Jumaat, 17 Jun 2011
KAUM KIRI SUDAH MENANAMKAM BUDAYA DEMO
DARI SIMPANAN SEJARAH
NOTA:
saugadar ubat kurap ini
tak tahu sejarah
dulu paddy kutty madey kata
demonstrasi bukan budaya kita
kah kah kah kah
hari ini semua sudah tahu berdemo
kita jadikan jalan raya perlimen negara
kah kah kah
BUDAYA DEMONSTRASI TIDAK DI TERIMA DI NEGARA INI : SALLEH KERUAK - tiewnama
KOTA BELUD: Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai walaupun polis memutuskan tidak memberikan permit, tidak membawa manfaat bagi keamanan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kata Salleh Said Keruak.
"Perarakan atau demonstrasi besar-besaran bukan budaya kita. Kita mempunyai saluran yang cukup bagi menyuarakan rasa tidak puas hati termasuk melalui proses undang-undang dan setiap orang termasuk Bersih perlu menghormatinya," katanya.
Beliau berkata ini kerana perhimpunan itu mungkin membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan, kerosakan harta benda awam dan menjejaskan perniagaan.
"Sebarang bentuk budaya perhimpunan atau demonstrasi (di jalanan) tidak diterima di negara ini. Perhimpunan itu bukan sahaja akan menyebabkan kesesakan trafik tetapi juga menganggu ketenteraman. Orang yang patuh kepada undang-undang tidak mahu perkara ini berlaku di negara ini.
"Jika Bersih benar-benar mahu mengamalkan hak demokratiknya melalui perhimpunan atau demonstrasi, mereka boleh mengadakannya di dalam stadium atau dewan tertutup dan bukan di jalanan," katanya.
Sambil menyifatkan perhimpunan itu sebagai bermotifkan politik dalam usaha untuk menarik sokongan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Salleh
berkata:" Biar orang ramai putuskan kerajaan pilihan mereka melalui peti undi".
"Kenyataan bahawa calon pembangkang menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… KALAU TAK DITERIMA TAK ADA LAAA 300 RIBU YANG TURUN…. kah kah kah..
kah kah kah… APA SIBUK SIBUK…. kah kah kah..
woit…MALAON INI SAUDAGAR UBAT KURAP …. kah kah kah..
kah kah kah… RAKYAT KELUAR KE JALAN RAYA KERANA PILIHANRAYA TIPU… kah kah kah..
kah kah kah… KERANA ITU SEBELUM KE PILIHANRAYA KITA KE JALAN RAYA…. kah kah kah…
kah kah kah…. SAUDAGAR KURAP INI TAK TAHU SEJARAH TUNJUK PERASAAN..…. kah kah kah…
SEJARAH ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!
NOTA:
budaya demo ini telah ditanamkan sebagai
budaya politik oleh kaum kiri
lihat dan hafalkan sejarahnya:
semenjak revolusi peranchis 1776
semenjak revolusi bolshevik 1917
semenjak revolusi tiongkok 1949
semenjak revolusi rock anak muda 1960
semanjak revolusi anak muda peranchis 1968
semenjak revolusi anakl muda anti perang vietnam 1968
semenjak revolusi iran 1979
semenjak revolusi dataran tahrir 2011
di tanah melayu:
semenjak 1947 - berdemo lawan british
semenjak 1967 - telok gong berdemo lawan gerombolan
semenjak 1973 - berdemo lawan imperialisma amerika
semenjak 1973 - anak muda lawan gerombolan ayah mat mongol
senajak 1974 - anak muda lawan gerombolan ayah mat mongol
hari ini semua bangun lawan gerombolan dan mat mongol
kah kah kah
depa ni buta sejarah... dah bertahun kena tipu dengan gerombolan.. turun beramai-ramai... sokong bersih...
BalasPadamanak keruak ni tak ada standard langsung bila bercakap,suruh dia jaga bini no2 dulu tak payah sibuk2 pasal orang....
BalasPadamMacam mana tak tipu orang UMNO sendiri kata mesti tipu kalau nak menang. SPR di Malaysia nampak sangat bermain politik.
BalasPadamFAKTA MENARIK. akan baca lebih lanjut lagi.
BalasPadamTerima ksih!
puok puok kiri ni la... yang paut di julang setiap hari merdeka...
BalasPadamhehehehhe......
BalasPadampolitik, politik, politik....
lagi 10 tahun negara cam ni....
xtau lar tinggal berapa ramai lagi yang hidup "bersih" tanpa politik...
Harap namanye cool macam Jack Kerouac tapi orangnye cam hampeh!
BalasPadamBalik-balik cakap pasal pembangkang menang besar PRU12 menunjukkan SPRM adil.
Pembangkang menang besar sebab BN tak sempat nak tipu sebab terlebih konfiden ingat boleh menang terutama si toyol tu...
Poorahhh!
+buruhkasar+
oye como va...teghingat maser remajer dulu.....yer...Santana....
BalasPadamkahkahkah...ingat oye como va,ingat santana.Ingat Hishamudin Rais...ingat org Baling makan ubi kayu.kahkahkah ...Itu ler sejarah.9 Julai pon akan jadi sejarah.
apa kata setiap peserta mendapat, mengumpul & merekodkan (atau menyerahkan kpd penganjur utk direkodkan) resit2 bagi setiap pembelian yg berkaitan dgn demonstrasi aman ini kelak - daripada resit pengangkutan hinggalah resit makanan/minuman sewa tempat tinggal, beli t-shirt bersih 2.0, beli saputangan/topeng nak tutup hidung, guna tandas berbayar, beli ubat, dsbnya.
BalasPadamselesai demo, kita congak & jumlahkan - dan kita laporkan angka itu pada kepala perkosa!
sure dia kena heart attack langsung mati berahim!
Hoi Tukar Tiub,,
BalasPadamAku tak tau pula pe kata Mat Salleh ni pasal Darurat di Sabah pada 1985 masa berjaya tumbang kepada PBS. Bom sana sini budaya negara kita? ooooh mungkin tidak. Kebanyakan penunjuk perasaan dan pengebom itu adalah PTI Plipin. Dalangnya ramai dalam UMPORNO sekarang.
Saudara dan Saudari,
BalasPadamKami anak-anak muda dari Bandar Baru Bangi telah bersepakat untuk menyertai BERSIH 2.0 nanti. Kami menyeru anak-anak muda sekalian untuk turut serta bersama-sama menjayakan agenda nasional PR ini. Kami juga sedang dalam proses mengajak anak-anak muda dari kawasan bersebelahan seperti dari Sungai Merap, Ayer Hitam, Sungai dan Kajang untuk turut sama menyertai BERSIH 2.0.
Sekian, terima kasih.
ANAK-ANAK MUDA
BANDAR BARU BANGI
SELANGOR