Isnin, 16 Mei 2011

UCAPAN UNTUK SEMUA GURU



PERUTUSAN PRESIDEN KEADILAN SEMPENA HARI GURU

15 MEI 2011

Setiap tahun, 16 Mei disambut untuk menghargai pengorbanan dan jasa para guru. Guru adalah pembentuk siasah generasi akan datang yang akan mendidik dan membimbing mereka terutama dari segi nilai moral dan akhlak peribadi yang tinggi. Guru diibaratkan bintang-bintang yang bergemerlapan dan sinarannya itu memberikan arah tuju kepada yang memerlukan.

KEADILAN menghargai setiap detik dan pengorbanan guru yang selama ini bersungguh-sungguh memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, komitmen KEADILAN ini telah kita nyatakan dengan jelas di dalam Buku Jingga yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kemahiran guru akan terus dipertingkatkan dengan menyediakan ruang latihan yang luas untuk mereka mempertingkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta tahap profesionalisme mereka agar selaras dengan keperluan semasa. KEADILAN juga bertekad akan mengkaji semula jumlah elaun dan tangga gaji para guru secara keseluruhan agar setimpal dengan bebanan yang ditanggung.

Semoga ilmu dan jasa guru-guru diberkati Allah kerana ilmu yang telah mereka curahkan itu akan berterusan selagi mana ianya diamalkan. Selamat Hari Guru, cikgu.

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PRESIDEN KEADILAN

2 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru 2011.
    Kerja dengan ikhlas
    Jangan kait kain dekat sekolah
    Anak-anak masa depan negara
    Jangan rosak mereka
    Dapat gaji buat kerja
    Mengajar benda yang betul
    Ikhlas Ikhlas Ikhlas

    BalasPadam
  2. berita gumbira untuk cikgu:

    kerja dan beban kerja akan ditambah
    sapa boleh tahan kerja macam lumbu, maka gaji akan ditambah 5 persen
    yang duduk bandar tak ada kenaikan sebab tak ajar org asli

    gaji tak jadik naik
    duit suda ileeeek

    BalasPadam