Selasa, 5 Julai 2011







AHLI PERNIAGAAN DITUDUH BERI RASUAH RM100,000 - meloya

SHAH ALAM 1 Julai - Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi rasuah RM100,000 kepada bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohamad Daud Dol Moin bagi mendapatkan tender pencetakan wang polimer RM5 di Australia tujuh tahun lalu.

Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, mengaku tidak bersalah selepas setiap pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui Mohd. Fadzli Ibrahim di Eon Bank, Taipan, Subang Jaya pada 24 November 2004 dan 15 Februari 2005.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan kes itu.


BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DIDAKWA - mkini

Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Bekas penolong gabenor itu, Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.

Beliau didakwa menerima wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 16, 2005.




RASUAH MATA WANG: BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA DICAJ TERIMA RM100,000
- minsider

Bekas penolong gabenor Bank Negara Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.

Tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan 2 Ogos ini untuk perbicaraan.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

SPRM juga berkata pihaknya telah mula menjalankan siasatan berhubung kes ini pada Mei tahun lalu serentak dengan tindakan Polis Persekutuan Australia.

“Polis Persekutuan Australia hari ini turut sama membuat pertuduhan di mahkamah Australia terhadap dua syarikat milik Australia dan enam individu berkaitan konspirasi rasuah terhadap pegawai-pegawai awam di negara Indonesia, Vietnam, Nigeria termasuklah Malaysia dari 1999 hingga 2005 bertujuan memperoleh kontrak percetakan wang kertas di negara-negara berkenaan.

“Kes ini merupakan pendakwaan yang pertama di Australia di bawah penggubalan undang-undang rasuah asing pada 17 Disember 1999,” katanya.

Bank Negara telah menandatangani kontrak membeli nota mata wang polimer RM5 daripada Note Printing Australia Limited bermula pada Disember 2003 sehingga Oktober 2007.

Sepanjang tempoh tersebut, bank pusat telah membuat tempahan sebanyak 390 juta keping dan pembayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM95 juta.

Kenyataan SPRM juga berkata siasatan telah dijalankan seiring tindakan pihak penguat kuasa antarabangsa yang lain termasuklah Biro Siasatan Antarabangsa, Polis Diraja Kanada, Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong, Pejabat Penyelewengan Serius dari United Kingdom, Biro Mencegah Rasuah Brunei dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.

NOTA:
sila baca dan lihat bagaimana teknik memutar berita
yang sedang dilakuan oleh media arus perdana.

ini kes rasuah yang melibat nama nama besar - elit politik anak beranak termasuk cucu kepada onn jaafar

lihat bagaiama utusan memutar dan tidak menyebut nama penolong gabenor bank negara yang menerima duit rasuah

utusan tidak mahu orang melayu faham dan sedar bahawa lembaga-lembaga negara telah rahai dimakan oleh anai anai rasuah

bayangkan yang ditahan ialah orang kedua tergedebe
dalam bank negara – ini orang yang penting

apa makna kes rasuah ini?

kes ini samalah seperti tok siak jual permaidani masjid
kes ini samalah seperti cik gu menjadi bapak ayam menjual anak murid

sayangnya media melayu
masih cuba menyorokkan hakikat
betapa haprak nya keadaan negara kita hari ini

hampeh!


NOTA:
kes rasuah ini dibuka kerana polis australia
melakukan sisatan

ini nanti samalah dengan kes rasuah beli kapal selam
yang akan dibuka di paris tidak lama lagi

nanti dan tunggu

19 ulasan:

  1. Pemberi Rasuah : Abdul Kayum Syed Ahmad, 62,(Ahli perniagaan - untuk mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.)

    Penerima Rasuah : Mohamad Daud Dol Moin, 58, (bekas Penolong bank negara)

    Syarikat anak beranak tuh yang mana yea

    BalasPadam
  2. KES RASUAH TAIB, SWISS BUKAK DULU.. PASTU BARU LASPRM TERHEGEH HEGEH CKP.."KITA PON SEDANG MEMBUAT SIASATAN"... MALAYSIA OH MALAYSIA

    BalasPadam
  3. saudara,

    izinkan untuk saya mendedahkan bahawa sebenarnya pihak Kerajaan sendiri yang merancang penggunaan senjata-senjata merbahaya seperti bom buatan sendiri, beberapa bilah parang, mercun bola, topeng muka dan baju2 BERSIH..ini bagi menguatkan hujah bahawa perhimpunan BERSIH bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan dan mencetuskan keadaan huru-hara. Pihak UMNO telah biasa dengan permainan sebegini..

