Khamis, 19 Mei 2011
SURAT DARI PEMBACA
JUMAAT JAM 2.00 PETANG
JANGAN LUPA
jumaat ini turun bearmai ramai
berkumpul di sekitar klcc jam 2.00 petang
berarak ke kedutaaan australia di hadapan klcc
menghantar memo membantah kilang lyaknat di gebeng
yb fauziah salleh
yb tian chua
ketua pemuda pas
akan memimpin perarakan hari jumaat ini!
SURAT DARI PEMBACA
bro aku ada secebis kisah untuk diceritakan.Aku menetap di pekan Pusing tidak jauh dari pusat pelupusan sisa2 buangan kilang di bukit merah.Aku terbaca kisah2 sedih dan duka penduduk bukit merah baru aku terasa menyesal menetap di pekan Pusing tapi apakan daya duitku sudah habis membeli rumah untuk anak dan biniku dulu aku fikir menetap dikawasan hutan dan bukit aku merasa nyaman dgn udara yang segar tetapi sekarang aku macam duduk ditempat yang sangat bahaya.Aku takut racun itu akan tersebar kerumahku. Aku selalu pergi kekawasan air terjun dihutan Papan membawa bini dan anaku2 bermandi manda dan sambil menikmati udara hutan yang nyaman dan kehijaun namun sekarang tidak lagi dan aku juga risau air terjun dari hutan akan tercemar mangalir ke sungai Johan dari situ mengalir pula ke sungai Kinta aduhai...
Oleh Tanpa Nama pada BANGANG TAK ADA UBAT pada 11/05/18
MEREKA MENIPU DENGAN BERBAGAI SLOGAN DAN RETORIK BIADAP,MATLAMAT HANYA MENGKAYAKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI ITU SAJA ,APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA LINGKOP PAHANA & MAMPUS PI ! ITULAH SLOGAN SEBENAR RAKYAT DIDAHULUKAN ! DASAR APCO !
BalasPadamada berpuluh ribu tong Nadir bumi dekat situ menunggu masa untuk di lupuskan....
BalasPadambro...komen ttg pekan pusing td tu, agak jauh sbnrnya dari bukit merah...pekan pusing kat perak tgh, bukit merah kat kerian...~100km jgk..
BalasPadamnama je sedap luqmanaziz tapi bangang tahap gaban..pergi main jauh2 la..
BalasPadamBro TT,
BalasPadamSebenarnya bro, rakyat malaysia banyak menanggung kerugian flora dan fauna. Pantai dijadikan kawasan tertutup dijadikan milik hotel dan perumahan kos tinggi sehingga rakyat biasa tidak dapat menikmati pantai lagi. Kawasan bukit dengan muka bumi yang cantik dijadikan pula kawasan perumahan tinggi yang hanya mampu oleh orang orang kaya. Maka kerajaan pun buatlah projek perumahan rakyat tepi longkang, tepi sungai busuk dan sebagainya bagi mengadakan satu kumpulan manusia yang tidak berkemampuan.
Perniagaan tepi jalan atau tepi longkang ditembusi oleh golongan pendatang khususnya mamak, orang siam, indonesia, nepal, bangladesh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak berkuasa tempatan. dibiarkan sehingga keluar tv. apabila sesuatu kawasan setinggan telah merebak dan sehingga ada projek setakat itulah pihak berkuasa mahu bertindak padahal pada titik permulaan tidak dibanteras dengan sepatutnya.
Malu bro dengan sistem pentadbiran yang semakin memilih bulu dan tidak profesional, berkepentingan sendiri ha ha ha
Bukit Merah bukan kat Kerian tu, tetapi kat Menglembu di Ipoh manakala Papan tidak jauh dari Menglembu dan Batu Gajah.
BalasPadamDalam Peghak ni bukan daerah Kerian jer ader Bukit Merah.
BalasPadamluqmanaziz oii...kamu org mana?ni anak batu gajah nak bagitau...dari batu gajah nak ke ipoh lalu pekan pusing,dalam 2 minit je dari pusing sampai lahat,1/2 minit sampai bukit merah,1/2 minit sampai menglembu dan
BalasPadam5 minit lagi sampai pekan ipoh.mana datang 100 km tu?