LETUPAN LOJI NUKLEAR FUKUSHIMA
RADIOAKTIFZ: SYARIKAT PENGELUAR FARMASEUTIKAL DISITA - tiewnama
KUALA LUMPUR 14 Jun — Operasi sebuah syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor diberhentikan dan premisnya disita oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk siasatan lanjut berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Maximus Johnity Ongkili berkata, pencemaran radioaktif dikesan AELB melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada 11.30 pagi pada 2 Jun lepas ketika keempat-empat pekerja tersebut datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Perlesenan.
"Bacaan cemaran pada seorang pekerja adalah melebihi 400 kali bacaan normal atau bacaan latar belakang (0.5 micro Sievert/jam adalah bacaan normal),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Katanya, empat pekerja tersebut telah melalui proses nyah-cemaran di mana tiga daripada mereka telah dinyah-cemaran di Pusat Kecemasan Radiologikal Kebangsaan di ibu pejabat AELB di Dengkil.
Seorang lagi pekerja yang terlibat secara langsung dalam tumpahan radio farmaseutikal telah dinyah-cemaran di Agensi Nuklear Malaysia, memandangkan terdapat kemudahan menakung air sisa radioaktif bagi memastikan sisa air takungan adalah selamat sebelum dibuang ke sistem perparitan biasa.
Katanya pada hari yang sama, pasukan dari AELB juga membuat pemonitoran di premis syarikat tersebut dan mendapati bacaan cemaran melebihi 100 kali bacaan normal.
"Kawasan yang tercemar telah disawar bagi memastikan pencemaran tidak merebak atau dibawa keluar,” katanya.
Berikutan itu, syarikat berkenaan juga diarah untuk meneliti semula prosedur kerja serta mengemukakan tindakan pembaikan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian berulang. — TIEWNAMA
NOTA:
ini pengajaran untuk seluruh warga
ini ingatan kepada seluruh warga
ini ingatan kepda seluruh warga tentng bahaya radioaktif
lihat bagaimana radioaktif keluar mengancam umut
lihat bagimana radiosktif membawa malapetaka
nota:
warga gebeng jangan lupa 9 julai ini
bawa ke marahan ke jalan raya
NOTA:
bayangkan kalau malaysia ada loji nuklaer
pasti sudah lama kita semua ngelembonghangus
kah kah kah
Kah! Kah! Kita buat sebelah rumah bini Rosmah! Kah! Kah! Bila meletup terus dia jadi budak hitam! Kah! Kah! Kah! Kah! Tapi hitam kali ini rentung sekali! Kah! Kah! Kah! Kah!
BalasPadampemonitoran???
BalasPadamape mu ni, toran sampai nak separuh mampus???
kahkahkahkah!!!