Selasa, 3 Mei 2011
TEKA TEKI : APA DIA MEMASANG LUKAH DI JALAN RAYA?
MEMASANG LUKAH DI JALAN RAYA
PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO
Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.
Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.
Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dan dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.
Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.
Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.
Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.
Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.
Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?
Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?
Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?
Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?
Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?
Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.
Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.
MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011
TEKI-TEKA:
BalasPadam"Pasang jerat sembilan mata,
pelanduk terjerat terkial-kial,
mata pisau sudahnya".
Pada mula dilantik ketua polis negara kita amat berbangga kerana menurut Alumni universiti Islam antarabangsa ada menyatakan antara mereka yang telah pernah menuntut dan dihasilkan oleh UIA ialah ketua polis negara terkini.Alangkah indahnya nanti alam kepolisian Malaysia berubah 180 darjah.Hampa dan kecewa segala apa yang kini berlaku.Jiwa takut pada manusia dan menuhankan pangkat dan harta tidak dapat dipisahkan dari kehidupan.Itulah agaknya ulama-ulama atau cerdik pandai Islam masa dulu pernah menyatakan;jangan kau hampiri istana nescaya kau akan menjadi hamba manusia.
BalasPadamBegitu juga kita mengharapkan kepada ketua atau penjawat aqwam yang mempunyai kelulusan PHD yang membawa gelaran doktor akan membawa kepada kebaikan dan keelokan.Rupanya jauh panggang dari api.Agaknya sebab itu sekarang ini untuk mendapatkan PHD senang dan mudah tidak seperti dulu-dulu.Pangkat oh....oh....oh.. pangkat,kaulah segala-galanya dalam kehidupan.Sehingga Allah dilupakan dan tidak ditakuti lagi.Sumpah laknaat... senang dan mudah dilakukan.Malah orang yang melakukan pernah minum arak,berzina dan segala bentuk maksiat dan dosa,mereka berani dan mudah saja untuk melakukan sumpah laknat.Takkankah ini mereka menuhankan wang adan pangkat.Walaupun bukan wang itu diangkat dan junjung-junjung dan disembah-sembah tetapui kerana sanggup melakukan yang dilarang Allah.Bukankah itu sama dengan memuja wang.Marilah kita sama-sama menolak politik kotor,fitnah,zalim dan yang menghalalkan cara.Dengan melakukan apa sekalipun janji mmenang dan pembangkang atau tokoh-tokoh tertentu dapat dinyahkan dan dihapuskan dari persada politik Malaysia.Apakah ini bukan zalim,kotor lagi busuk.