Ahad, 12 Jun 2011

SETIAKAWAN KAUM NELAYAN




NELAYAN BANGUN MELAWAN



nota:
sila baca berita ini
lihat bagaimana setikawan kaum nelayan
mereka berjatya mengadakan bantahan dari laut ke laut
dari bandar ke bandar

belajarlah dari nelayan ini
belajarlah dari orang yang berani !



BANTAH KENAIKAN DIESEL - meloya

Kira-kira 700 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor hari ini kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan berkuat kuasa bulan ini.

Demonstrasi aman tersebut dilakukan kerana rata-rata mereka tidak dapat menyerap kos kenaikan harga diesel kepada RM1.80 seliter bermula 1 Jun lalu berbanding RM1.25 seliter harga subsidi kerajaan sebelum itu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Ikan dan Pengusaha Bot Kuala Perlis, Yeoh Gin Keat berkata, pemansuhan subsidi diesel bot perikanan laut dalam Zon C2 sekali gus menyebabkan hasil tangkapan berkurangan kerana kos operasi semakin meningkat.

Katanya, selain kos tambahan untuk beroperasi, para nelayan turut menghadapi ancaman lanun bersenjata termasuk pencerobohan pihak penguat kuasa negara jiran yang dikatakan sering memasuki perairan negara.

“Berikutan bebanan itu, kami mengambil keputusan menghentikan operasi dan ramai daripada kami yang telah menjual bot masing-masing kerana tidak mahu menanggung rugi,” katanya di sini, hari ini.

Di PAHANG, Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak berkata, kenaikan itu menyebabkan pemilik bot tidak mampu menanggung kos diesel yang meningkat bagi mengisi 12,000 liter diesel bagi setiap perjalanan.

“Kita tidak boleh cari makan jika keadaan ini berterusan kerana dengan situasi sekarang, kami berdepan dengan kerugian antara RM6,000 hingga RM7,000.

“Dengan harga diesel lama, kami hanya mendapat untung antara RM1,000 hingga RM2,000,” ujarnya.

Sementara itu di JOHOR, jurucakap kumpulan nelayan, Tan Ah Fatt, 41, berkata, ramai pemilik bot laut dalam di Endau dan Tanjung Gemuk terpaksa menanggung kos diesel yang berganda selain hasil tangkapan yang tidak menentu menyebabkan mereka mengalami kerugian.

Dakwanya, kos bagi menampung kenaikan harga diesel telah mencecah RM12,000 sebulan dan sangat membebankan mereka sehingga menyebabkan banyak bot C2 tersadai di Kuala Sungai Endau kerana tidak dapat turun ke laut.

“Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula hasil tangkapan yang belum pasti memberi pulangan setimpal, kini mereka terpaksa pula menanggung beban kenaikan kos diesel. Mungkin lebih ramai pemilik bot yang tidak mahu turun ke laut kerana takut mengalami kerugian,” jelasnya.

NOTA:
nelayan ini berdemo untuk kita semua
mereka enggan turun ke laut kerana harga minyak mahal
jika mereka ke laut makan tidak akan berbaloi
nelayan di pesisiran kadang kala pulang kosong

jika harga minyak mahal maka harga ikan juga akan jadi mahal
inilah talioan akibat dari dasar gerombolan yang hanya
mengkayakan apata proni

bayangkan kalau 19 ribu juta – atau 19 bilion ringgit
itu di ambil dari ananda, syed mokhtar, ytl – rakyat akan
senang lenang
tetapi hari ini yang senang lenang hanyalah cukong dan para kroni

salut untuk nelayan yang sedang berdemo
salut untuk mereka yang berani


BANGUN DAN LAWAN


NOTA:
kenapa beli kapal selam?
kenapa beli jet pejuang?
untuk apa?
kalau duit ini digunakan
untuk orang ramai lebih baik


nota:
demo telah menjadi budaya kita
demo adalah politik aksi meluahkan perasaan
padan muka madey dulu kata demo bukan budaya kita
menangis laaaaaa
merataplaaaaa



11 ulasan:

  1. ini sudah bagus, nelayan cina sudah mula pandai berdemo..

    nelayan melayu masih tidur lagi (baca: masih boleh menyerap hentakan di kepala hotak mereka!)

    kesian jadi orang melayu.. kalo nak lagi murah makan dan jadi nelayan, sila pindah ke thailand! alang2 nak jadi bodoh, jadilah bodoh selama2nya dan terus sokong gerombolan.

    BalasPadam
  2. kegagalan pemerintahan madey kutty telah menampakan hasilnya! bangun rakyat semua jatuhkan pemerintah yang zalim!

    BalasPadam
  3. barang akan naik... rakyat akan susah
    ayuh sama-sama tukar kerajaan penipu....

    BalasPadam
  4. Bukan sahaja nelayan Melayu,terdapat lebih dari 1000 pemimpin Melayu UMNO yang jugak bodoh,saban tahun berpantun,berseloka,berjenaka,gelak-ketawa diperhimpunan UMNO,membawa penyokong-penyokong,makan dan tempat tidur free diKuala Lumpur.Gulungan ini sentiasa "ditipu" oleh pemimpinnya,tapi tak sadar diri.Ada lagi puak yang "menentang" tunjuk perasaan rakyat jika ada demo menuntut diturunkan harga minyak dan barang keperluan harian.Ini puak songkok tinggi,juga selaku "ditipu" pemimpinnya.Memang ramai orang Melayu kena tipu malangnya depa tak sadar dan insaf,bahawa depa kena tipu.Dalam hubungan ini,kaum Cina lebih peka dan mengetahui.Orang Melayu pekak dan buta-tuli.

