Jumaat, 8 Julai 2011
BACA INI DAHULU - JANGAN TAK BACA
BACA DAN BACA
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN dengan KAWAN-KAWAN
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
TUNTUTAN BERSIH 2.0 :
1-BERSIHkan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2-Reformasikan Undi Pos
3-Gunakan Dakwat Kekal
4-Akses Media Yang Bebas & Adil
5-Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6-Kukuhkan Institusi Awam
7-Hentikan Rasuah
8-Hentikan Politik Kotor
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
UNTUK BERHUBUNG:
Sekretariat Bersih 2.0 H/P: 016 2208784; Email: info@bersih.com OR temmelee@bersih.org
PEKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISEDIAKAN
1-Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2-Duit-maksimum RM100 sahaja.
3-Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
4-Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5-Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.
6-Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7-Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8-Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9-Ubat gigi untuk sapu di bawah mata untuk mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10-Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11-Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12-Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13-Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Sekretariat Bersih 2.0. Bawa beg plastik untuk simpan alat-alat elektronik apabila diserang oleh “water cannon”.
PEKARA YANG TIDAK DIBENARKAN
1- Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2- Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3- Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4- Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5- Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
8- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13- Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN SEBELUM BERGERAK
Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu Stadium Merdeka.
Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
SEMASA BERHIMPUN DAN BERARAK
1- Berkumpul di Stadium Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
Ikutilah arahan dari Marshall Unit Amal sepanjang program.
Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Unit Amal.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati di jalanraya.
Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email: Setiausaha Bersih 2.0, info@bersih.org
Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
SELEPAS BERHIMPUN
Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 2.0.
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 2.0.
Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0.
APA YANG PERLU DIBUAT JIKA KUMPULAN ANTI-BERSIH BUAT PROVOKASI
Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut commander Unit Amal.
Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
Jangan hampiri mereka.
Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
APA YANG PERLU DIBUAR JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN
Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
Duduk jika pimpinan arahkan.
Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
Ambil gambar mereka jika sempat.
Buat laporan Polis jika anda dikasari.
APA YANG WAJIB DILAKUKAN JIKA DITAHAN
SMS HOTLINE
Jika anda ditahan, hantar SMS (sahaja) ke 013-2102002 dengan butiran seperti Nama penuh, IC no., tempat ditangkap, masa ditangkap dan ke balai polis mana anda dibawa.
Apabila SMS Hotline diterima, peguam dari Pusat Bantuan Guaman (Legal Aid Centre, LAC) akan diberitahu mengenai tangkapan anda. Peguam akan dihantar ke balai polis yang akan ditahan.
Peguam dari Pusat Bantuan Guaman akan dihantar ke balai yang anda ditahan. Tempoh masa dari masa anda ditahan sehingga anda dapat berjumpa peguam mungkin akan makan masa yang lama jadi tolong bersabar. Jika ditangkap, beritahu kepada pihak polis bahawa “saya nak jumpa Pusat Bantuan Guan.:
APABILA DISOAL OLEH POLIS
PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “
Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
APA YANG WAJIB DIBUAT SELEPAS DIBEBASKAN
Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila baca panduan daripada peguam di sini: http://www.lawyersforliberty.org/wp-content/uploads/2011/07/Panduan-Undang-Undang-Hak-Untuk-Berhimpun.pdf
PERHATIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
NUMBER TALIPON UNTUK DI SIMPAN:
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:
1. +6016 312 64 -63
2. +6016 312 64 -73
3. +6014 645 17 -53
4. +6012 392 83 -79
Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.
NOTA:
tim tukar tiub
akan memberi laporan terkini
gunakan blackberry untuk mengetahui arahan terbaru
juga layari laman malaysiakini untuk maklumat terkini
ada pusat bowling takut kaler kuning bro! hahaha! bola kuning dia simpan!
BalasPadamhttp://malaysia-post.blogspot.com/2011/07/kelantan-dapat-stadium-pahang-dapat.html
AYUH BANGKIT WAHAI ANAK2 MUDA SEKALIAN! KALAU PEMUDA2 DI MESIR, YEMEN, LIBYA BLH BNGKIT MNJATUHKN PMIMPIN MEREKA, INSYAALLAH PEMUDA2 MALAYSIA PN BOLEH..KITA BERHIMPUN BKN NK CARI GADUH DGN POLIS, BKN JGA NK PROVOKASI DGN MNA2 PIHAK, KTA CMA MAHU MNUNTUT KEADILAN.
BalasPadamYa Allah, semoga perhimpunan esok berjalan lancar dan mendapat perlindungan daripadamu.....
BalasPadamYa Allah, kalahkanlah najib dan pengikut2nya yang munafik itu.
aameen..
" AYUH BANGKIT WAHAI ANAK2 MUDA SEKALIAN! KALAU PEMUDA2 DI MESIR, YEMEN, LIBYA BLH BNGKIT MNJATUHKN PMIMPIN MEREKA, INSYAALLAH PEMUDA2 MALAYSIA PN BOLEH..KITA BERHIMPUN BKN NK CARI GADUH DGN POLIS, BKN JGA NK PROVOKASI DGN MNA2 PIHAK, KTA CMA MAHU MNUNTUT KEADILAN."
BalasPadamthumbs up....:)
Jalan Paling Bahaya Di Dunia
[ Video ] Inilah Akibatnya Apabila " Harimau " Cuba Cium Buntut " Kuda "
teruskn pjuanganmu wahai ank muda!!ambe sungguh tkilan krana x dpt bsama anda smue. tpi doa & harapan ambe sentiase mengiringi kalian smue!!laungan semangat BERSIH dri mumbai, india!
BalasPadamhangpa nak bankit untuk apa
BalasPadamkah kah kah
dahlah bodoh
bahalul p[ulak tu
ada pemimpin 2x5 bahalul
kaki hasut n kaki bakar
kaki huru hara
penjilat tegar nuar anugerah
kih kih kih
esok masuk lokap lahh semua
kah kah kah