Rabu, 13 Julai 2011

AL- KESAH KITA DAN DIA




SUARA KEADILAN TERBARU




BERSIH DAN KENTUT-KENTIT PANAS

Maka pada pagi yang mulai ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya ; agar cucu cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di Kurun Masehi ke 21 ini. Biarlah hamba menjadi Tok Perawi yang saheh membawa kesah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kesahkan lah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu cicit sekelian; kesahnya bermula dari sini:

Kalau di negeri Arab Palestine telah berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestine dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestine melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestine itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau Malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya.

Inilah Malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah Malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini. Semenjak Malapetaka ini sampai; hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah di bodoh-bodohkan. Orang Melayu telah di gula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampoon ini lah Malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita; hamba hanyalah Tok Perawi yang membawa kesah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri. Telah terdengar kesah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihanraya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun di panggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang. Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika. Saat itulah saat gumbira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang Bersih disalut oleh hati yang Bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita. Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkan lah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka Gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa. Pemikir dan soldadu mendapat upah mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu di bodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang Mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata. Adalah mengikut surah ini si Mamat ini bangang lagi lah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng; mukanay pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan bontot tersadai.

Si Mamat ini di surahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau didalam parit tetapi ditepi busut disebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat Mat Pet berjual beli. Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kesah bom dan parang di tepi Sogo datang pula kesah seorang Mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun. Bukan di Kerinchi bukan di Pandan tapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak disebelah kuil China. Mengikut kesahnya si Mamat ini sedang berusaha menanamkan parang , bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kesahkan lagi ; inilah cara inilah gaya; inilah teknik, inilah strateji untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya. Adalah bom adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya Bersih membawa senjata.

Inilah tipu inilah helah. Inilah rupa kerja manusia diwaktu siangnya dia menipu diwaktu malamnya dia menjarah. Biarlah disini hambo memanjangkan surah. Wahai abang abang dan kakak kakak sila lihat sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov. Aduhai bodoh lah polis yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Bergeaklah sikit.Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Parang ini sepesen sepesol. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini tipu helah Gerombolan terbonggenglah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah Lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail carilah surah. Wahai Rosmah hambo nak beritahu, isteri tuan hamba bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishammuddin Hussein; molotov cocktail perlu botol kaca, botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhi segala hamba Allah berita yang dirancang oleh Gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa tutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung Sang Puteri. Apakah otak apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hambo yang menjadi Tok Perawai kini jadi serba salah – nak menangis pun ada nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini seantero negeri pun mula di beritahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berligar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta dipereksa. Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta di geledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral ada yang mula berkata tugas tentera bukan untuk Gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat orang kampong sanak saudara sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera apabila Najib diberitahu duduk pekara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hambo sebagai Tok Perawi tidak mahu berlagak sombong.Hambo hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa adik dan kakak jangan senyum tapi ketawalah terbahak-bahak. Hambo nak royak kesah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak. Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut. Semua mula berkata ‘ kami tak takut’.

Auta Perkasa sudah teserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak; jangan menuduh hambo ini Tok Perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita. Perkasa lesap hilang entah kemana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpuann Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir dan berzakar. Berkelintau memukau memakai akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hambo diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka Menantu Ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangla diberiupah pakai Baju Merah. Tak cukup dengan Mat Bangla i si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu cicit yang akan datang zaman berzaman ; marilah kita belajar dari al-kesah ini. Hendaknya kesah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut dari laman ke laman dari blog ke blog dari twitter ke twitter.

Diakhirnya ini hambo sebagai Tok Pewari ingin mengundur diri. Hambo disini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan Malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan. Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datang lah taufan datang lah Perkasa, datanglah silat datanglah Patriot. Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah Malapetaka busuk ini pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa apa jadi Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.(TT)

nota:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
yang terbaru dalam pasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar cult minggun ini sila
pukul talipon: 03-22-72-40-45


26 ulasan:

  1. biarpun typo error, tetap akan kenang 09072011 itu...tukaq tarikh la Isham dari 2001 ke 2011

    BalasPadam
  2. Sekali lagi nak peringatkan kepada anak bangsa sekalian..

    Jangan takut untuk turun berhimpun kerana 'Nasi Briyani' sedap disediakan percuma.

    Bersih 3.0 akan datang jangan lupa bawa plastik bungkus nasi briyani bawa balik jamu anak-anak makan...kah kah kah..kah kah

    BalasPadam
  3. Dear TT,

    Just one word 4 u.

    U R GENIUS AND I LOVE U FOR THAT.

