Sabtu, 30 Julai 2011

SELAMAT JALAN - HATI YANG HANCUR



AL FATIHAH


kita tak pernah bertemu
lalu aku baca berita itu

kita tidak pernah bertemu
lalu aku melihat niat hati mu

kita tidak pernah bertemu
lalu aku rasakan pedih hati mu

kita tidak pernah bertemu
betapa jujur hidup mu

kita tidak pernah bertemu
dan kau telah pergi

tetiba aku terbaca berita ini
kau telah pergi
bagitu muda kau telah pergi
demi alam
berehatlah kamu
untuk selama lamanya

berehatlah kamu
damailah hati kamu
damailah



SEBUAH HIDUP YANG DILALUI



AHSRAF GAGAL JADI ALEESHA MENINGGAL DUNIA

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


19 ulasan:

  1. semoga rohnya di limpahi rahmat yang maha esa..amin.

    BalasPadam
  2. Masyarakat menghukum tanpa menghalusi konflik di dalam dirinya.

    Hitam itu hitam dan putih itu putih kata mereka, tapi di antara hitam dan putih ada kelabu.

    Biru itu biru dan kuning itu kuning kata mereka, tapi digabung kedua menjadi hijau.

    Alam itu pelbagai, kejadian itu beranika.

    Tujung lapisan warna, tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan neraka dan syurga.

    Tapi deritanya satu.

    BalasPadam
  3. Apalh kono Hakim kita yang tidak membenarkan arwah tukar nama bagaikan mematikan hak asasinya. Kalu hormon alaminya telah mahukan beliau menjadi wanita apa salahnya? Apakah beliau tak layak mempunyai hak untuk menentukan hidupnya? Ni tidak ditekan lagi dek norma dan nilai masyarakat yang bobrok tak tahu apa itu hak asasi seseorang insan, bukannya arwah nak merompak atau melawan Agung, cuma nak ikut tuntutan hormon alaminya dan mungkin mahu hidup berpasangan dengan bakal teman hidupnya.Norma manusia baik yang bersumber daripada ajaran songsang agama mana sekalipun telah mempengaruhi jalan mati arwah.
    al-Fatihah untuk si arwah yang aku pun tak pernah dengar atau bersua dalam alam mana pun.

    BalasPadam
  4. ALLAH lebih mengetahui, siapalah kita untuk menilainya....

    BalasPadam
  5. masa aku belajar dulu ustaz kata kena bilang tulang rusuk, kalau sama banyak jantan ,kalau tak sama betina, hakim ada kira ka.......

    BalasPadam
  6. kenapa serenity komen camtu...tahu ke dia bersalah? sesedap rase je hukum org...igt dia nak ke jd camtu..pk dulu sbelom ckp beb

    BalasPadam
  7. Surat untuk mentri hishamuddin

    ----------------------------------


    Jabatan gomen di negara ini di kepalai dek

    mat mat dan minah buntut yang tak berupaya

    nak guna sedikit imaginasi untuk membawa

    sop jabatan/kementrian ke era tahun 2000.



    Walaupun mat mat ini gah main game omputih [main golf konon]

    otak masih tahap ke kampongan-an tahun 50-an.

    Tak mungkin sop yang sedia ada yang memerluukan

    rujukan ke jabatan agama adalah legasi rejim

    omputih dulu.



    Di dalam hal ini adalah diharapkan mentri hishamuddin

    dengan latar belakang undang undang dari UK dan tambah

    pula dengan ada usaha nak tambah kualiti nkra , apa apa aje

    patutlah kaji semula sop untuk memutuskan permohonan

    tukar jantina dari se orang hunsa.


    Dari segi teknikality , sepatutnya jabatan pendaftaran patut timbangkan

    permohonan dari segi yang ada belas kesian keatas hamba allah.

    Memanglah tukar jantina se suka hati adalah perkara yang perlu

    kajian yang dalam.


    Tetapi di dalam kes ashraff itu, arwah ada dua kemaluan.[my fahaman]

    Jadi kalau nak timbang betul betul , permohonannya patut ditimbangkan

    sebagai kepada laporan asal.


    Se seorang bila mendapati bayinya ada 2 kemaluan akan mendaftar anaknya

    sebagai lelaki. Bila sibayi tadi sudah mencapai usia 20'an dia dapati

    ciri ciri pompuannya lebih dari jantannya, dia membuat permohonan

    untuk membetulkan takrif jantina di dalam rekodnya.


    Takkanlah ini pun nak pak ulama buat keputusan. Keputusan yang diperlukan

    hanyalah ala pentadbiran aje bukan hal agama. Tambahan pula si pemohon

    hanyalah minta betulkan takrif jantina dan tambah sapot kesnya

    dengan membuang kemaluan jantannya.


    Surely , this is not too much to ask?


    Bila kes di rujuk ke ulama/jabatan agama-

    yang tidak pernah menunjukkan sejak merdekan anything spesial

    di dalam pembentukan undang undang islam, menolak kes ini.

    Walhal ini bukan bidang yang patut mereka bicarakan.Mungkin adalah

    lebih valid jika jabatan pendaftaran rujuk untuk opinion

    doktor doktor pakar dalam bidang puan.



    Lihat ajelah kes kes yang teerdapat kecelaruan [totally fail]

    yang melibat cedik pandai agama

    --------------------------------------------------------------------


    kes 1. mb perak zamri buat amalan yang jelas syirik

    bila membuka tapakuntuk bangunan. Komen mufta negeri-

    lemah dan tak jelas. Tapi takde no objection.