    BalasPadam
  4. Nak dekat2 PRU ini kenalah tunjuk sikit kat rakyat kerajaan UMNObn tak membendong amalan rasuah!

    BalasPadam
  5. Ni lah haramjadah umno onn
    dan cucu cicitnya...
    Bangsa Melayu yang bangga dengan
    umno lebih haramjadah lagi!

    BalasPadam
  6. orang melayu kalau terima rasuah sekitar rm100'000 saja. meluat aku tengok. kalau orang bangsa asing, makan betul-betul makan! cecah bilion , trilion, zillion! barulah setimpal kalau dihukum.

    BalasPadam
  7. Bila BN bungkus nanti aku mintak PR melalui SPRM siasat & rampas semua wang serta harta2 yg dikumpul secara haram.

    Letak dibwh satu yayasan dan salurkan semula kpd golongan papa kedana. Terpulanglah pd bijak-pandai mcm mana nak uruskan harta rampasan ini supaya rakyat Malaysia yg papa kedana boleh keluar drpd keperitan hidup mereka.

    Manakala untuk golongan pertengahan yg layak diberi dlm bentuk pinjaman dgn kadar faedah yg minima lebih rendah dari bank2 perdagangan.

    Zukay.

    BalasPadam
  8. Tu ada tulis nama kat berita utusan meloya tu bro..

    BalasPadam
  9. inilah dia...
    org2 kaya...
    atau lebih tepat org2 yg ingin cepat/senang kaya...
    org2 yg gila kuasa/pangkat demi mengaut & membolot harta...

    apa yg tinggal utk kita?
    maka kita cumalah rakyat "SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK BERJIMAT" sedangkan depa terbang ke hulu ke hilir bercuti ke sana ke sini sambil berbelanja takhengat guna duit/harta rakyat!

    haramjadah!

    jom bagi bersih!
    usir KERA UMNgOk-BoNgok!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  10. bro TT,
    camna ni bro, stadium le pulok?
    aduhaiiii
    bosan gila stadium....
    kita nak march bro

    BalasPadam
  11. kt australia dh kecoh dh kes nie..nilai mata wang terus jatuh.bank reserve tu dh kena gantung..tuggu nk cari adik mgkuk tu jaa lg..
    chisss msia punya reporter cam sial..srat khabar tak ckap kes betul.
    mnta2 kes nie pecah cepat2 sbb interpol yg siasat..kes cetak duit palsu, kes jual pendatang haram dan kes rasuah suaka politik..
    terjah bro..terjah..cnbc sentaisa bg maklumat trkini..

    BalasPadam
  12. brader isham

    aku tersentak mengenangkan kebuntutan mentaliti

    para majistret dan hakim yang membuat keputusan

    semasa mengenakan tariff hukuman kepada pesalah

    laku undang undang negara ini.


    mari kita kaji tariff yang lepas lepas bulan ini-


    kes 1.mengedar,membuat filem porno
    -------------------------------------

    3 pukimaks dari um-por-no yang melanggar undang undang ini

    telah dijatuhkan hukuman denda rm 3000 aje.


    kes 2. sami tak bawa i/c dan di hukum penjara 10 tahun


    kes 3. mat yang terima rasuah dalam kes yang ekau cakap nih

    mungkin diberi denda rm 10 000 atau hukuman ringan saje dengan



    konklusi
    ---------


    spirit 1 Malaysia, 1 pencuri - kroni ma....



    tranformasi ke atau transformer ke
    -------------------------------------



    epp/utp stp dan acronym pundek yang akan dikeluarkan

    tak dapat keluarkan 1 common sense untuk mat mat
    dan minah yang jadi majistret kat mahkamah tu.


    Di negara selatan yang advance tu [singapuralah] kalau ada

    mahkamah bawahan yang tariff kurang untuk satu jenayah , mahkamah atas

    akan kaji semula dan bagi hukuman setimpal dengannya.



    begitu juga dengan hukuman majistret gila kuasa yang turunkan hukuman

    10 tahun untuk kes tak bawa i/c perlu di kaji semula olih mahkamah tinggi

    secara otomatis.


