Khamis, 25 Ogos 2011

JANGAN MAKAN HASIL LENDIR ORANG




SIAPA MENGARAP DIA MENUAI




GALAK PETANI USAHA LADANG KONTRAK :NOH OMAR - meloya

TANJONG KARANG 24 Ogos - Para petani digalakkan menyertai program ladang kontrak kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menyediakan pasaran bagi produk tanaman mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berkata, melalui program itu, mereka juga boleh mendapatkan pembiayaan mikro kredit dengan dana sebanyak RM4 juta yang sebelum ini disalurkan melalui Agrobank.

"Melalui dana tersebut para petani boleh mendapatkan pinjaman maksimum RM50,000 bagi mengusahakan ladang kontrak di kawasan masing-masing dan proses kutipan pembayaran balik akan dikendalikan oleh FAMA.

''Konsep ladang kontrak ini mempunyai prospek yang baik dari segi pemasarannya," katanya.

Noh berkata, bagi memastikan projek ladang kontrak tidak mengalami kerugian, FAMA akan membantu dari segi pemasaran produk selain menggalakkan para petani mengusahakan ladang secara berkelompok.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyampaikan wang pendahuluan sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 96 pelajar dari seluruh kawasan Tanjong Karang.

NOTA:
fahami berita ini
lihat bagaimana gerombolan ingin membebankan
kaum tani dengan hutang

felda hutang
ptptn hutang
sekarang nak berkebun juga hutang

kenapa kaum tani ini tidak diberikan tanah
kenapa mereka perlu diikat dengan hutang
hutang ini akan mengkayakan bank
hutang ini akan mengikat kaum tani ini
hutang ini kan memastikan kaum tani ini tunduk pada gerombolan

dalam sistem ini yang kaya raya ialah birokrat fama
ini sama konsepnya dengan birokrat felda
lihat berapa kali peneroka menang dimahkamah
selama ini felda rendahkan grade minyak mereka
sengaja beli sawit dengan harga murah

para birokrat felda dan fama
tak sehari pun turun bertani
tapi bergaji lumayan

yang gaji kuli batak kaum tani
yang berpanas berhujan kaum tani

ini lah contoh ketuanan melayu
inilah contoh melayu tipu melayu!


NOTA:
tanah untuk petani yang tidak bertanah
tanah untuk yang menggarap
siapa mengharap dialah makan

jangan makan atas titik peloh orang lain
siapa bekerja dia yang makan
siapa menanam dia menuai

12 ulasan:

  1. Pencerahan akal yg bagus bang Isham...

    kaum-kaum tani di felda, ladang, estet n kampung perlu sedar hak dan kepentingan mereka...bersama bangkit menentang penindasan feudalisme gerombolan...merekalah 'raja' yg menjahanamkan daulah diri setiap kaum tani...

    Ayuh...FTG (Fight The Gerombolans)

    BalasPadam
  2. mmg fama tolong pasarkan...berapa dia ambil sekilo.. 40 sen rambutan..masuk akai ker

    BalasPadam
  3. standard format untuk mencengkam... fulus adalah umpan terbaik bagi manusia...

    BalasPadam
  4. BURUNG-BURUNG KONDOR
    Oleh W S Rendra

    Angin gunung turun merembes ke hutan,
    lalu bertiup di atas permukaan kali yang luas,
    dan akhirnya berumah di daun-daun tembakau.

    Kemudian hatinya pilu
    melihat jejak-jejak sedih para petani - buruh
    yang terpacak di atas tanah gembur
    namun tidak memberi kemakmuran bagi penduduknya.

    Para tani - buruh bekerja,
    berumah di gubug-gubug tanpa jendela,
    menanam bibit di tanah yang subur,
    memanen hasil yang berlimpah dan makmur
    namun hidup mereka sendiri sengsara.

    Mereka memanen untuk tuan tanah
    yang mempunyai istana indah.
    Keringat mereka menjadi emas
    yang diambil oleh cukong-cukong pabrik cerutu di Eropa.
    Dan bila mereka menuntut perataan pendapatan,
    para ahli ekonomi membetulkan letak dasi,
    dan menjawab dengan mengirim kondom.

    Penderitaan mengalir
    dari parit-parit wajah rakyatku.
    Dari pagi sampai sore,
    rakyat negeriku bergerak dengan lunglai,
    menggapai-gapai,
    menoleh ke kiri,
    menoleh ke kanan,
    di dalam usaha tak menentu.

    Di hari senja mereka menjadi onggokan sampah,
    dan di malam hari mereka terpelanting ke lantai,
    dan sukmanya berubah menjadi burung kondor.

