Jumaat, 17 Jun 2011
ANAK MUDA - ANAK SEMUA BANGSA
BILA KU LIHAT GAMBAR INI
bila aku lihat gambar ini
detik detik itu sampai kembali
bila aku lihat gambar ini
selasa 3 disember datang sekali lagi
bila aku lihat gambar ini
muka muka ini
anak anak muda ini
muncul dan muncul lagi
lalu aku teringat dataran satera
lalu aku teringat dewan tunku chancelor
lalu aku teringat sudut pidato
lalu aku teringat janji dan cita cita
lalu aku teringat pekikan ke jalan raya
dimana kau sekarang?
dimana kau sekarang?
aku tahu kau tidak akan lupa
pada janji 3 disember
kepada setiakawan ikatan kita
kepada tani dan buruh
dan
dengarkan sekali lagi
tiupan seruling internationale
hidup ini satu perjalanan
bagitu jauh kita telah berjalan
lalu kita kembali sekali lagi ke padang ini
lalu kita kembali ke jalan raya yang ini
kali ini aku tidak bersuara dari sudut pidato
yang dulu aku meminta kau pegang tangan kekaseh
dan heret bersama ke dataran merdeka
yang dulu aku meminta kau tinggalkan kuliah sejarah
untuk kita membuat sejarah
kali ini aku meminta kau turun sekali lagi
aku yakin kau telah kebal
aku yakin kau telah jadi lebih berani
dulu kau ke jalan raya
bersama kawan dan kekaseh
hari ini aku mahu kau terus berbangga
walau rambut telah beruban
walau perut sadikit gendut
aku tahu hati kau masih setia
pada janji 3 disember
kali ini
kau turunlah ke jalan raya
kau datang lah bersama anak cucu dan bini
wahai anak muda
anak anak muda yang gambarnya
sedang aku lihat ini
jika kau membaca surat aku ini
jika kau masih lagi bersetia
jika kau bukan pembelot durjana
kita akan bertemu sekali lagi
seperti 3 disember dulu
ditempat yang sama
di waktu yang sama
aku menunggu kau di sana
seperti janji janji yang kita janjikan
kita kotakan janji kita yang lalu
tidak ada lagi apa yang perlu kita takutkan
datanglah seribu saitan
datanglah seribu ugutan
kita tidak berganjak
dari mara ke depan
INI SEJARAH KITA BERSAMA
fuh.. meremang bulu roma dan pubis saya pak tt. syabas!
BalasPadamStatistik di 4shared menunjukkan semenjak mat sabu menang. Orang PAS sudah mula banyak mendownload lagu internationale utk dinyanyikan bersama sama 9 julai nanti.
BalasPadamSekian, terima kasih.
kah kah kah.
Bro!
BalasPadammeleleh-leleh airmata ku lihat klip video ni...takut-taku bro tak sempat join picnic ni sebab dah kena sumbat dulu. Hati-hati bro!
Out beyond ideas of wrongdoing and rightdoing, there is a field. I'll meet you there.
BalasPadamWhen the soul lies down in that grass,
the world is too full to talk about.
Ideas, language, even the phrase each other doesn't make any sense.
- Rumi.
Damn! I cry again reading this poetry.
BalasPadamOrang yang takde hati perut je tak tersentuh dengan sajak ni.
semangat bila baca post tt & tngk video tu
BalasPadamtt kumpul kat venue mana?
aku nak follow tt
nanti kena sembur water cannon senang nk menyorok belakang tt
kah kah kah
hati2 semua yg nk turun 9 July nanti
hidup hidup hidup rakyat!!!
juga meremang bulu roma aku bro tt...gud luck!!!
BalasPadammahasiswa dulu masuk U dpt biasiswa, tapi itu tidak menghalang utk bangkit melawan kezaliman,...tapi mahasiswa sekarang masuk U dgn berhutang kenapa takut & bacul utk menentang kemungkaran???
BalasPadamIbuku...
BalasPadamHalalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku
Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..
Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..
Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..
Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..
Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!
Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?
Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!
Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!
Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..
Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!
Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!
Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...
Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...
Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..
kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!
Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!
Sudikah kalian bersamaku?
nukilan khas - budakbalun
mantap! 1 klik untuk kau punya iklan! kah kah kah!
BalasPadamps: minta rakan2 sebarkan ini di fb. upload gambar dan copy pastekan. kemudian tag kawan2..!
kah kah kah!
mantap! 1 klik untuk kau punya iklan! kah kah kah!
BalasPadamps: minta rakan2 sebarkan ini di fb. upload gambar dan copy pastekan. kemudian tag kawan2..!
kah kah kah!
aku sudah ready rm10,000 awal2.. kalau kene dakwa, takat nak takut2kan aku dengan duit jaminan 3000, aku tak kesah sangat pown.. aku boleh koyak saja duit 3000 tu..
BalasPadamtapi untuk aku jadi pengecut tak join bersih kali ini.. tidak sama sekali.. aku cuba sewa sebijik bas untuk ini TT..
apa kata setiap peserta mendapat, mengumpul & merekodkan (atau menyerahkan kpd penganjur utk direkodkan) resit2 bagi setiap pembelian yg berkaitan dgn demonstrasi aman ini kelak - daripada resit pengangkutan hinggalah resit makanan/minuman sewa tempat tinggal, beli t-shirt bersih 2.0, beli saputangan/topeng nak tutup hidung, guna tandas berbayar, beli ubat, dsbnya.
BalasPadamselesai demo, kita congak & jumlahkan - dan kita laporkan angka itu pada towkey ppsmi!
sure dia pensan tak terkata apo!
rayando el sol..rayando por ti..salut senor tt,
BalasPadamdoa saya bersama kalian semua..
maaf tak dapat bersama2..
tt kena juga buat kempen supaya yg berkesempatan ke KL pada 09 Julai, tetap juga memakai warna kuning sebagai sokongan dari jauh.....kuningkan Malaysia pada hari tu,...masa ada masa utk kempen ke arah itu...
BalasPadamkawe ghaso anak najib tunang dengan anok Presiden Kazakhstan bulan Jun ni jugok..aku ghaso dalam minggu ini takpong minggu depan..
BalasPadamIMPIANKUU..
BalasPadamaku nak amek kesempatan sempena BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti untuk memaki-maki pegawai2 PTD yang berlagak kaya tapi naik Myvi jer, pakai tali leher keras tapi takdak duit. khususnya pegawai2 JPA yang konon2 macam bagus tapi tak tahu cakap omputih.
video dari anak muda untuk anak muda. mesti tengok.
BalasPadamhttp://www.youtube.com/watch?v=j0nFTaaVdOg
Oii hisham...
BalasPadamsekalipun kengkadang aku laser gak ngan ko,aku nak mintak maap awai2.Mana la tau kot kot polis buat gila ke nnt time kita berhimpun nnt.Buatnya aku mati kang,tak sempat mintak maaf lak.Sama jugak la dengan sekalian rakyat malaysia,wa mintak ampun mintak maap.Kita jumpa di jalanraya.Kali ni kalau lori FRU nak gelek pun gelek la...aku takkan berganjak...its now or never.Kita jatuhkan BEEND once and for all!!
VIVA LA REVOLUCION!!!
DIRECT ACTION GETS SATISFACTION!!
aku pun dah bersemangat nak turun ke jalanraya join bersih. teringat tahun 1999 kt masjid negara. masa tu baru tahu pedihnya nak perjuangkan demokrasi di malaysia bila gas pemedih mata fru laknat masuk hidung.
BalasPadamPedih mata aku terkena 'tear gas' dekat KTM pada tahun 1973 dulu masih terasa lagi.
BalasPadamLintang pukang berlari ke arah stesyen bas Klang masih terasa mengahnya...!!!
Meskipun usia dimamah senja...
Namun semangat itu masih terus berkobar...!!!