Jumaat, 19 Ogos 2011

HARI KE 19 KITA BERPUASA




SELAMAT BERBUKA PUASA


kita jangan terlalu anggkuh
kita jangan terlalu sombong
kita berjalan ini semuanya ke sana

majusi
nasrani
muslimin
atheis
hindu
buddha
sunni
shia

dunia ini milik semua
dunia ini bukan hanya milik kita
dunia ini kita berkongsi
berok
cikah
lotong
ungka
cacing
semut
babi
anjing
tikus
lalang padi
ikan patin pun sama
rumput juga ada hak atas dunia ini

dunia ini milik anak semua bangsa
dunia ini milik anak semua agama
dunia ini kita pinjam

kita pinjam dari anak kita
yang meminjam dari cucu kita
yang meminjam dari piut kita
yang meminjam dari biut kita

kita hanya bertransit disini
apa kau tahu apa transit

kau tak pernah transit di pudu raya
kau tak pernah transit di kl sentral
kau tak pernah transit di narita ketika ke new york
kau tak pernah transit di dubai ketika ke london
kau tak pernah transit di bahrain ketika ke mekah

pernah ketika transit itu
kau mahu miliki semua di pudu raya
termasuk kedai buku dan jamban sekali?

bila kita transit ringan lah ringan
bila kita transit jangan memberat pikulan

esok bila kau berjalan
esok ketika kau lapar dan dahaga
baru kau sedar betapa indahnya badan yang ringan
baru kau sedar betapa nikmatnya hati yang ringan

lapar dan dahaga ini
lapar dan lapar ini
untuk kau tahu nilai secanggir air
bila kau lapar baru kau tahu nilai sekepal nasi
bila kau lapar baru kau sedar nilai sekeping roti

jadi jangan anggkuh
jadi jangan sombong
kita kau singgah sebentar disini
kita kau dan aku hanya duduk sebentar

munkin
80 kali kau bertukar kasut
80 kali kau bermusim dingin
80 kali kau sambut hari natal
80 kali kau buka champagne itu
bukan lama hanya 80 ramadan
atau munkin lebih atau mungkin kurang
tak perlu sibuk sibuk ketika singah disini

aku
aku pun macam kau juga
petang ini aku ke kota bahru

selamat berbuka puasa




NOTA

MARKET IN MELTDOWN -GLOBAL RECESSION
- guardian london

Markets in meltdown amid new global recession fears

Frenzied selling wipes £62bn off value of FTSE and Dow Jones plummets in another tumultuous day for world economy

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    sungguh mendalam makna coretan kali ini.
    tidak perlu berdalil.
    tidak perlu berfakta.
    tidak perlu berfatwa.

    semua umat tahu. kita hanya sementara. namun apakah tindakan kita hari ini sebagaimana kita percaya kita semua hanya menumpang?kita semua hanya menyinggah?kita semua hanya berkongsi!

    selamat berbuka buat TT dan rakan2 seperjuangan.

    BalasPadam
  2. selamat berbuka puasa tt
    dan selamat datang ke kota bharu

    BalasPadam
  3. watpe kota bharu?

    BalasPadam
  4. TT... jgn lupe kirim salam ngan cek mek molek..
    jgn lupa makan tahi itik skali..
    Selamat Berpuasa..
    Kahkahkah

    Borong Dari China
    www.nusantaraempire.com

    BalasPadam
  5. Dear TT,

    Selamat berbuka puasa & selamat bersahur to U,TT

    Drive carefully & take care.

    BalasPadam
  6. TUnggu dan lihat macam mana Maddey nak selamatkan anak pinak dia. Macam mana tokei garam nak tutup semua cerita dia songlap puluhan bilion dan jahanamkan ekonomi Melayu.

    BalasPadam
  7. "THE UNIVERSE IS MY COUNTRY AND THE HUMAN FAMILY IS MY TRIBE" ...TQ KHALIL GIBRAN

    Bro TT,
    SO FAR, CATATAN KE 19 BENAR2 MENUSUK..TERIMA KASIH TT

    BalasPadam
  8. T.T

    tak ada kaitan dgn undi pos.kepada yang tinggal dikawasan kota Dam seksyen 8.kalau berususan dhn JPN berkaitan penukaran IC...cip rosak atau berkaitan,sila lihat kat belakang kaunter JPN kota Dam seksyen 8 bangunan PKNS.pinta orang ramai menyuruh petugas kaunter MEMOTONG ic-ic lama anda dihadapan anda.sbb dah ramai orang tengok,dah tinggi ic-ic lama JPN kumpul dalam beg plastik.

    BalasPadam
  9. mari semua pembaca tt kita berdoa agar TT menjadi insan yg bertaqwa.. moga nanti TT mendapat rahmat dr ar-rahman ar-rahim.. amin.

    BalasPadam
  10. Sajak2 ramadhan kau memang cool dan kaw habis. Betul2 kaw. Tahniah. Bagi yang selalu kutuk kau memang orang lemah fikiran. Malas membaca. Aku pun setuju malas membaca tak ada ubat.

    BalasPadam
  11. aku
    aku pun macam kau juga
    petang ini aku ke kota bahru

    aku suka puisi sempoi begini...taklah terasa bodoh sangat macam nazri sial tu.. demi allah, ibrahim ali tidak akan mampu membuat ayat2 begini..sesungguhnya, aku berani membunuh diri jika hal demikian berlaku..

    BalasPadam
  12. " lapar dan dahaga ini
    lapar dan lapar ini
    untuk kau tahu nilai secanggir air
    bila kau lapar baru kau tahu nilai sekepal nasi
    bila kau lapar baru kau sedar nilai sekeping roti

    jadi jangan angkuh
    jadi jangan sombong
    kita kau singgah sebentar disini
    kita kau dan aku hanya duduk sebentar "

    Menarik. Menginsafkan. Buatlah yang terbaik semasa ada sebentar di sini buka menyusahkan rakyat, tidak menusahkan orang. Boleh kita ccaya dengan 1Malaysia? - atau Rakyat dihulukan, bini diutamakan.

    - zoo no damn

    BalasPadam