Rabu, 13 Julai 2011
KEMPEN PAKAI KUNING DI MULAKAN
MULA SABTU INI
BERSIH MINTA RAKYAT PAKAI KUNING SETIAP SABTU -mikini
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.
KUNING SETIAP SABTU – harakah daily
PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.
NOTA:
sila ambil perhatian
anak anak muda
sila mula menyusun
sila teruskan kempen bersih
sila ikuti laman dan blog
sila ikuti facebook
untuk maklumat terkini
BAKAR MARAH ITU
tak mau! kami nak turun jalanraya!
BalasPadamKami nak buat demo supaya Bersih 3.0 diadakan secepat mungkin!