Jumaat, 8 Julai 2011

SAJAK PAK SAMAD




PELUDAH WARNA


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said


SENI DAN SENIMAN


nota:
para seniman
anak muda
pelakar
pereka
pemusik
video artis

semuanya terus berkarya
merakam masa dan sejarah
bergerak membuka ruang demokrasi

hanya seniman kaki bodek
hanya seniman cari makan
hanya sasterawan sartot dan certot utusan
hanya sasterawan sartot dan certot berita harian

kerna majalah sastera dan majalah seni dunia yang luas ini
tak terima certot dan sartot mereka maka mereka
menjadi sardek : sasterwan bodek
kah kah kah

8 ulasan:

  1. geng be end klu lu x paham bait2 sajak pak samad ni baik korang balik india, jadi eee TULEEEN pasal klu korang melayu TULIN korang mesti paham hingga menusuk qalbu kalu korang x paham korang eee TULEEEN kahhh kahhh kahhh

    BalasPadam
  2. Bestlah sajak Pak Samad

    Kerana terlalu lama berkuasa, Kuasa dan jadi harta mereka.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Dikala mentari menitiskan airmata merah,
    Menangisi terhalangnya saka kuning,
    Senja menanti, malam berganti,
    Ribuan menitiskan air mata darah,
    Dikala itu,
    Semangat Tok Janggut dan Datuk Maharajalela menerjah sanubari,
    Mereka pengkhianat bangsa, canang penguasa,
    Itulah sejarah yang nista,
    Menongkah yang zalim itu pasti,
    Kewajiban bagi yang percaya kepada Ilahi.

    Noor M.

    BalasPadam
  4. hanya sasterawan sartot dan certot utusan
    hanya sasterawan sartot dan certot berita harian


    kahkahkahkah
    aku tau la certot tu apa;
    cerpen = cerita pendek,
    certot = cerita ketot/kontot

    tapi apa/siapa/bagaimna/di mana/bila itu sartot???

    p/s litot pun ada jugak kan? kahkahkah

    -average joe-
    klakka-la.blogspot
    klickdefella(klakka-la)
    twitter: averagejoeMY

    BalasPadam
  5. Ini lagu dikir barat aku, adpsi dari lagu jahane (jahanam) yg popular sekitar 70an.


    HABIS SEMUA....
    SEGALA BUMI, HABIS BELAH HILIR HABIS BELAH HILIR.....
    HABIS DGN BUKIT BUKAU GUNUNG GANANG....
    HABIS DGN PULAU HABIS DGN BATU PUTEH TANJUNG PAGAR......

    JAHANAM.... HABIS KERANA MU....
    JAHANAM.... HABIS KERANA MU.....

    BalasPadam
  6. bahan sejarah dan sastera utk ingatan semua kini dan pada masa depan

    BalasPadam
  7. geng be end klu lu x paham bait2 sajak pak samad ni baik korang balik india, jadi eee TULEEEN pasal klu korang melayu TULIN korang mesti paham hingga menusuk qalbu kalu korang x paham korang eee TULEEEN kahhh kahhh kahhh

    GUA SETUJU SAMA LU BRO !!!!!

    BalasPadam