Rabu, 15 Jun 2011
KENYATAAN RESMI
BERJALAN UNTUK MASA DEPAN
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Selasa 15 Jun 2011
PENIAGA KUALA LUMPUR UNTUNG BESAR SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa Himpunan Bersih 2 akan menyusahkan rakyat, penjaja, peniaga dan pemandu teksi. Beliau menyifatkan himpunan ini adalah ancaman kepada ekonomi negara khususnya industri pelancongan dan pelaburan asing.
Perkara pertama yang wajib difahami oleh Ahmad Maslan adalah himpunan aman tanpa senjata adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna bahawa himpunan tanpa senjata adalah halal di sisi undang-undang negara. Semua warganegara Malaysia mempunyai hak yang sama untuk hadir dalam himpunan aman.
Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta.
Mereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.
Walaubagaimana pun semua pihak hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Pihak kerajaan, Polis, Jawatankuasa Bersih 2, PERKASA, PERKIDA, parti-parti politik dan lain-lain pihak harus menghormati kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan. Sebagai contoh mengapa tidak pihak polis membuat reformasi dalam menguruskan peserta himpunan dengan meletakkan anggota polis di sepanjang jalan dari Jalan Chow Kit ke Istana Negara di mana Ketua Polis Negara memandu Pengerusi Bersih Datuk Ambiga ke Istana Negara. Di laluan yang lain pula Timbalan Ketua Polis Negara pula mengiringi Datuk Ibrahim Ali menuju ke Istana Negara.
Saya penuh yakin masyarakat negara ini khususnya anak muda sudah jauh terbuka minda mereka terhadap himpunan aman. Masyarakat sudah boleh menerima bahawa himpunan aman adalah suatu keperluan kepada negara demokrasi seperti Malaysia. Pelancong-pelancong yang hadir akan berpuas hati dengan keharmonian yang berlaku.
Seperti mereka melihat sambutan Maulidur Rasul S.A.W dan Thaipusam di Batu Caves. Pihak polis bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika pihak polis bersedia membuat reformasi dalam menguruskan himpunan aman ini maka insya Allah tiada kekacauan akan berlaku dan pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
+6019-7285174
Maaf encik...Kami makan gaji....kami pun nak naik pangkat juga...Akta polis dan kanun keseksaan itu untuk ujian naik pangkat aje...jadi....kami hanya ikut arahan dari tangan-tangan diatas...kalau tangan diatas tu suruh kami jadi lembu...jadi lembu lah kami...kalu suruh jadi berok...jadi berok lah kami...kalau suruh jadi TT....jadi TT lah kami...kahkahkah
BalasPadamBetu tu encik semua sudah naik gaji makin ciput
BalasPadamBetu tu encik semua sudah naik gaji makin ciput
BalasPadamsaya cuma ikut arahan je..diorg suruh tembak saya tembak je la gas pemedih mata ni, saya pulangkan balik gas pemedih mata di kat rakyat sebab beli gas pemedih mata ni pun pkai duit rakyat..bodoh punya FRU.
BalasPadamEncik, nampak anak saya encik?
BalasPadamSurat yang sangat baik dan cadangan yang sangat bernas. Syabas.
BalasPadam+buruhkasar+
siap kamu semua
BalasPadamkena tangkap ramai ramai
masuk kamunting
kah kah kah
semalam peniaga di kelantan berdemo kedai takde letrik. harini peniaga di temerloh berdemo tak mahu pindah kedai. Ini demo UMNO tiada yang kacau.
BalasPadamtanpa provokasi, tiada gangguan polis, Perhimpunan Bersih ini sama sahaja dengan program jom heboh atau himpunan sejuta belia.
tanpa air disembur, tiada kelongsong gas. Ya, peniaga boleh terus meniaga. Ya peniaga boleh mengaut untung berganda.
betul tu ... tapi dah arahan kate, kene bagi jadi kacaubilau...
BalasPadamtembak gas, tutup jalan dan ganggu laluan....sekat laluan .... maka kena buat juga leeee....
bila dah pakai uniform ....
bukan manusia lagi, tapi 'robot' ... semua arahan kene ikut ... kalu suruh terjun jamban, pun kena terjun ...
kalu yang 'puak satu lagi' tu, depa tak ape ...tak ghamei ... takat 10 hingga 15 oghang ajeee...
depa pun bukan lama ..tak ade sambutan ... 10 - 15 minit depa pun bersurai leeee....
cuma BERSEH ni ajeee, yang kami diarah kacau, tu ajeeee sebabnye ...
jadi pihak berseh kena faham leeee... ...
Peserta himpunan yang bakal hadir adalah seramai 300 ribu orang. Mereka datang daripada seluruh negara dengan membawa duit perbelanjaan masing-masing, sekurang-kurangnya RM100 seorang. Dalam masa 3 jam sahaja aliran tunai paling minima di kalangan peserta himpunan Bersih 2 adalah RM30 juta.
BalasPadamMereka akan berbelanja seperti membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain. Bukan semua mereka berkenderaan ke Kuala Lumpur. Sebahagian besar mereka menaiki kenderaan awam. Oleh itu perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain akan mendapat pulangan yang berganda. Kenyataan yang menyatakan bahawa penjaja, peniaga dan pemandu teksi akan mengalami kerugian adalah hujah yang paling dangkal di abad ini.
apa kata setiap peserta mendapat, mengumpul & merekodkan (atau menyerahkan kpd penganjur utk direkodkan) resit2 bagi setiap pembelian yg berkaitan dgn demonstrasi aman ini kelak - daripada resit pengangkutan hinggalah resit makanan/minuman sewa tempat tinggal, beli t-shirt bersih 2.0, beli saputangan/topeng nak tutup hidung, guna tandas berbayar, beli ubat, dsbnya.
selesai demo, kita congak & jumlahkan - dan kita laporkan angka itu pada towkey ppsmi!