    BalasPadam
  5. cik det bole duduk senyap la lani. tak guna bersuara. pi naik kuda di argentina tu, jaga cucu, makan breakfast dengan bini, di hari-hari akhir.

    budaya politik adalak dicorak oleh orang ramai. bukan mereka...dan keluarga mereka......

    BalasPadam
  6. ini menunjukkan dunia kapitalis dengan jelas sekali!!!

    BalasPadam
  7. kalo bodoh, jadilah sombong dan sokong UMNO/BN.. ini sajalah peluang nak jadi kaya saat2 akhir.. boleh rembat projek kow2 kalau bodek baik punyer.. kalah nanti, senang sikik nak masuk penjara..

    BalasPadam
  8. Anak Nelayan Pontian12 Jun 2011 pada 7:54 PTG

    Ada masa ke kerajaan BN nak lihat dan dengar rintihan rakyat sebegini? Ade mereka kesah? Yang mereka kesah bagaimana nak kekal berkuasa dan buncitkan perut sendiri dan anak-bini serta kroni. Itu je.
    Kalau orang Melayu betul berani dan tidak dungu mari ramai-ramai turun DEMO BERSIH 9 JULAI nanti

    BalasPadam
  9. sekali harga petrol/disel naik, sekali pula kos pengangkutan naik. secara otomatik pula harga barang akan naik kerana setiap barang keluaran samada mentah atau proses perlu diangkut dari tempat sumber hingga ke tempat jualan/runcit

    tersangat amat mudah utk difahami

    tapi KERA UMNgOk-BoNgok ni masih di takuk basi, masih dok pikir yg semua rakyat tak berpelajaran, tak celik, mudah dikelentong dan tak faham isu2 ekonomi & semasa. lantaran itu KERA2 ini saban hari cuba menyogok rakyat dgn ceritera2 & hikayat2 kunun2nya kementerian beri amaran pada peniaga jgn naikkan harga barang, kunun2nya ada ejensi KERA yg disetubuhkan khas utk memantat, eh memantau, harga2 barang, malah KERA yg sangat prihatin lagi canggih sanggup membelanjakan ratusan ribu duit rakyat khas untuk membina laman sesawang maha hebat yg spesifik menyenarai harga terkini barang2 seluruh negara... cuma KERA tetap kera, kera takmandi tetap busuk, kera bangang tetap bahlol:
    1.harga barang2 ini cuma dari beberapa kerat tempat peruncitan shj terutamanya hypermarket2, yg hanya terdapat di bandar2... maka adakah rakyat2 di pekan2 kecil & di kampung2 didahulukan utk mendapat maklumat harga terkini di kawasan2 mereka???
    2.semua rakyat tak kira di bandar atau di kampung mampu memiliki komputer atau mendapat capaian internet segera/sertamerta sebelum mereka bergerak ke pasar/kedai supaya dapat menjadi pengguna bijak yg heboh dicanangkan sang KERA???
    3.utk permulaan mungkinlah senarai2 harga tersebut memang terkini & sentiasa dikemaskini... tapi setelah beberapa ketika nanti, adakah ianya masih berkekalan?? malah mungkin nak access website tu pun dah tak boleh!!!

    poooorah KERA UMNgOk-BoNgok!!!
    shoo! shoo!!
    nyah kau balik ke hutan2mu
    dan tinggalkan negeri2 & pentadbiran kami, manusia sejati yg cuma mahukan kehidupan yg adil & sejahtera!!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot.com

    BalasPadam
  10. JANGAN LUPA 9 JULAI.. JOM TURUN KE LAUT!! eh! silap! JOM TURUN KE JALANRAYA hehehe

    BalasPadam
  11. bukan sahaja 1000 pemimpin melayu umno yg bodoh,
    malah terdapat puluhan ribu lagi melayu2 ahli umno yg menjawat jawatan2 kecil di peringkat cawangan - setiausaha, bendahari dll - yg juga bodoh & tidak mahu (atau malas atau takut) berfikir lebih dalam lalu terlalu mudah percaya & mengiyakan sahaja apa2 kata yg dihambur & diludah oleh pemimpin2 atasan mereka di peringkat kebangsaan. maka mereka2 ini dgn penuh rasa setia & rasa bangga, tak jenuh menyarung baju batik/kurung dan mengendong briefcase plastik seolah kulit yg tertera lambang parti, memandu kereta proton mereka atau motorsikal buruk melalui jalan kampung menuju balairaya, dan dgn megah mengumumkan: "ada meeting cawangan" - fooh! maha penting tu beb! si-laki ke, anak ke, tolong pandai2 cari makan sendiri, okey?!

    akhirnya apa yg mereka ni dapat?
    nama tertera dalam minit mesyuarat berserta jawatan yg disandang, briefcase plastik tertera lambang parti, minuman & makanan ringan semasa mesyuarat, dan air mineral sebotol dua (fooh! orang lain mana dapat beb!)

    kahkahkahkah pathetic! (bagi yg pro-ppsmi, bahasa melayunya ialah "menyedihkan!" kahkahkahkah)

    BalasPadam