    Maknanya bila amalan itu jelas salah , mufti tak tegur.


    kes2

    mufta wp kl tegur doktor pusrawi pasal buat laporan

    doktor kes liwat anwar ibrahimke atas saipol.

    Ini kes mufti buat komen di dalam bidang luar

    dari kepakaran beliau.


    Dato mentri kena ambil maklum fakta yang dikemukakan

    adalah dibuat tanpa sebarang motif politil dan

    tidak berniat untuk menjatuhkan imej politik bn/pr



    Memandangkan kita berada di ambang abad ke 21

    banyak kaum hunsa kita akan mengambil langkah untuk

    memperbetulkan rekod jantina mereka.

    Harap dato mentri tidak hampakan doa our hunsa brothers/sisters

    for the love of of humanity



    Khong khek kkhuat


    ps

    kepada akhbar kosmo/b-harian
    ----------------------------------

    gunakan bahasa yang menunjukkan belas kesian

    apabila merujuk kepada kaum hunsa itu. Kata -kata

    kesat seperti -pondon masuk hospital

    adalah tidak manis.

    Ingatlah bahasa menunjukkan bangsa./

    Bahasa yang bangsat menunjukkan bangsa melayu kamu itu

    bangsat. Brengsek.

    This is one area Mr Minister that you can direct the

    rude if not immoral editors of the papers to comply

    BalasPadam
  8. nak tau jg dia ni dikapan dan disembahyangkan cara lelalki atau perempuan. asal dijadikan Allah lelaki, tp dia ubah jd perempuan. apa pun semoga Allah mengampunkannya.

    BalasPadam
  9. alllooo...hak asasi ka,hak sivil ka, hak apa sekalipun ianya tetap berlandas hukum penciptanya kerana satu maso kita pi padaNya jugak,maso tu ko nak jawab segala dosa ko buat hak asasi ko ker.....peduli apo ko punya hak asasi, gua tak kato siapo2 masuk neraka, tapi kalo dogil gak nak buek doso paham2lah jer la kat mano poi nyer....tu la masalah nyer kalo akal yg menjadi tuan, tak tersedor kita ni hambo jer, bila dah mati baru sedornya komer.

    BalasPadam
  10. 'Allah lebih tahu...siapalah kita nak menilainya'..., Allah menilai yg batin tp sebgai manusia kita menilai berdasar yg zahir ...yang zahirnya perbuatan dosa adalah tetap dosa,dan jika berterusan dosa tanpa keampunan Allah maka nerakalah layaknya...cuma sebagai manusia kita doa moga Allah ampunkan dosanya kerana ianya hak Allah...tp pengajaran pada yg lain kalo nak buat dosa gak..ingat2 hang tak dpt nak lari mana...cuba2lah bagi alasan hak asasi untk buat dosa.

    BalasPadam
  11. Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  12. Kita memang bukan tuhan.Kita juga tak boleh ubah hormon wanitanye itu.
    Hakim kita hanya berasaskan sumber judisiari naturalis.
    Perbuatan menukar jantina atau ke arah itu memang salah dari segi agama islam. Islam itu memang ada membela hak asasi, tetapi adakah islam membenarkan umatnya menukar jantina? Bukankah menukar jantina itu adalah hak asasi manusia?
    Alhamdulillah hakim itu membuat keputusan yang baik dari segi agama. Mungkin kalau di US, lelaki ni mesti dpt tukar nama kerana di sana hakimnya berasaskan judisiari sosialis sebab tu la perkahwinan gay diberi keizinan.
    Ingat..hak dan agama jangan sesekali disamakan.
    wassalam.

    BalasPadam
  13. Dear TT,

    Your poem really touch my heart.

    BalasPadam
  14. @serenity9260
    Duh... Arwah ni bukan suka2 nak tukar jantina (2 alam kan?), ala2 mak nyah/bapok gitu. Dari cerita ini, kenapa nak kaitkan neraka dgn arwah, selain dosa2 yg lain?

    BalasPadam
  15. Cubaan Allah datang dalam bermacam-maca bentuk.

    Ada cubaam dalam bentuk kemiskinan.
    Ada cubaan dalam bentuk kekayaan.
    Ada cubaan dalam bentuk kezaliman.
    Ada cubaan dalam bentuk kehilangan orang tersayang.
    Ada cubaan dalam bentuk banjir, tsunami, puting beliung.
    dan ada juga cubaan dalam bentuk kecenderungan jantina.

    Iman kena kuat untuk menghadapi cubaan. Bukannya terus hanyut dan meyalahkan takdir.

    Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
    (Al-Ankabut: 2-3)

    BalasPadam
  16. Betul, biarlah Allah swt yg menentukan kemana nak tempatkan roh arwah ni...arwah ni dah mengubah kejadian Tuhan..tp tak tau la dia ni mmg khunsa ke sblum nie..

    BalasPadam
  17. ...alfatihah buat arwah..moga roh dicucuri rahmat..

    ...tak sangka 'depression' boleh membunuh...

    BalasPadam
  18. Jangan salahkan hakim. Ini kerana tiada akta/peruntukan utk menukar nama asal disebabkan menukar jantina. Sbg hakim yg beragama Islam, beliau telah membuat keputusan yg betul/tepat. Soal jiwa si arwah yg merana, soal hak asasi, itu bukan persoalan pokok. Dlm Islam sudah jelas, yang salah tetap salah. Si arwah dilahirkan sbg lelaki, bukannya khunsa. Jika khunsa, jumhur ulama membolehkan pembedahan jantina, itu pun perlu lihat kpd beberapa kriteria (spt bilangan tulang rusuk, saluran air kencing). Apapun semoga kes menjadi pengajaran buat semua. Doakanlah kesejahteraan si arwah.

    BalasPadam