    BalasPadam
  4. tok perawi, tahunnya ialah 2011, bukan 2001. jangan besok anak cucu kita salah tengok kalender pulok.

    BalasPadam
  5. caya la TT..
    lu memang terbaik..
    bertepek kena kt batang hidung para pencacai dan penjilat gerombolan

    -anak muda-

    BalasPadam
  6. lawak paling kool tahap dewa dri guruci EEEE :-
    tetapi geng silat semua
    berkumpul di Kuala Pilah. Mereka
    berzikir dan berzakar. Berkelintau
    memukau memakai akhirnya ghaib
    hilang ke negeri entah berentah

    BalasPadam
  7. nasib baik penjajah tinggalkan kat UMNO bro.kalau tinggalkan kat orang macam lu,harus dah dijualkan kat negara..(mana tuh..alah tempat yang lu cabut lari tuh..alah..lupa lak)
    mau sembang tengok blakang bro..lu sama raja petra sama jer le..sergah cabut lari..bongkok sabut tul..sembang macam dewa dewa..piraaahh

    -dgn lu x yah bagi nama lah-x de class

    BalasPadam
  8. Sham, kepala Najib kena potong http://www.youtube.com/watch?v=kGHgWU8fV0o&feature=share


    kahkahkah!

    BalasPadam
  9. menghisap sebatang lisong
    melihat Indonesia Raya
    mendengar 130 juta rakyat
    dan di langit
    dua tiga cukung mengangkang
    berak di atas kepala mereka

    matahari terbit
    fajar tiba
    dan aku melihat delapan juta kanak – kanak
    tanpa pendidikan

    aku bertanya
    tetapi pertanyaan – pertanyaanku
    membentur meja kekuasaan yang macet
    dan papantulis – papantulis para pendidik
    yang terlepas dari persoalan kehidupan

    delapan juta kanak – kanak
    menghadapi satu jalan panjang
    tanpa pilihan
    tanpa pepohonan
    tanpa dangau persinggahan
    tanpa ada bayangan ujungnya
    ……………………..

    menghisap udara
    yang disemprot deodorant
    aku melihat sarjana – sarjana menganggur
    berpeluh di jalan raya
    aku melihat wanita bunting
    antri uang pensiunan

    dan di langit
    para teknokrat berkata :

    bahwa bangsa kita adalah malas
    bahwa bangsa mesti dibangun
    mesti di up-grade
    disesuaikan dengan teknologi yang diimpor

    gunung – gunung menjulang
    langit pesta warna di dalam senjakala
    dan aku melihat
    protes – protes yang terpendam
    terhimpit di bawah tilam

    aku bertanya
    tetapi pertanyaanku
    membentur jidat penyair – penyair salon
    yang bersajak tentang anggur dan rembulan
    sementara ketidak adilan terjadi disampingnya
    dan delapan juta kanak – kanak tanpa pendidikan
    termangu – mangu di kaki dewi kesenian

    bunga – bunga bangsa tahun depan
    berkunang – kunang pandang matanya
    di bawah iklan berlampu neon
    berjuta – juta harapan ibu dan bapak
    menjadi gemalau suara yang kacau
    menjadi karang di bawah muka samodra
    ……………………………

    kita mesti berhenti membeli rumus – rumus asing
    diktat – diktat hanya boleh memberi metode
    tetapi kita sendiri mesti merumuskan keadaan
    kita mesti keluar ke jalan raya
    keluar ke desa – desa
    mencatat sendiri semua gejala
    dan menghayati persoalan yang nyata

    inilah sajakku
    pamplet masa darurat
    apakah artinya kesenian
    bila terpisah dari derita lingkungan
    apakah artinya berpikir
    bila terpisah dari masalah kehidupan

    kepada mu aku bertanya

    rendra

    BalasPadam
  10. Matahari terbit pagi ini
    mencium bau kencing orok di kaki langit
    melihat kali coklat menjalar ke lautan
    dan mendengar dengung di dalam hutan

    lalu kini ia dua penggalah tingginya
    dan ia menjadi saksi kita berkumpul disini
    memeriksa keadaan

    kita bertanya :
    kenapa maksud baik tidak selalu berguna
    kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga
    orang berkata : “kami ada maksud baik”
    dan kita bertanya : “maksud baik untuk siapa ?”

    ya !
    ada yang jaya, ada yang terhina
    ada yang bersenjata, ada yang terluka
    ada yang duduk, ada yang diduduki
    ada yang berlimpah, ada yang terkuras
    dan kita disini bertanya :
    “maksud baik saudara untuk siapa ?
    saudara berdiri di pihak yang mana ?”

