Ahad, 10 Julai 2011
KALAU TAK BERSIH MAKA PRU 13 ADALAH TIPU
INI SURUHANJAYA PENIPU
NOTA:
kalau ini mukadimah
maka ertinya akan ada
lagi gerakan jalan raya
sebelum ke pilihan raya
ini juga bermakna
jika 8 tuntutan bersih ini
tidak di ambil peduli
bermakna gerombolan akan menipu
lagi pada pilihanraya yang ke 13 ini
dengan menipu gerombolan akan berkuasa
ini juga bermakna berkuasa melalui
penipuan
ertinya sebelum kita ke pilihan raya
kita ke jalan raya untuk memastikan
kita tidak ditipu
NOTA:
bagaimana dengan mat bangla?
bagaimana dengan mat indon?
bagaimana dengan mat pilipina?
macam mana mereka dapat kad pengenalan
macam mana mereka di daftarkan sebagai pengundi
semua ini menyakitkan hati kita
kalau gerombolan menang kali ini
ertinya jelas kita kena tipu!
BERSIH 2.0 HANYA MUKADIMAH: HADI – harakah daily
Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
KENYATAAN PRESIDEN PAS
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.
Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.
Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.
Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
http://yfrog.com/kio3ckqj lihat pic ni bro... mungkin boleh kasientry baik punya.. penyokong KJ adalah mat bangla..
BalasPadamisham...
BalasPadambulan lepas aku terbang ker jogja mase balik tolong isikan borang ketibaan untuk mamat indon nih
dah dok sini 15 tahun ade mykad biru pastu passport indon ade gak... inikah yang di katakan indon dapat ic...
betul2!agong da dapat,maka ikut cakap agong.najib korang bukannya betul pun!!!
BalasPadam1.Bas Daripada 24-karat Emas!!
2.The Garbage Men, Band Paling Unik (Apa Ni!!??)
3.iPhone Menjadi Peluru Slingshot!!(Video)