Sabtu, 13 Ogos 2011

ANAK MUDA BERSEDIA !



ANAK MUDA BERSEDIA



nota:
anak muda penjana budaya
anak muda pengerak dunia
bersedia kerana akhirnya
dunia ini adalah milik anak muda




PAKATAN JAWAN WAN AHMAD : KAMI TIADA AGENDA KOTOR, SPR TAK NUETRAL - malaysianinsider

Pakatan Rakyat secara tegas menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa perikatan itu mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Sebaliknya, menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apa yang didedahkan mereka selama ini adalah berdasarkan fakta dan bukti yang dinafikan badan pengurusan pilihan raya itu.

Malah mereka juga mengecam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Pengerusi SPR Wira Wan Ahmad Wan Omar dan menggesa beliau meletakkan jawatan jika “benar-benar mahu terlibat dalam politik.”

“Kenyataan beliau (Wan Ahmad) adalah kenyataan partisan bukan neutral, beliau mahu berpolitik dan kalau benar beliau mahu berpolitik letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

“Apa yang dikatakan pembohongan yang dilakukan Pakatan Rakyat? Apa pembohongan? Apa yang kita dedahkan dan bangkitkan adalah berdasarkan fakta dan bukti sebagai contoh itu daftar pemilih yang menyaksikan banyak penyelewengan itu yang kita sudah dedahkan, yang belum didedahkan lagi banyak,” kata Naib Presiden PAS Husam Musa kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, apa yang didedahkan Pakatan Rakyat berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara adalah benar sambil menyifatkan SPR tidak memandang serius setiap perkara yang dibangkitkan.

“Dalam soal daftar pemilih mengapa selepas didedahkan baru SPR kemas kinikan data? Begitu juga soal warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan dan kemudian dijadikan pengundi... apa yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah benar tapi SPR tak ambil peduli.

“Siapa punya kerja kalau bukan sindiket, mengapa SPR tidak nampak apa yang berlaku di depan mata? Begitu juga dengan undi pos yang mana sudah ada pendedahan, SPR baru mahu melaksanakannya,” katanya sambil menambah, “semua yang kita dedahkan berdasarkan fakta tapi SPR tidak boleh terima sebab mereka tali barut Umno.”

NOTA:
hendak bukti
telah ditunjukkan bukti
hendak gambar
telah di tunjukkan gambar
hendak saksi
telah diajukan saksi

semua jelas
bahawa spr adalah badan penipu
semua jeleas
bahawa spr adaalh alat gerombolan
semua jelas
spr ada talibarut gerombolan

sokongan kepada pakatan rakyat semakin melonjak
sokongan ini akan di terjemah sebagai undi
jelas pakatan rakyat akan menang besar
tetapi
jika pakatan rakyat kalah
maka jelas penipuan telah berjalan

tak caya ada penipuan
tak caya pakatan akan di tipu
tak caya gerombolan tipu undi

baca ini:


BEKAS KOMANDO TUDM PULA DEDAH PENIPUAN UNDI POS - harakah daily

Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK CAKAP APA LAGI?.... kah kah kah..

nota:
4 tuntutan telah diajukan
4 tuntutan ini ialah:
- hapus undi pos
- guna dakwar kekal
- bersih senarai pengundi
- panjangkan masa berkempen

kita menunggu 3 bulan
bulan puasa tidak diambil kira
jadi bulan november kita nanti
jika tidak sebelum ke pilihanraya
kita ke jalanraya dahulu

3 ulasan: