Khamis, 30 Jun 2011

GEROMBOLAN DENGAN KERJA JAHAT




8 TUNTUTAN UNTUK KEADILAN



PELEKAT PALSU BERSIH USAHA SABOTAJ HIMPUNAN 9 JULAI – keadilan daily

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang mencetak dan mengedarkan pelekat palsu dengan tujuan mensabotaj Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mendedahkan sebuah kilang di Johor Bahru yang mencetak pelekat palsu menggunakan logo Bersih tertera perkataan ‘Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang, BuktIkan Kita Mampu Seperti Libya’

“Semakan telah dibuat dan cetakan ini bukan daripada Bersih. Ini adalah usaha untuk menimbulkan suasana tegang.

“Kita telah dimaklumkan bahawa pelekat ini dicetak dengan banyak untuk diedar kepada orang ramai,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kenytaaan itu susulan dakwaan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini bahawa pelekat berkenaan diletakkan pada puluhan kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan, tindakan terancang itu merupakan usaha ‘reverse psychology’ bertujuan menimbulkan kemarahan kepada Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini merupakan kemuncak kemarahan rakyat Malaysia kepada Barisan Nasional. Percubaan ini bertujuan untuk mengalihkan kemarahan mereka kepada Pakatan Rakyat.

NOTA:
kita wajib waspada
gerombolan yang semakin hilang sokongan
semakin kelihatan gila
jangan terperangkap dengan ajenda gerombolan

pada 9 julai ini kita berhimpun
dalam suasana santai
kita berkumpul dalam suasana aman
kita datang ke kuala lumpur bersama anak isteri dan keluarga
kita berkeleh dalam pusat kota

siapa yang bikin kacau
siapa yang cuba buat onar
siapa yang cuba membuat gaduh
sah dan saheh orang ini adalah ajen gerombolan

perhatikan kelakuannya
ambil gambarnya untuk dijadikan kenangan abadi
kah kah kah

3 ulasan:

  1. Ini kerja Paria KDN Sham lidah dan punai kontot. Asyik2 kerja nak tipu Melayu. Orang Johor ni nak selamanya ditipu oleh kerajaan anak beranak mat monggol yang akan masuk penjara bila BN mampuih.

    BalasPadam
  2. buat je le apa diorang nak,bukannya ada efek pon bile sume org nk turun


    Ni best bro!!!
    Cool Aje : 2 Siri Xperia Baru,Xperia Ray Dan Xperia Active

    BalasPadam
  3. Depa belajar dari yahudi...tengoklah pulak siapa penasihat....Alangkan orang Plastine dituduh pengganas...inikan pulak orang PR.....Agen Mossad dah bersepah kat KL sekarang ni....betul tak?.

    BalasPadam