Rabu, 20 Julai 2011

ZZZZZ SUDAH BANGUN




MAT ZZZZZZZ SEDANG MIMPI





SATU MALAYSIA DIRESAPI FAHAMAN PLURALISMA?
mkini

Persoalan sekitar satu Malaysia yang diperkenalkan Najib Razak timbul dalam seminar berkaitan Islam dan pluralisme anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara pagi ini.

Dalam program berjudul "Seminar al-Quran dan cabaran pluralisme dalam agama", seorang peserta bangun menimbulkan persoalan berhubung timbulnya kekeliruan sama ada pluralisme sudah 'meresap' dalam gagasan satu Malaysia.

Menurut wakil daripada Kolej Universiti Islam Selangor itu, unsur pluralisme itu antaranya dikesan melalui penganjurkan majlis sambutan hari raya pelbagai agama, seperti sambutan yang dikenali sebagai "Depa Raya" atau "Gong Xi Raya".

Bagaimanapun, menjawab persoalan itu, Penolong Profesor Jabatan Usuluddin Kulliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Mohd Farid Shahran berkata, konsep satu Malaysia lebih kepada kesatuan masyarakat Malaysia dari segi "bangsa Malaysia".

"Kecualilah di kalangan pemimpin negara ada (yang) menggunakan kerangka pluralisme untuk menghuraikan satu Malaysia. Itu masalah. Dan saya tidak menafikan kemungkinan itu.

"Kalau pemimpin kita tidak diterangkan dan diajar tentang apa maksud pluralisme agama, dan apakah bahayanya terhadap akidah Islam, tidak mustahil ada yang mengatakan, ini yang terbaik, (ini) kerangka yang kita nak ketengahkan dalam satu Malaysia.

"Sedangkan konsep satu Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Tujuannya baik," katanya dalam sesi soal jawab ketika membentangkan kertas kerja berjudul "Islam dan pluralisme agama: Isu-isu akidah semasa".

Sehubungan itu, beliau mencadangkan seboleh-bolehnya tidak ada pihak mencampuradukkan majlis keagamaan dengan majlis keraian yang lain.

"Walaupun kadang kala, ia (majlis) makan-makan sahaja. Tak mengapalah makan-makan, (lepas itu) berhenti. Tak mengapa.

"Tapi lepas makan, ada doa bersama, ada itu dan ini. Jadi timbullah syubhah yang banyak dan jatuh kepada faham yang berlawanan dengan akidah," tegasnya.

nota:
apa maknanya berita ini?
ini berita lain dari yang lain
ikim kini menjadi
sarang abdulah badawi
pengaruh zzzz cukup kuat

seminar ikim ini menibai mat mongol


nota:
pak lah masih tak puas hati
pak lah tak puas kerana dia ditendang

4 ulasan:

  1. lepas agak-agak boleh wat debat macam ni tak? dah lama depa tak debat ni..

    http://www.youtube.com/watch?v=wyJ_mFB3OQk&NR=1&feature=fvwp

    baru syok!!

    BalasPadam
  2. Mimpi yang indah2..huhu..indahkah mimpi? huhu..
    Hot Post!! --->>
    Antara Gambar Kecederaan Dalam Sukan Yang Paling Sengsara!

    BalasPadam
  3. tapi masih mamai. tu yg dok cakap merapu... air liur basi pun masih bertali kat molot...

    BalasPadam
  4. apa punye mengarut daa. para hadhari pun mau jadi ulama carma ke? duduk la diam-diam mcm sagerawan buat ibadat kat mane-mane gua, kat batu pun ade bnyk kosong drp merapu tentang isme-isme yg takde kena mengena dgn islam. hadi kata ini la dia hal suka main suku-suku. gue ingat dia org tak puas mau main tiga suku. ada sikit dlm lagi puas. dei, apa yg ada pun tak mampu nak tunai apa lagi nak disempurnakan. sefer politik tak hafal tak payah la nak ckp pasal politik. malu kat nurul. sefer dia org ni ikut kes dan kaedah zaman nabi. jika kelabu maka berlaku la penafsiran dibena-bena ikut sahih hadis pewarta arab yg berputar-putar. jika ikut nas firman kang kena lak batang hidung sendiri. so, these are parochial religious melancohies created to serve their bosses by selling religion. remember saudagar agama? akibatnya syariah jadi sekunder. itupun org islam sendiri jadi mangsa value-judgement yg akur pd kuasa sivil. tt, if they define capitalism itself they don't have enough spittle to spit in their own faces! now harden with sinful political impenitence they try to talk about 1 msia, bangsa msia, pluralisme and all the pantattsss. ke mane dia org nak bawa kita ni? cuba tanya, bersih tu perhimpunan halal ke? rasuah, c4, porno, bincat? sia-sia otak geliga letak kat celah kangkang. we've a malay and moslem tragedy, they've gilded nuts to chew nonchalantly just to prove they're holier than thou. ceh, tido lebih baik boleh kongkek free!!

    BalasPadam