    Beribu-ribu burung kondor,
    berjuta-juta burung kondor,
    bergerak menuju ke gunung tinggi,
    dan disana mendapat hiburan dari sepi.
    Karena hanya sepi
    mampu menghisap dendam dan sakit hati.

    Burung-burung kondor menjerit.
    Di dalam marah menjerit,
    bergema di tempat-tempat yang sepi.

    Burung-burung kondor menjerit
    di batu-batu gunung menjerit
    bergema di tempat-tempat yang sepi
    Berjuta-juta burung kondor mencakar batu-batu,
    mematuki batu-batu,
    mematuki udara,
    dan di kota orang-orang bersiap menembaknya.

    Yogya, 1973
    Potret Pembangunan dalam Puisi

    BalasPadam
  5. INI AKU SOKONG 100 PERATUS ..TAPI APA tindakan kita atas masalah ini...? adakah berpeluk tubuh sahaja@ melopong...bayar wang hari raya baru2 ini kat satu felda di temerloh hanya rm 80...dari 4ratus lebih peneroka sekor pon tak bersuara...kah kah kah....anak2 mereka lagilah ...diam membisu ..kena tekan dengan felda mak bapak diorg maseh diam...apa TINDAKAN KITA?

    BalasPadam
  6. mat lendir kg lonek25 Ogos 2011 pada 1:56 PTG

    engkau apa kabo Lang??

    buat projek petanian pinjam 50k
    pah tu hasil tanaman tak menjadi
    pah tu harga pulak pama ambik mura
    pah tu tak dapat baya pinjaman,
    pah tu hangus kebun mak bapak kena gadai kat pama

    Ceh...
    baik aku jadi mentri petanian laaa
    tak payah keja pong gaji ribu ribu

    BalasPadam
  7. mana pakteh? mana ku seman? keringat anak bangsa di perah, mana kupasan anda tentang isu ini ?

    BalasPadam
  8. porrraaahh

    aku pernah nak tolong pohon untuk arwah ayah

    nak minta working paper la, garantor, cagaran, butiran isi rumah ntah! apa2 lagi...manalah orang kampung mampu buat tu semua!! chitt

    BN cakap tak serupa bikin
    cakap ada peruntukkan...woitt!! itu semua duit rakyat la!

    Rakyat tak perlu pohon..tugas kerajaan yang cari petani yang layak dan bantu

    wang rakyat bukan pak menteri buat cari nama!!

    BalasPadam
  9. kejayaan post-modalisme penjajah ala kapitalisme memerdekakan bangsa bernama milayoo!ketuanan yg tidak bertuan melainkan raja bersiong berkongsi dgn dajjal dr. sam. darah milayoo dipastikan jgn kering pada taring, tengkuk milayoo dipastikan jgn mendonggak, jiwa dipastikan jgn sesekali derhaka: menanya, mengkritik apa lagi mengutuk.ujudlah bangsa ini berhutang hingga bayi dlm rahim sampai kiamat. jika kebulur tunggulah nanti uli amri akan bagi duit zakat. menagihlah milayoo macam manusia bangsat di tanahair sendiri. dan mereka pun diperingatkan: jgn lupa anda terhutang budi pada tuan yg selama ini beri anda susu kotak basi kah kah kah maka undilah tuan yg dulu, kini dan....maka hiduplah milayoo biar pape asalkan bergaye; biar jual jubo jgn jual maruah kah kah kah geng, kalau dah biol takde ubat dah jilatnya buntut kalipahtullah. dei,lu ade pernah dengar ke dia org jadi petani? kebas lu punya tanah ade le! lebih baik jual bodi utk cucuk tanam. tak payah modal...cheh, hasil lendir kaplitalis dari darah dan peluh rakyat!!busuk punye olang!

    BalasPadam
  10. apalah kau nak harapkan ku seman...

    ku seman bab gosip artis dia pandai ler...

    kahkahakah....

    aku tak bernama....kahakahkah

    p/s: jangan jaki ler ku seman

    BalasPadam
  11. bila petani dah berhutang senang nak ugut untuk sokong geng gerombolan..

    BalasPadam
  12. tanah untuk petani yang tidak bertanah
    tanah untuk yang menggarap
    siapa mengharap dialah makan

    jangan makan atas titik peloh orang lain
    siapa bekerja dia yang makan
    siapa menanam dia menuai


    p/s: Ku seman paham kah ini? terlalu berat untuk ku seman ini...

    BalasPadam