Khamis, 23 Jun 2011

INI DIA CARA TANAH TUDM DI REMBAT




TUDM SUNGAI BESI KENA REMBAT





SIAPA REMBAT TANAH TUDM SUNGAI BESI

22hb Jun 2011

Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited


Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut yang mencurigakan.

Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta.

Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010.

Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010.

Nota khas ini berbunyi seperti berikut:-

“The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement”.

Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan.

Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) :

1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya.

2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan?

3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini.

4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah.

5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi?

6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB?

Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta.

1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%).

Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


10 ulasan:

  1. Wahai orang2 Kpg. Baru, dah siap sedia ke atau belum 'tuk tanah anda dirembat dan kemudian anda sendiri dihambat?

    Tolong ingatkan diri anda: TUDM Sg Besi tu adalah sandaran PRU ke-13 pertama gerembolan dan Kpg Baru pula memenuhi giliran ke-2 mereka.

    Hanya nak peringatkan saja, kot-kot xde org lain yg berperanan sedemikian.

    Walaupun bukan pemaustatin, tapi saya sayang Kpg Baru amat sangat, apatah lagi bagi anda hendaknya.

    BalasPadam
  2. Petro Saudi International Limited? Petro Saudi Limited?

    Aku dah 9 tahun berkerja dia Saudi tak pernah dengar pon company nih... Selalunya kalau kompeni yg besar2 & berkaitan dgn negara2 teluk nih semua org kenal terutama org2 seperti aku tapi bunyi nya kelakar lah pulak.. PetroSaudi boleh jadi rakan kongsi company dari Malaysia lepas tuh nak melabur kat Malaysia buat development project... kat Saudi sendiri tanah lebih berjuta2 ekar yg belom di develop tiba2 dtg Malaysia nak jadi developer... myuskil... myuskil.... Cuba check sapa maloun dlm petro saudi & bila syarikat tuh ditubuhkan. Mesti ada udang sebalik mee nih pasal company petro saudi nih.

    BalasPadam
  3. jual jangan tak jual!
    1.mula tanah quarters jln imbi kene kebas olih lanun bernama pandikutty madey tua kutuk tak mampus..mampus
    2.tanah quarters jln menteri & separuh jln cochrane termasuk kuarters telekom di samun olih rakan pandikutty yg bernama si DIAM membisu tapi bapak segala penyamun.
    3.tanah quarters jln cochrane sepnuh nya di sapu olih anak didik pandikutty madey tua kutuk tak mampus..mampus laki si najibun BIK MAMA.
    4.tanah kuarters brickfields akan di sapu bersih olih kroni si pandikutty madey tua kutuk tak mampus mampus.
    5.tanah tudm di sapu olih bapak segala penyamun 1 malaysia.
    6.penyamun, pandikutty, madey tua kutuk tak mampos mampos tengah mencari jalan macam mana nak rampas tanah kg. baru.(siang malam mengigau, bermimpi, meroyan sebab tak berjaya nak samun tanah kg. baru)
    7.tanah ktm di singapura abis licin jual macam tanah mak bapak dia ponya
    8.pualau batu putih pon dah tergadai
    penyamun yg berlesen

    BalasPadam
  4. Tak faham la TT. Panjang sangat. kah kah.

    BalasPadam
  5. PUKIMAK PUNYA ORANG UMNO! KASI BACA INI BETUL-BETUL!!!

    BODO BABI PUNYA ORANG UMNO! BODO MANGAI!

    LANCAU SAMA ORANG YANG SOKONG UMNO!

    BalasPadam
  6. anti meLAYU BODOH....23 Jun 2011 pada 1:05 PTG

    orang umno akan menjadi bodoh selamanya, dulu kin dan selamanya..akibat dari harta dan kekayaan..mahadir dah nak kambus mayat dengan harta dan emas permata,semua pemimpin nak buat cam firaun, kambus dengan emas berlian..
    BUDAYA MELAYU MURTAD DAN MUNAFIK DAN FASIK..SEMUA ORANG UMNO ADALAH FASIK.PENTINGKAN HARTA LEBIH DARI ALLAH.KALAU TAKDE DUIT PUNYEE LEE SUSAH HATI TP KALAU TAK SEMBAHYANG TAKPE PLAK..
    Jangan diperbodohkan oleh golongan munafik nie..ini lee pekerja2 dajjal diakhir zaman...berlumba2 menngumpul kekayaan..

    BalasPadam
  7. mana pulak kompeni petrosaudi nih
    nama pon dah muskhil..

    kalau kompeni arab biasa kaya2 kenapa nak kita labur dalam kompeni depa pulak patut depa labur lam kompeni kita..


    pastu senangnye labur berbillion then beli balik pemilikan dengan perjanjian bertahun2.. erk.. cukup pemurah betul.. siap bagi tanah bernilai juta2 lagi..

    sudah sudah tentu ini rancangan jahat kagi licik nak merembat duit rakyat..

    BalasPadam
  8. woit tt, naper tak ada nota kaki pada artikel bang nuar?...tt pun tak paham juge ke?...hehe...gurau...aku kalu artikel bang nuar aku skip aja....tak sampai akal aku nak memahaminya...kah kah kah

    -akal pendek-

    BalasPadam
  9. Setahu saya mula2 TIA(Trengganu Investment Authority) yang mana YDPA Sultan Mizan menjadi pengerusi/penaung & duit royalti minyak Trengganu sepatutnya disalurkan disini. Tup2 tukar jadi 1MDB & Rosmoh/Najib jadi bos.Mungkin ada benda yg YDPA Sultan Mirzan tak setuju tu sebab Rosmoh/Najib hijact jadi 1MDB

    BalasPadam
  10. x kan datang kiamat sehingga org bodoh yg menjadi pemimpin dan berlumba2 membuat bangunan tinggi2...barang jadi mahal sebab duit hutang byk sangat.bila org hutang BNM cetak lagi duit.tu la pasal duit dah x de nilai...

    BalasPadam