Sabtu, 25 Jun 2011
SILA BACA DAN AMBIL PERHATIAN
KEMPEN KUNING DI TERUSKAN
TUNTUTAN BERSIH SELARI DENGAN ISLAM – harakah daily
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Harun Taib berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.
“Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.
Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.
Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.
Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.
Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.
“Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi.
Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.
“Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.
“Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya.
Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.
Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”.
Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.
Utusan memetik kata-kata Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.”
Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.
“Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.
“Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya.
NOTA:
untuk pembaca tukar tiub
di luar malaysia sila pakai
baju kuning
payung kuning
atau apa sahaja kuning
ambil gambar
dan hantar kan kepada
tukartiub@gmail.com
pembaca tt mahu melihat
kalau duduk diluar negara pun takut
pergi pak chu cheng
belakang dapooor laaa
kah kah kah
Salam
BalasPadamSaya merupakan Ahli Pemuda UMNO (AJK). untuk berkecimpung didalam arena politik saya jadikan UMNO sebagai platform saya atas dasar ingin berbakti kepada agama, bangsa dan negara...dan kerana saya adalah anak melayu.
Namun saya teramatlah kecewa bila melihat sendiri bukan saja diperingkat akar umbi yg penuh dengan rasuah...apatah lagi ke peringkat UMNO nasional...sekecil-kecil projek pembinaan tandas pun menjadi lubuk rasuah.
Oleh itu, sebagai tanda sokongan memerangi rasuah, kezaliman dan kemungkaran yang dituntut oleh islam.
Saya akan turun menyertai Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini atas dasar bukan kepartian, warna kulit atau bangsa...tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
ya Allah selamatkanlah negaraku dan lindungilah kami dari kezaliman. Amin Amin Amin
abang tt
BalasPadamspr sudah mula buat kerja
daftar mat bangla, mat indon dan geng mamak
mereka keluar borang daftar pengundi baru
borang sudah siap isi
kerjasama dengan jpn
keluar ic segera
pemutihan warga asing sama terlibat
kalau 80 % orang undi pakatan pun
bee end masih boleh menang
pasal tu bersih kena buat betul
jangan silap langkah
perancangan jatuh anwar semakin rancak
glc akan bagi duit
semua nak susahkan rakyat
paling keji dan hina
asal menang sudah
khabarkan kepada semua
lawan tetap lawan!go bersih!
BalasPadamNi best bro!!!
Seorang Lagi Hacker Mahu Mendedahkan Identiti Ketua LulzSec
http://post-aje.blogspot.com/2011/06/pelik-aje-lelaki-amerika-di-kanada.html
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
gigi kuning pon buleh...
BalasPadamyg keje jadi maskot2 DiGi kat soping2 kompleks bleh trus pegi join BERSIH...hahahaha
BalasPadamalahai, semalam ada kankgkong-kangkong dlm tvi meloya cuba jadi saudagar keamanan so concern about peace and the welfare of the people, cuba pulak guna lojika-mojika mcm kepala b****. setakat baca g. soros tu tak payah cakap pasal bersih la. jilat tangan madey habis citer. ada kiasu lari tajuk citer pasal visi depan hidung. ada brigadier katak tibai nuar.apa mende ni? inikah pemikir yg kita nak banggakan? yg bebudak tu pun dah lama bangang dek auku. woit, baca la surah tt. buka minda jika tak boleh buka mata hati.open your mind if you cannot look into your conscience. yb zul simpan taring begitu berhemah tentang perlembagaan dan definasi peruntukannya pd munkee-munkee. inilah dia intelek milayoo tafsir demokrasi dan firman ikut pandangan regime. kalau dah kena ternak itu la sifatnya. cakap berdoga-doga, kepalo ponoh taik! syusah la kalau dah bodohsombong ketika hidung dicucuk and the neck being yoked. as a condescending species they'd become barua to dr. sam and neo-colonist, and with bersih, they were surrogate to iblis. yb zul u'd never attend there in the first place la. let your action speaks. yes, jebat seeks no forum or debate, he seeks gelanggang anywhere but the street. care not what people say but justice. and where there is no more channel, what else? to instil reason with tuah and his goons is utter stupidity!
BalasPadamHAHAHA. mana takut. tunggu, nanti akan sampai!!
BalasPadamumno islam ke?kalau umno islam mesti die taw bersih ni halal dan digalakkan
BalasPadamNi best bro!!!
Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen
Pelik Aje : Lelaki Amerika Di Kanada Dipenjara 1 Tahun Kerana Memiliki Komik Jepun
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
SEBARAN UMUM UNTUK ANAK MUDA DIKELANTAN SEMPENA BERSIH 2.0..!!
BalasPadamBuat rakyat Kelantan yang tidak dapat menghadiri perhimpunan BERSIH pada 9/7 ini.. Ayuh kita beramai-ramai ke karnival TRW bersama PM Najib Di Machang Pada 2/7 ini dengan memakai baju kuning/baju BERSIH..!!
Sila pastikan baju kuning berada didalam bagi mengelakkan ditangkap polis..! Apabila PM Najib berucap,kita beramai-ramai bertukar menjadi KUNING..!! Jadikan kelantan sebagai salah satu sejarah perhimpunan BERSIH ini..!!
buat n3 satu pasal ni bro TT..bagi semua tahu najib nk p politikkan bola kelate.
Terima kasih..!!