Rabu, 22 Jun 2011

KULIAH FIKRAH KRITIKAL



GAMBAR LADANG SAWIT



nota:
gambar ladang sawit ini
hanya untuk hiasan saja
tidak sangkut dengan
yang sedang hidup atau yang sedang mati!




POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH
– berita hairan

REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang.

Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya.

“Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu.

“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak.

Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa.


FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA



PENGENALAN
berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan.

kuliah ini mengambil contoh berita diatas:

polis menembak mati 3 penjenayah asing –

kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING?

apakh asing ini warga sweden?
apakah asing ini warga denmark?
apakah asing ini warga norway?

mustahil!

asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah.

juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh.

jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini

perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini.

malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING

berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING!

( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita)

penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal?

soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa?

ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal.

soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal.

BERITA BAIK
rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik!

baca lagi:

polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!!

ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa?

justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal.

dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata : BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang.

dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN.

apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal?

seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan.

FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan.

FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan.

apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal :

…. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah…

peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka.

TERUS BACA:
“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini.

syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo...

rupa-rupanya ada 7 kes lain.

awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah!

lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ?

menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia!

KEMUDIAN:
kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh.

apa bahaya?
bahaya macam mana?
apa yang menimbulkan bahaya?

kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul.

OPPS…

….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh….

KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh.

nota:
diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman

EPILOK:
takada pula dilaporkan rumah apa?
rumah siapa yang gagal dipecahkan?
rumah orang kaya mana?
apakah cucu lim goh tong
telah membuat rumah dalam ladang sawit ini?
kah kah kah


43 ulasan:

  1. Thanks Pak TT. Tertarik dengan penggunaan perkataan ASING itu yang berjaya mengaburi ramai orang awam supaya kes ini tak perlu diselidiki lagi. Post yang membuka mata.

    BalasPadam
  2. soalan ramalan matematik 2011

    www.maths-catch.com

    BalasPadam
  3. Sama waktu juga dengan berita hari ini. Pegawai JPJ mati dirempuh kereta ketika sedang memeriksa sebuah lori rosak.

    Jawapan ada pada kita.

    BalasPadam
  4. penjenayah ini hebat.mereka boleh pergi merampok ke 3 buah negeri dengan menggunakan motosikal kupcai je..kah.kah.kah.kah..

    BalasPadam
  5. Ulasan yang menarik...

    BalasPadam
  6. Simple je kes ni.
    1. Seblm mati penjenayah tersebut sempat memberitahu polis kawasan2 di selangor dan melaka yg pernah mereka rompak.
    2. Mereka menolak je motor sb tiada brg yg dibawa sb gagal pecah masuk. Kalau berjaya mereka akan start dan naik motor sb brg2 berat nak dibawa dgn berjalan kaki.
    3. Polis meronda dlm kelapa sawit sb dah habis ronda semua tempat yg ada org.
    4. Semua kegiatan dan apa yg dilakukan penjenayah ni tercatat dlm diari yg polis rampas dari mereka.

    Tak gitu?

    BalasPadam
  7. tesis menarik ni..

    BalasPadam
  8. Bermaklumat sungguh kuliah TT.. Pihak Polis ni tengok Mat Indon ni sebelah mata aje, tak de peri kemanusiaan langsung, yg lelaki kena pau duit, yg pompuan plak kena pau servis pukinya, nasib tak baik bontot juga kena servis.. celaka polis Malaysia ni satu ari nanti. Memang diakui buka semua pulis mcm ini, tapi banyak yg perangai mcm tu.

    BalasPadam
  9. hahaha...terbaik br0 tt...pecah bisul bce ulasan ni...ape pnya turr p0lis r0und estate subuh2 bute tu..haha...syabas...9hb julai hari p0lis bkawal 1negara...

    BalasPadam
  10. Hakikatnya bukan 'Fikrah Kritikal'

    Sebenarnya 'PDRM dah Kritikal' macam UMNO juga...kah kah kah

    BalasPadam
  11. cemerlang
    gemilang
    terbilang
    pasukan polis malay
    ooppps malaysia

    BalasPadam
  12. aku masih kompius...apahal polis buat rondaan dalam kebun kelapa sawit jam 4 pagi...powernya polis 1malaysia ni..tahu akan ada perompak sorong motorosak at the right time right spot...

    lepas tu siap mencabar lagi..bila org marah kena provoke..depa tembak mati pula...tak bagi change tembak kaki dan boleh bawa balai untuk soalsiasat...lepas tu claim berjaya selesaikan kes pecah rumah..

    polis tu kompom ka 'suspek' tu penjenayah??...apasal panggil 'suspek'???..kalau status masih 'suspek'..mesti tak bersalah sehingga la proven guilty oleh mahkamah???

    hancurrr hancurr negaraku... :(

    BalasPadam
  13. makin banyak aku baca pasal berita penjenayah ditembak mati di malaysia ni,makin mysterious dibuatnya.Macam tengok cite twilight zone pun ada.
    Polis tembak guna senapang patah???err..polis tu sbnrnya tgh meronda ke atau tgh memburu ayam hutan?tak penah lagi aku nampak polis zaman skang ni dok pikul senapang patah time meronda.

    BalasPadam
  14. brapa juta diaorang samun x jelas.hukuman jelas,tembak mati tanpa bicara.tembak ktoyol sama,lg banyak dia samun.dari seluruh rakyat selangor pulak 2.

    BalasPadam
  15. terbaek pak TT...pemecah minda...
    tq

    |mat sekupang|

    BalasPadam
  16. dalam bahasa inggeris ia di panggil reading between the lines.

    problem nya orang sekarang, reading the line pun fail

    BalasPadam
  17. dalam bahasa inggeris ia di panggil reading between the lines.

    problem nya orang sekarang, reading the line pun fail

    BalasPadam
  18. aku sedang menhentuk kepala aku sbb tak tahan..
    pengolahan ini sgt bermakna.
    ini belum tgk tempat kejadian.
    ini belum check forensik.
    adoi2.

    BalasPadam
  19. Bagaimana boleh tahu 7 kes and beberapa lagi dalam masa 6 bulan?..adakah mereka pernah ditangkap and dilepaskan sebanyak 7 kali dalam masa 6 bulan..!!?

    Yang pelik sekali ialah meronda di ladang jam 4-5pagi dan bukan di kawasan perumahan.

    pendapat saya: pistol and parang adalah sekumpulan, lalu parang dibunuh kerana masalah pengagihan.

    betul tak T.T.?

    BalasPadam
  20. ni best bro..boleh sebarkan ni yerk..

    BalasPadam
  21. TT..Ini bukan rondaan biaser.Ini ops.dan penjenayah yg sebenor2 udah pon diketahui identitinyer melalui pemberi maklumat.Pemberi maklumat jer yg tau,saper yg paling bahayer dan saper yg jadi pak turut dlm kumpulan ni.Kiter sedier maklom,dlm satu2 kumpulan... ader kepaler,ader ekor.Kiter percayer polih pon dah dimaklomkan sebelom ops dimulerkan.

    Sekaghang...yg mati tu dah pon mati.Org mati tak bulih ndak didakwer dimahkamah...tp tetap didakwer sebagai penjenayah yg keluor dr molot polih kpd org yg
    mendengor.

    Persoalannyer....saper yg mati tu? Ader ker simati tu org yg paling bahayer atau pak tughut?Mungkin pemberi maklumat tu bagi maklumat salah sbb sakit hati kpd kumpulan ni bersangkutan persengketaan peribadi.Pemberi maklumat jer yg tau niat dier bagi maklumat tersebot pader polih.Kiter maklom....penjenayah jer yg tau pasai jenayah.Tok imam masjid tak tau semuer ini sbb tok imam tak bergaul dgn penjenayah mcm anak beghanak.Pendapat teman....polih kener nilai saper pemberi maklumat dan maklumat yg dier bagi.Kalau tidak....pemberi maklumat dapat duit reward senang2...polih panaih ponggong ndak menjawab.

