Ahad, 12 Jun 2011

BACA DAN TELITI BERITA INI




KITA TURUN BUAT TUNTUTAN



KELUARGA MANGSA TOLAK INKUES, GESA ANGGOTA POLIS DI DAKWA – minisider

Pemimpin PKR dan aktivis peguam yang mewakili keluarga mangsa hari ini menolak langkah polis Selangor yang mahu mengesyorkan agar diadakan inkues berhubung kematian tiga remaja di Glenmarie dekat Shah Alam Disember lalu, yang mereka dakwa mati akibat ‘tembakan membunuh’ pasukan keselamatan itu.

Sebaliknya mereka mahu anggota polis yang terlibat dihadapkan di mahkamah.

“Merujuk kepada pengumuman Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah (pagi ini) bahawa polis telah memutuskan untuk memanggil satu inkues berhubung kejadian menembak mati Mohd Shamil Hafiz, Hairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar, bagi pihak keluarga mangsa, kami menolak keputusan memanggil pembunuhan ini,” kata dua naib presiden PKR N Surendran dan Nurul Izzah Anwar serta seorang lagi peguam dari Lawyers for Liberty, Fadia Nadwa Fikri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Surendran juga merapakan anggota Lawyers for Liberty.

Kata mereka, inkues tidak perlu diadakan kerana ada bukti yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa ketiga-tiga mangsa ditembak mati oleh polis.

“Semalam, kami mendedahkan laporan bedah siasat yang secara total bertentangan dengan versi polis,” katanya lagi.

Kata mereka, laporan bedah siasat itu ditandatangani oleh pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan penemuan tersebut sudah cukup dari segi perundangan untuk membawa tuduhan pembunuhan ke atas anggota polis yang terlibat dalam insiden Disember lalu itu.

“Kami melihat permintaan untuk diadakan satu inkues oleh polis sebagai satu lagi taktik melengahkan (kes) bagi mereda kemarahan orang ramai ekoran pendedahan laporan bedah siasat semalam.

“Kami juga terkejut dan hairan dengan dakwaan polis bahawa siasatan masih belum lengkap lagi,” kata ketiga-tiga pemimpin itu dalam kenyataan bersama mereka.

Kata mereka, memandangkan tujuh bulan sudah berlalu sejak kejadian menembak itu, maka jelas ia satu lagi alasan dan usaha untuk melengahkan tindakan ke atas anggota polis terbabit.

“Kami mengulangi permintaan keluarga mangsa bahawa kesemua anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan dicaj di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata mereka lagi.

Tegas beliau, Peguam Negara seharusnya memastikan tindakan itu diambil tanpa sebarang kelewatan lagi.

Terdahulu laporan media menyebut polis Selangor akan mengesyorkan agar diadakan satu inkues apabila mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pada pandangan kami, kami telah berlaku adil dalam mengendalikan kes ini meskipun sesetengah pihak mengatakan sebaliknya.

“Jadi, kami akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” kata Tun Hisan.
Bagaimanapun Tun Hisan menolak dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka ‘dibunuh’ oleh polis.

“Biar saya jelaskan perkara ini, polis tidak pernah tembak untuk membunuh (sesiapa),” katanya lagi.

Semalam, Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor ( A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

“Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

“Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong,” kata Surendran.

NOTA:

tiga anak melayu ditembak
mereka kini mati ibrahim ali

mana di pekida?
mana dia perkasa?
mana dia gpms?
mana dia ngo melayu?

mana dia zul nordin pejuang melayu islam?

bila madey nak keluar ayat quran tentang hal polis bunuh?
bila kj nak timbulkan hal ini?


5 ulasan:

  1. call me madafaker,YES,I AM12 Jun 2011 pada 4:24 PTG

    AMARAN: BAHASA AGAK KASAR, JANGAN BACA SEKIRANYA KAKI AMPU

    Mereka ni semua adalah layak dipanggil "PIGS". Semua samseng dan mafia mafia yang mempunyai uniform dan 'badge'.

    Kalau pukul, bunuh, tembak, mengaku. HAVE BALLS to do so, semua TOLOL, tongong. Tak punya nilai morak, nila menuasian. Memalukan. Tapi sembahyang tak tinggal, KONON. Fuck! Umrah haji, tak miss, FUCK. Berbuih mulut doa sini sana, FUCK! TAK SELAMAT ANAK BINI DUNIA & AKHIRAT.

    Ingat, doa orang dianiaya, ibu2, anak2, bini2 orang yang dibunuh, di pukul, ditembak. BOLEHKA korang tidor di waktu malam?

    Di mana mulanya pigs dan samseng jual dadah, jual perempuan, jual dvd/cd cetak rompak? DI MANA?

    CORRUPT CORRUPT CORRUPT

    BalasPadam
  2. haram jadah polis! kemudian kita disuruh hormat undang2..! butooooooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

    BalasPadam
  3. abang TT, cakap pasal zul nordin tu, hati2 sikik yer..

    dia time tu, pergi buat rawatan bisulnya yang merebak tak kebah2 lagi .. tak pasal2 jer abang TT menempah dosa... kesian kat zulnordin kena fitnah.. duit orang 15 ribu, bila nak bayar turrr.???

    BalasPadam
  4. Kehormatan DiRaja pada PDRM patut ditarik balik kerana ia bukan berkhidmat untuk negara dan rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan UMNO.
    PUM-Polis UMNO Malaysia...

    BalasPadam
  5. polis dah tak pandai siasat, tanya soalan macam budak tadika, jenayah dah jadi penjenayah, rakyat dah jadi takut kerana penjenayah besar berkuasa dan penjenayah kecil pun tunjuk kuasa..

    BalasPadam