    nampaknya itu munkee jala-mala yang bikin tranformasi itu ingat

    dia dalam alam 'trasformers' - cakap cakap macam mulut puki-

    epp/ wtf /ipp /pundek+@@@#fucking abc/ konon kononnya untuk suka suka


    harap cj ada baca dan ambil tindakan positif bukan ulang cakap

    munkee jala-mala



    wak sudah pusing




    wak pusin

    BalasPadam
  13. cuba siasat latar belakang (Bekas) Penolong Gabenor tu ... macam mana orangnya ... bukan apa, nanti kalau dia juga ditemui mati lepas ni kita tahu macam mana orangnya (Bekas) Penolong Gabenor Bank Negara ni ... Abdul Kayum ni pun sebelum ni rasanya tak pernah dengar nama dia ... siapa itu Abdul Kayum ni ...? Lawyer, majistret... atau ahli muzik ...? kah kah kah ... sorry TT terbawa bawa (I'm too carried away... sorry ) hmm baru tau ... agaknya pasal tu la kot nilai mata wang kita dah macam tak kukuh ... bila harga barangan tak boleh kawal maknanya nilai matawang kita yang susut... dalilnya ? kalau dulu dengan RM 5.00 (duit polimer atau bukan polimer) kita dapat beli hampir 4 kilo gula .. (masa tu harga gula antara RM 1.25 - RM 1.30 sekilo) hari ni dengan duit RM5.00 (polimer atau bukan polimer) kita boleh beli takat 2 kilo gula je ... rasa manis gula tetap sama, untuk secawan teh O tetap gunakan dua setengan sudu gula tetapi nilainya dah tak sama ... maknanya nilai matawang kita yang dah semakin rendah ... kadang-kadang buat teman (yang belajar takat SPM je) terfikir nilai matawang rupiah indonesia menjadi begitu rendah salah satu sebabnya kerana cetakan matawang mereka tidak dikawal ... sama macam zaman jepun dulu .. allahyarham atok teman kata diorang nampak jepun cetak duit cap pokok pisang sewenang-wenangnya ... duitnya memang banyak tapi tiada nilai langsung ... dan sekarang fenomena begitu telah lama melanda matawang US Dollar sejak zaman kejatuhan Shah Iran dan bersamanya runtuh empayar Amerika di Iran ... bilangan kertasnya banyak tapi nilainya kecil ... ada sesiapa yang pandai bab ekonomi tolong huraikan persoalan ni... teman cuma pandai budget belanja dapur rumah tangga teman ngan belanja anak-anak teman je ... lebih dari tu tak upaya la teman ... ekonomi sesebuah negara boleh runtuh bila nilai matawang semakin susut ... ada sesiapa boleh perbetulkan tanggapan teman ...

    BalasPadam
  14. semua nak tunggu polis luar wat keja baru nak bukak.aku repot polis thailand,brunei,indon ngan singapore je la senang

    1.Mojo iCuisine,Restoran Berkonsepkan Ipad(Video)
    2.Bilik Rumah Yang Diperbuat Daripada Hardware Komputer

    BalasPadam
  15. suruh je awang selamat selamatkan negara ini dgn akhbarnya yg suci lagi murni. uuuuuekk!! macam dia ni mengalahkan jack sparrow sebab jack sparrow tutup sebelah mata je tapi dia tutup ke dua-dua mata dgn bra bik mama! apa punya haprak pemikir melayu pasca madey! tak segan silu ke pd diri sendiri tiap-tiap hari buat spin merabakkan temadun bangsa. kalau pak sako masih ada di situ, dia sendiri terasa dihina dan terhina. sedih, nak cari makan di negara sendiri pun terpaksa laknati bangsa sendiri. mustahil persepsi penulis media ini salah bila pemuka mereka berak duit palsu di tengah jalan siang hari buta masih nak menafikannya. takut la pd Allah.

    BalasPadam
  16. Kepada anon 5 Julai 2011 8:09 PM

    Tak payah nak beritau, pembaca Tukartiub tak payah susah nak tau benda tu setakat rekacipta aparatus gov saje.

    BalasPadam
  17. Ini semua kes rasuah melibatkan Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin merupakan Bekas Adun Anak Bukit Kedah merangkap Exco Kanan era Tan Sri Sanusi Junid dan Abdul Kayum Syed Ahmad yang dikatakan bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang. Sebut pasal UMNO teringat terus rasuah. So apa cerita dengan kes
    Haris Onn di Australia yang merupakan adik kepada Dato' Hishamuddin Onn???

    BalasPadam
  18. Satu kesilapan sebenarnya, duit 100,000 tu bukan rasuah. Itu "sample" macam supplier selalu bagi untuk test. Jadi duit tu pun untuk test jugaklah samada laku ke tidak kat kedai.

    BalasPadam
  19. contract value RM95 juta..takkan amik RM100 ribu je...Penolong Gabenor ni rasanya macam kambing hitam je ni..

    rasanya ada org lain yg amik berjuta2 ni...siapalah agaknya???

    BalasPadam