Ahad, 26 Jun 2011
RUMAH UNTUK YANG TAK BERUMAH
KENYATAAN MEDIA
24 JUN 2011
LANGKAH-LANGKAH MENGGALAKKAN PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH KONSEP “BINA DAN
JUAL” DI NEGERI-NEGERI PAKATAN
Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah
yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang,
Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara
berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih
rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman
yang sesuai dengan keperluan mereka.
Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa
berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek
rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi
nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka
terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari
mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan
disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka
ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.
Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit
rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara.
Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri
untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan
masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri
perumahan tidak banyak berubah.
Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk
memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun,
beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari
risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam
suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.
Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah
kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa
tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep
ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga
boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran
yang ditetapkan kerajaan negeri.
Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan
datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir
Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep “bina
dan jual” secara berperingkat, agar industri perumahan dapat
membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa
terdekat.
Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang
perlu diselesaikan sebelum konsep “bina dan jual” ini boleh
dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli
mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah
tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih
tinggi di bawah konsep ini. Pelaksanaan konsep ini juga perlu
mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan
pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi
ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang
berpatutan.
Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri
perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan
persekutuan ada kemahuan politik.
Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah
di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera
untuk melindungi hak pembeli rumah.
ANWAR IBRAHIM
24 Jun 2011
"Apa pun boleh" kalau kita berkehendak dan bersedia melakukannya demi untuk 'Rakyat'.
BalasPadamYang penting ada kuasa dan usaha.........
lANGKAH TERBAIK..
BalasPadamKonsep "Bina Dan Jual" maksud Islamnya ialah Jual Beli Mutlak yang membawa maksud kontrak membabitkan transaksi barangan yang wujud ketika akad. Ia diharuskan oleh keempat2 mazhab Islam Hambali, Maliki, Shafie' dan Hanafi
BalasPadamLawanya ialah konsep " Jual Dan Bina" maksud Islamnya ialah Jual Beli Tidak Mutlak yang membawa maksud kontrak membabitkan transaksi barangan yang tidak wujud ketika akad. Hanya mazhab Hanafi yang mengharuskannya.
Terima kasih kerana ada usaha kearah ni. Untuk membaiki kelemahan sistem penjualan rumah kepada rakyat, adalah cadangkan supaya pihak kerajaan negeri melaksanakan sistem "performance undertaking warranty agreement" & "personal guarantee" oleh SEMUA 'Directors' syarikat2 pemaju yang ingin membina dan menjual rumah kepada orang ramai. Dibawah sistem ini, mana2 Pemaju yang ingin menjadi pemaju diwajibkan memohon lesen sebagai pemaju bagi memajukan sesuatu kawasan perumahan. Lesen yang dikeluarkan itu hendaklah mensyaratkan SEMUA Director syarikat pemaju tersebut wajib menandatangani "performance undertaking warranty agreement" dengan PBT atau kerajaan negeri beserta "director's personal undertaking & guarantee" secara "jointly and severally to deliver the houses to the purchasers in accordance to the housing Act or terms set by the PBT/state Government". Sistem ini adalah sebagaimana yang diamalkan oleh pihak Bank kepada syarikat2 yang membuat pinjaman dari bank, yang mana walaupun syarikat yang membuat pinjaman, tetapi bank mensyaratkan supaya Semua Directors perlu menandatangani "personal undertaking" secara "jointly and severally", dimana kegagalan memenuhi syarat2 tersebut akan menyebabkan semua Directors 'personally liable' dan boleh didakwa dimahkamah dan disabitkan dengan hukuman penjara. Sistem ini dicadangkan kerana sistem sekarang hanya mendakwa syarikat dan akhirnya syarikat sahaja disenaraihitamkan, sedangkan Directornya bebas dan masih boleh menubuhkan syarikat pemaju lain dan mengulangi kegagalan sebelumnya. Dibawah sistem ini cagaran 'performance' dalam bentuk wang atau gerenti bank juga boleh dikurangkan atau dimansuhkan. Difahamkan beberapa negara luar juga ada mengamalkan sistem 'personal guarantee' oleh Director itu sendiri agar Director lebih bertanggungjawab dan tahu akibat yang menimpa dirinya bila berlaku kepincangan.
BalasPadamAku sgt stuju dgn konsep bina dan jual. Pemaju bolehla buat pinjaman untuk bina rumah, pembeli hanya buat pinjaman setelah rumah telah siap dan boleh diduduki. Kini adalah zaman kebajikan rakyat teramai yg perlu diberikan perhatian, bukannya pemaju aka kapitalis. Dgn cara ini, secara tidak langsung, pemaju hanya akan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana sebab modal dan pinjaman yg agak terhad.
BalasPadamCuma harga kena kawal berdasarkan lokasi dan keluasan rumah, bukan jual ikut suka hati.
maloan yg jual rumah sebelum siap ni duk hidup lg.
BalasPadamdia le punca rumah jual dulu sblm siap. hasilnya.
developer untung melangit2.. modal 200k. untung berpuluh2 juta.
after second world war politician don't talk a lot. Engineers were deployed to construct cheap flats. here we'd couldn't see the urgency while the demand accrues. we'd learn to shut their mouth fast before they can mumble about your promises. Don't transcend the fools, just be practical. Hit the hammer home even with blunt nails.
BalasPadammazha-mazhab ni ape mendenya ni? kassim ahmad kata inilah antara punca muslim terabur. tak mampu ke buat gagasan baru? penganut sunnah tak moleh begitu. if people like asri considered a moslem scholar, ajaklah dia ijtihad bersama. make sure quranic reference is perfect NOT by what you think but what is already there. masalahnya kita fikir apa yg mereka fikit tu betul sbb imam immaculate belaka katakan. no wonder kamu semua puja madey and najis kerana gah pada dasar korporat dan technical managementnya. bagi marhaen kita minta lihat pd arqam dan abduh tapi anda minta penstrukturalan ala thogut. jgn terlepas pandang pd kesempurnaan al quran(14:52}. setakat ini kita lihat umnoo dan PAS tak mampu melainkan percubaan penyerapan secara perlahan atau purging from inside. mana boleh bak menyucikan ideologi kuffar dgn elemen Islam. thats why we ask you go to cambrige tanya pasal ekonomi arqam. our basis is to work fo Allah. kalau kerja bukan kerana Allah stop la lauding about new rules and policy-making. malu pada padri yg ajak kafir pakai sistem perbanking Islam. tapi sayang bila referennya masih pd kapitalisme, you all can dream.....as lost moslem sbb Robbin mengasaskan want disaluti topeng nafsu! menyimpang drp asas survival demi keperluan kpd fitrah memaksimumkan keuntungan.Itulah jadi ikutan kita bukan sbg umah merdeka tapi sbg penjilat neo- kolonist. anjakan paradigma tu dah betul la tu tapi no change. tt bagi tau jgn jadi saudagar agama pakai ala dr. sam. nanti jadi mubarak atau gadafi, madey kutty atau nakhaei. Today we see so good a scholar in anwar but...u judge him where he belong tapi hukum kita hari ini bila sudah terdesak we have to weigh the benefits agaisnt the risk:ini berlaku sbb kita sudah membiarkan umah ini dlm keadaan syubhat. cuba dengar apa ulama kata: boleh injek zat babi jika takut mati. woit, nak pi mekah jihad la. moralnya: inilah kesan anjakan paradigma mazhab-mazhub dan sistem kapitalisme yg anda banggakan. Allah bagi chance kat umat Musa as 40 tahun je. jgn ingat umat mohamet saw boleh main tangguh-tangguh. melihat kuasa cukong hari ini bersedialah untuk diubah (ref: AQ-The Transition) melainkan...kita sendiri mengubahnya! so? take the street! jgn nanti jadi umat palestin mendayu-dayu berdoa pd hakiki yg lompang dek syariat yg mandul.
BalasPadam