    BalasPadam
  22. bro TT,
    aku setuju sangat...
    sebab tu kita selalu pandang serong pada setiap warga Asing especially warga Indo, Myanmar, Bangla dll sebab media kita yang mendidik pembaca/rakyat dia membenci warga Asing ni.....

    asal pendatang asing je mesti jahat mesti mat indon

    yang pak arab pak arab tu bukan warga asing, tapi pelancong
    so, ng yen yen suruh layan pelancong2 ni dengan layanan first classssss

    dan sebab itu juga kita semua menghalalkan tindakan POLIS/RELA ke atas warga ASING/PATI dalam setiap program tv3 suku yang 999 dan 360 sebab kita dah di brain wash oleh media yang WARGA ASING/PATI=INDON, BANGLA,MYANMAR= JAHAT, PEMBUNUH, PEROMPAK

    media kita memang JAHAT

    ayuh turun 9 julai ni

    BalasPadam
  23. pukui 4 pagi polis pi ronda dalam hutan kelapa sawit?? Hebat..hebat..!

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama berkata...
    Simple je kes ni.
    ...
    4. Semua kegiatan dan apa yg dilakukan penjenayah ni tercatat dlm diari yg polis rampas dari mereka.

    Tak gitu?
    22 Jun 2011 2:48 PM


    sebenarnya bukan dalam diari...
    sebaliknya setelah berhari2 mencari bukti, akhirnya polis berjaya menjumpai catatan perompak dalam sekeping nota yg berlipat dalam saku baju si-mati...

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  25. semasa sy masih bodoh di sek rendah selalu terpikir kenapa penjenayah selalu serang polis dgn parang dan mati. baik serah diri aje dan tak mati. lama2 baru perasan rupanya polis cuma pakai carbon copy.

    BalasPadam
  26. adoi bernas sungguh ulasan tuan, ulasan yang benar benar asing

    BalasPadam
  27. motosikal modenas dan yamaha tadi adalah Decepticons yang boleh bergabung so kalau dapat cilok mereka akan bertukar menjadi pengankutan lebih besar seperti trak 10 tan

    kah kah kah.. penulis media masa kat malaysia nih tulis asal leh jual takda akademik kadang barang halal haram kuor kat paper tak habaq jenama apa kelauran syarikat mana... Singapore lagi bagus menjaga rakyat mereka http://www.hospitals.sg/melamine-contamination-milk-food-products habaq siap barang yang mengandungi Melamine termasuk biskut Julie..

    Media malaysia dok lapor apa ntah.. bir halal pon lapor samar-samar jenis apo..

    BalasPadam
  28. sebenarnya bukan orang ASING yang ditembak mati.

    perkataan ASING digunakan penulis berita untuk mengalihkan perhatian dari masyarakat malaysia.

    bila ada perkataan ASING tu, ramai yang takkan nak sambung baca.
    x amik port, sbb mind set ASING = warga indon.

    this is art of writing!

    BalasPadam
  29. tt, ulasan terbaik....
    3 iklan clicks for you :)

    BalasPadam
  30. buruh dimana mana selalu jadi sapi perahan

    BalasPadam
  31. Bro TT,

    Aku akui memang banyak kes yang membingung dan membangangkan kita kebenarannya melibatkan pihak polis.

    Tapi satu soalan aja yang aku nak tanya Bro, ada ka orang pergi menoreh sawit pagi2 buta, jang?

    Masalah penjenayah Indon ni bagi sesiapa yang tak merasa penangan mereka memang konon2nya macam polis jahat sangat TAPI kalau dah kena baru ada akal, jang.

    Dengan balang gas masak pon depa ada pakai nak pecah pintu dan rompak orang. Rompak dalam islam hukum bunuh, tak sama macam mencuri bro.

    Hang ken aingat depa mai sini cara HARAM.

    BalasPadam
  32. repot polis ni aku ingat dah di standardizedkan kut. PDRM ada 2 repot, A untok perompak yg guna kereta dan B untok perompak yg guna motorsikal. Pegawai PDRM hanya perlu fill in the blank saja. Tapi yg pelik senjata kegemaran perompak2 diMalaysia ni sama ada yg guna kereta ataupun motorsikal ia lah parang. Lepas tu perompak2 ni semuanya suka menyerang tak ada seorang pun yg menyerah. Adik Amirul yg mati ditembak pun menyerang polis dengan kereta dan senjata yg dijumpai dalam kereta adalah parang.

    BalasPadam
  33. Berita ini cukup pelik:
    1. Polis meronda ladang kelapa sawit
    2. Rondaan dilakukan pukul 4 pagi
    3. Perompak lari kerana gagal merompak, tapi sorong motorsikal
    4. Perompak cuba menyerang polis dengan parang
    5. Polis menembak perompak dengan senapang patah
    6. Dengan cepat polis dapat tahu perompak yang sama dikatakan terlibat merompak dinegeri lain

    Macam kartun betul.. tak masuk akal

    BalasPadam
  34. setuju dengan mek... klic 3 iklan utk TT atas "buah fikiran menarik"

    BalasPadam
  35. Bro..ko buat aku terkentut kentut dengar kulia pagi hang...genius gila.

    BalasPadam
  36. Tuan TT, terima kasih.. amat berguna.

    BalasPadam
  37. satu pasukan meronda ronda di kelapa sawit... kah kah kah kah kah.... nampak sangat takdak kerja.... kah kah kah kah kah...

    BalasPadam
  38. Salam.

    Sham, cter ni kata omputih "sit on all fours" atau "sebijik" dgn cter berlaku lebih 10 thn lalu di Sgor.

    Loyar kes ni Karpal Singh. Upah dia tu jam RM13K satu kepala. Pegi tanya dia.

    Ada satu mamat anak ketua caw umno gi dating ngan awek kat s.alam. Dia bawa kete abg dia & 2 kawan lain. Tu jam mak/pak gi mekah. Abg dia ketua pemuda umno keje kontraktor. Dalam bonet kete tu ada mcm2.

    Masa balik lalu f.highway satu patrol car sudah usha sebab tengok mamat2 tu muda2 belaka (lepas spm). Komdian depa suruh stop. Mamat2 ketar gila lalu pecut. Lalu berlakulah drama koja-mongoja.

    Doket rumah bebudak tu (belah2 kuang sano) road blok pun depa langgar sebab takut. Mako polis pun tembak bertalu-talu.

    Kono kepalo budak tu yg bawa keto.

    Tapi dia dapet bawak keto sampai depan rumah. Budak tu pun arwah.

    Esok suratkoba kato satu geng pocah rumah tumpas di kualo selangor. 1 ditembak mati, i cedero, 1 okay. Semuo kono tangkap.

    Sekor yg kono lokap sudah lembek mcm pisang salai keno belasah suruh mengaku. Hanyo bilo org kampung kutip duit bagi kat Karpal Singh - baru dapet jamin.

    Cter pun sonyap. Kato org polis yg tembak kono tukar 24 jam. Kes tutup.

    Balik mekah - mak/pak arwah amat sedih. Tapi tak kuar umno.
    Abg arwah kuar umno. Tapi tak masuk mano-mano parti. Cuma cter org dia pantang tengok polis. Dia akan hilang kewarasan & tukar jadi hulk.

    Tak cayo tanya si Karpal sementaro dio masih hidup.

    BalasPadam
  39. Aku rasa depa tercium bau minyak motor sbab tu berkelakuan demikian. Dulumasa aku muda2 dulu pun pernah tercium dan hampir kena parang dengan bapak aku.

    kah kah kah

    BalasPadam
  40. entahx2 org nak pegi sembahyang subuh.... masjid jauh tu yg kluo awal.. syahid le cam tu kalu

    BalasPadam
  41. you best bro...

    BalasPadam
  42. AKU SUKA BUMMERBUMMER PUNYA ULASAN!! TERBAIKKKKKKKKK!!!

    BalasPadam