulasan:

  1. TT... bila nak dedah gambar dan liputan perhimpunan PERKASA di KEDAH yang kononnya nak himpunkan 30000 melayu?

    BalasPadam
  2. alo bro tt...gemok2 jgn sebutla...
    gwe rasa bik mama munyer cawat boleh tampong kambing woiiiii

    BalasPadam
  3. gua rasa biasalah jabatan2 kerajaan ni.. nak kowtim, kerajaan malaysia akan kene keluarkan fulus untuk kowtim..

    polis, jabatan2 kerajaan akan kowtim macam biasalah.. kalo kita biasa tengok filem hindustan, rasanya tak ada beza sangat dengan apa yang dipaparkan dalam filem tersebut..

    realitinya filem hindustan dan tamil ini banyak memberi kefahaman kepada rakyat bagaimana fungsi2 jabatan kerajaan selalunya diamalkan.. agama islam adalah agama kosmetik yang diselaputi syurga neraka dosa pahala bertujuan untuk menakut2kan mereka yang beriman untuk berbuat sesuatu kesalahan jenayah.. bagi yang tidak beriman, pergi mampuslah semua itu.. boleh berbuat apa saja sesuka hati, modus operandi seperti polis mengejar penjenayah dengan berbalas tembakan kini sudah bertukar adegan.. polis ingin membunuh sesiapa saja orang biasa dan orang politik yang tidak disukai, maka dengan senang saja dicopkan simati penjenayah atau bunuh diri..

    BalasPadam
  4. orang tamil bernama aboo kassim yg tolak

    BalasPadam