    kenapa maksud baik dilakukan
    tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
    tanah – tanah di gunung telah dimiliki orang – orang kota
    perkebunan yang luas
    hanya menguntungkan segolongan kecil saja
    alat – alat kemajuan yang diimpor
    tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya

    tentu, kita bertanya :
    “lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
    sekarang matahari semakin tinggi
    lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
    dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
    kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
    ilmu – ilmu diajarkan disini
    akan menjadi alat pembebasan
    ataukah alat penindasan ?

    sebentar lagi matahari akan tenggelam
    malam akan tiba
    cicak – cicak berbunyi di tembok
    dan rembulan berlayar
    tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
    akan hidup di dalam mimpi
    akan tumbuh di kebon belakang

    dan esok hari
    matahari akan terbit kembali
    sementara hari baru menjelma
    pertanyaan – pertanyaan kita menjadi hutan
    atau masuk ke sungai
    menjadi ombak di samodra

    di bawah matahari ini kita bertanya :
    ada yang menangis, ada yang mendera
    ada yang habis, ada yang mengikis
    dan maksud baik kita
    berdiri di pihak yang mana !

    BalasPadam
  11. uwah!...kelas gitu...

    ambo akan royak dgn cucu cicit ambo...saat rakyat malaysia bangun menentang regim UMNO/BN

    BalasPadam
  12. tanpa nama 4:27pm

    lu pigi pahchucheng la...

    kahkahkah

    BalasPadam
  13. tanpa nama 4:27pm

    lu pigi pahchucheng la...

    kahkahkah

    BalasPadam
  14. Hoi TT, blah la lu. Hari-hari tulis blog, takde kerja lain. Lu kesian la kat gua jugak sbb hari-hari gua kena baca blog lu..kalau tak baca sehari macam tak entot setahun rasanya.....sial la lu! kah kah kah

    BalasPadam
  15. sudah la bro. lu sindri mau ingat la beb.lu mana lari dulu?dah byk minah salleh lu enjut..skrg balik kunun clean.pirahhh.9hb ada turun kaa.
    ckp je lebih.isap ganja byk sgt bro ni.kah!kah!kah!kah!kah!

    BalasPadam
  16. jangan di sangka kuning sekuning gigi brahim geli tidak berani turun meniti..
    jikalau ribut taufan halilintar memanah bumi akan sekuning bersih redah tanpa peduli..
    hanya yang merah patriot sekangkang khairy tidak akan gentar sekuning bersih melawan tanpa senjata..
    hanya suara sekuning bersih cukup sudah menentang senjata menantu ayah..
    hidup rakyat.. turun BeEnd..

    BalasPadam
  17. Bro TT, gua harap lu buat satu lagi khas untuk anjing-anjing umnoporno. lagi IGP sampai lah ................. sempena BALAI polis ledang naik taraf sok.

    BalasPadam
  18. Biar tersalah taip jangan tersalah pangkah masa PRU nanti. Kepada yang belum daftar sebagai pengundi daftarlah segera. Jangan sibuk nak BERSIHkan SPR aje. Nanti terlepas hak sebagai pengundi. Awak yang rugi, Bangla yang untung. Gerombolan dah sedia senarai nama dah.

    BalasPadam
  19. Kah kah kah serius bangang molotov cocktail botol plastik. Tu patut panggil molotov MOCKtail kah kah kah

    BalasPadam
  20. Pada pandangan saya 31 Ogos tu tetap tarikh keramat. 13 mei tu lah tarikh Malaysia mula di putarbelitkan.

    BalasPadam
  21. kamu perawi senget sebelah. pertama sekali pembetulan fakta. molotov cokctail ada versi plastik. versi ini lebih berbahaya. tanyalah pakcik kamu dan juga pakcik saya lebai google kalau tidak percaya. kamu lupa atau sengaja lupa untuk merawikan sesuatu yang bakal sinonim dengan BERSIH 2.0 iaitu hikayat Haji Kelonsot atau Suhardi yang paginya mati petangnya hidup semula. depan kamera dan video dia berlakon mati sampai ke hospital bingkas bangun melarikan diri. ditangkap polis maka menyanyilah dan pecahlah lubang. nak jadi perawi kena duduk tengah-tengah. kalau kamu memilih untuk berpihak-pihak panggil saja diri kamu propagandis.

    BalasPadam
  22. Malaysia tidak sebanggang timur tengah! Malaysia tak runtuh dek puaka puaka yahudi dan komunis. Malaysia takkan runtuh dek ulama2 sesat lagi berpaksikan Yahudi dan Komunis. Islam Malaysia terlalu ramai yang cerdik untuk mennyahkan iblis iblis BEERSHIT di Malaysia!

    BalasPadam