Selasa, 28 Jun 2011

TAK ADA KELAS PUNYA MALAON




ANAK BERANAK KAMI MAKAN FREE






nota:
ini belum masuk kira
berapa banyak belanja
untuk anak nak berancuk
kah kah kah





RM17 JUTA DIBELANJA UNTUK LAWATAN PM DAN ISTERI - mkini

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan data setakat ini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 kepada RM5.4 juta pada 2010.

Bagi separuh tahun pertama 2011, perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi tahun 2010.

Sebaliknya, kos bagi lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri telah berkurangan dari RM2.75 juta pada 2008 kepada RM1.39 juta pada 2010.

Namun, dalam separuh tahun pertama 2011, kosnya telah berganda daripada tahun 2010.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri sepanjang tahun 2008 manakala Datuk Seri Najib Tun Razak pula merupakan timbalannya. Najib menggantikan Abdullah pada 9 April 2009.


KOS LAWATAN NAJIB , ROSMAH RM17 JUTA – harakah daily

Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

nota:
lihat dan baca sendiri angka-angka ini
lihat dan baca sendiri untuk fahami
lihat dan baca sendiri duit siapa ini

lihat dan sedarilah


21 ulasan:

  1. Dollah masa PM lagi sikit dari TPM Najib kahkahkah!

    BalasPadam
  2. Nanti akan muncul komen komen yang berkata;

    "Mereka tu PM kita, takkan nak keluar negara duduk hotel 2 bintang, dan naik kapal laut kot".

    BalasPadam
  3. Itu tak termasuk 10 oghang yg duduk sajer....tak ader keghojer,anak bini,cucu cicit pon dapat juger selagi hayat dikandong badan.Beghaper billion pulak duit ghakyat hilang begitu jer.Dalam keadaan mewah mcm tu pon,ndak berpesan-pesan juger,sughuh ghakyat berjimat.Seghonok ler komer selagi ader nyawer.Jangan sampai mati tak dan mengucap sbb tengah ngigher duit,sudah.

    BalasPadam
  4. wahai rakyat sekalian
    berjimat ceramat lah
    tuanku najib dan toh puan rosy
    mahu bersiar-siar keliling dunia

    berjimat cermat lah
    mesti membayar cukai
    jangan tak bayar
    sudah bayar beres semua

    kah kah kah
    sampai bila rakyat akan diperbodohkan ?
    ketuanan melayu terus digunakan
    bagi membela golongan ini
    bergelimpang dengan kekayaan dan kemewahan
    Jahanam

    BalasPadam
  5. Ini yang termasuk dalam rekod rasmi dan yang tak masuk rekod tak tahu berapa kali ganda dari jumlah ini.
    Malaon laki bini ni mana ada pikir pasai agama semua nya balon belaka.
    Semua nya Halel belaka....

    BalasPadam
  6. Memang tak dak kelas malaon dan bini malaon. Masa menjawat jawatan TPM tahun 2008 pun, dia laki bini dah belanja lebih dari PM waktu itu. Muka tak malu betul...dah lah kaya raya,kedekut taik hidung masin betul...nak makan dan melancong free saja...

    BalasPadam
  7. betui2 anak beranak hancuk...

    BalasPadam
  8. Pakcik makcik cakap dah rezeki depa :) Besar dan berat tangungjawab depa.. :)

    Yeala takan nak dok hostel plak jatuh imej PM :) kurang2 Hotel penhouse suite ka..

    BalasPadam
  9. Belum sponsor dan juga "program2 rasmi" yang diwujudkan tanpa hasil munasabah seperti first lady summit..

    BalasPadam
  10. teringat kisah amirul mukminin Umar Alkhatab.. lilin kerajaan pun xnak pakai bila bincang hal2 keluarga dengan anakya pada waktu malam
    Najib? Kilang lilin pun dah kena gadai 1st day kerja!!!

    BalasPadam
  11. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

    Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.


    bro tt...
    katakunci terang lagi bersuluh lampu led dalam soalan tian chua itu ialah:
    mengurus

    punye lah besaaaarr bahanbukti tertonggok tetiaphari depan bijimata kita,
    takkan kita tak memahami & prihatin,
    bahwa "perbelanjaan mengurus isteri perdana menteri" semestinya semakin meningkat naik, dari tahun ke tahun, masa ke masa,
    sama selaras dengan saiz & berat tubuhbadan gedempol "isteri perdana menteri" (laki najibabun) tersebut
    - bukan mudah nak "mengurus" kegedempolan sedia ada laki najibabun yg kita sedia maklum itu!
    (nak mengurus badan beliau amat payah, nak mengurus 5kilo pun mungkin ambik masa 5tahun, tapi nak mnggedempol sonang je, duit rakyat banyak, lantak je beli apo2 makanan mahal2 tu, melantaklah puas2, SEMUA ADO SUBSIDI!!)

    kos hidup di negara ini adalah rendah
    keluh lagi 1malaysia

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  12. Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

    ini masih rendah berbanding negara2 serantau termasuk sweden
    jadi rakyat mesti bersyukur dapat hidup aman dalam negara majmuk yg penuh toleransi (terhadap kegelojohan & keBoNgokan KERA)

    kahkahkahkahkah

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  13. MAKAN FREE BERAK CANGKUNG... KANGKANG PUN RAKYAT TANGGUNG..

    apala nasib kita BRO HISHAM...

    BalasPadam
  14. Campurkan Belanja Mat Monggol dengan Malikul Sembab sudah jadi lebih dari 25 juta wang rakyat yang terhambor.

    BalasPadam
  15. Campurkan Belanja Mat Monggol dengan Malikul Sembab sudah jadi lebih dari 25 juta wang rakyat yang terhambor.

    BalasPadam
  16. Itu baru belanja oversea mengurus Rosmah yang gemok. Kalau belanja Rosmah yang kurus lagi menggemok sebab lagi kurus lagi banyak fesyen yang sesuai dipakai macam First lady Tunisia ben Ali.

    Bagus Rosmah gemok sikit taklah teruk sangat rakyat Malaysia sebab dia jalan slow; tak banyak baju yang ada saiz dia.

    1Rosmah

    BalasPadam
  17. Manyak cilako punya Najistuya sama Mat Sembab lo! Rakyat di suruh jimat cermat, potong subsidi tapi 2 ekor malaon ni pula boros!

    BalasPadam
  18. Rakyat disuruh ikat perut dan berjimat cermat pada masa yang sama pm pun kena ikat perut dan berjimat cermat la juga baru adil..

    BalasPadam
  19. http://www.youtube.com/watch?v=ZqK97av7I3s

    Taxman
    Harrison

    Lyrics:
    Let me tell you how it will be
    There's one for you, nineteen for me
    'cause I'm the taxman,
    yeah, I'm the taxman

    Should five percent appear too small
    Be thankful I don't take it all
    'cause I'm the taxman,
    yeah, I'm the taxman

    If you drive a car, I'll tax the street
    If you try to sit, I'll tax your seat
    If you get too cold, I'll tax the heat
    If you take a walk, I'll tax your feet
    Taxman

    'Cause I'm the taxman,
    Yeah, I'm the taxman

    Don't ask me what I want it for (ha ha Mr. Wilson)
    If you don't want to pay some more (ha ha Mr. Heath)
    'cause I'm the taxman,
    yeah, I'm the taxman

    Now my advice for those who die
    Declare the pennies on your eyes
    'cause I'm the taxman,
    yeah, I'm the taxman
    And you're working for no one but me

    p/s : kat nama PM n TPM british tu gantikan dgn' Dato Seri Najib..Rosmah dan Tan Sri Muhyiddin....lagu protest nie....

    BalasPadam
  20. ALAA BIASA LAA, NAMUN IANYA MASIH MURAH KALAU DIBANDINGKAN DGN NEGARA JIRAN.. MALAH MASIH MURAH JUGA KALAU DIBANDINGKAN DGN SWEDEN, ZIMBABWE DAN UGANDA.

    BalasPadam