Rabu, 10 Ogos 2011
KITA TUNGGU BULAN NOVEMBER
ANAK MUDA BERSEDIA!
nota:
anak muda semua bangsa!
bersedia!
jika 4 tuntuan gagal
ertinya pakatan akan kalah pada pru 13
bukan kerana tidak dapat undi
tetapi kerana ditipu
sedar dan ingat hakikat ini!
PASCA -9 JULAI : BERSIH 2.0 BERI SPR TIGA BULAN LAKSANA 8 TUNTUTAN - minsider
Sebulan selepas perhimpunan 9 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.
Selain itu, menurut Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevesan , pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
“Selepas sebulan kalau kita lihat telah wujud banyak perkara yang membuktikan semua tuntutan kami adalah berasas, malah ada bukti yang mana pada pendapat saya, SPR patut menangani dengan serius tentang perkara ini,” kata beliau.
Ambiga menambah, “persoalannya sekarang bagaimana pemastautin tetap boleh didaftarkan sebagai pengundi?”
“Jadi kami mahu SPR menubuhkan jawatankuasa khas dengan melibatkan wakil parti-parti politik untuk selesaikan semua isu pilihan raya terutamanya daftar pemilih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Ambiga sebelum ini pernah mencadangkan kepada SPR agar menubuhkan jawatankuasa khas itu dan Timbalan Pengerusinya Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihak akan mempertimbangkan cadangan tersebut.
“Tetapi sampai sekarang kita belum mendapat apa-apa maklum balas mengenai perkara ini, kita akan teruskan tindakan untuk mendesak agar tuntutan ini dilaksanakan.
“Kita tetap mahukan SPR tubuhkan jawatankuasa khas ini, ia sangat penting untuk siasat semua masalah yang berlaku,” tambah Ambiga.
Bercakap soal kepincangan daftar pemilih yang menyaksikan banyak pendedahan dibuat Pakatan Rakyat, beliau menegaskan, “ia terbukti satu penipuan yang paling serius.”
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
“Daftar pemilih adalah satu perkara yang paling utama dalam pilihan raya, pendedahan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat ini sangat serius kerana ia adalah satu penipuan yang nyata.
“Mereka (SPR) mesti melakukan siasatan secara telus dan mesti memberi penjelasan kepada rakyat tentang perkara ini,” kata bekas presiden Majlis Peguam ini.
Kata Ambiga, tindakan SPR membenarkan pemastautin tetap mendaftar sebagai pengundi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun banyak bukti didedahkan, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR tetap menafikan perkara itu.
“Memang parti-parti politik boleh membuat bantahan dalam masa-masa tertentu, tetapi ia satu proses yang tidak memberikan apa-apa hasil, malah ia bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.
“Mana-mana pemastautin tetap tidak dibenarkan untuk mengundi. Kalau dibenarkan, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana bukan warganegara Malaysia tidak boleh menjadi pengundi,” tambahnya.
Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.
Ditanya apa tindakan Bersih 2.0 selepas ini, Ambiga bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat tindakan yang diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan ini.
“Semua tuntutan Bersih 2.0 boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, kami akan melihat perkembangan terbaru... apa tindakan SPR dan kerajaan,” katanya.
Selepas Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, Barisan Nasional yang dipengerusikan Najib turut menyuarakan pendapat untuk menyelesaikan isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...KITA TUNGGU DAN KITA NANTI.... kah kah kah..
kah kah kah...KITA SABAR DAN KITA TENGOK.... kah kah kah..
kah kah kah...APA YANG AKAN BERLAKU.... kah kah kah..
woit.... TAK PERLU SEMUA 8 TUNTUAN DI BERES.... kah kah kah..
kah kah kah...EMPAT SUDAH CUKUP.... TAK PERLU BINCANG BANYAK..... kah kah kah..
- hapuskan undi pos
- pakai dakwat kekal
- bersih kan senarai pengundi
- panjangkan tempoh berkempen
empat tuntutan ini boleh dilakukan tanpa perubahan undang undang
empat tuntuan ini dalam skop spr
empat tuntuan ini tak kena mengena dengan parlimen
jika empat tuntuan ini tidak di lakukan
jelas pilihan raya ke 13 nanti gerombiolan akan menipu
jika pakatan kalah bermakna pakatan rakyat ditipu
NOTA:
tiga bulan TIDAK termasuk bulan puasa
justeru kita tunggu hingga bulan november
Oh~ aku merindukan bau gas pemedih mata.
BalasPadamDan aku rindukan juga momen momen romantik bila hujan turun dengan lebat bersama keadaan huru hara para demonstran melarikan diri.
Aku nantikan lagi dalam BERSIH 3.0
Ya marhaban ya BERSIH 3.0. kah kah kah.
Diharap SPR jangan cuba bermain api dengan RAKYAT MALAYSIA, UMNO dan SPR melihat RAKYAT bagaikan KASTA RENDAH tidak mempunyai HAK dalam PERLEMBAGAAN NEGARA,
BalasPadamKalau peserta BERSIH 3.0 ditembak dengan peluru hidup pun kami akan turun.
SPR berapa lamakah sudah memjadi anjing UMNO dan dibayar gaji dengan wang cukai rakyat bukan dari wang kocek UMNO.
akan ikut serta BERSIH 3.0
BalasPadamtt, tunggu tepi simpang November nanti ye.
admin!!!! kau ni penjahaman remaja!!!!! perosak bangsa dan negara!!!! kalau berani,kau terbitkan aku punya ulasan ni!!!!! kalau kau tak berani bererti kau ni umpama cakap besar,tak berani tonjolkan diri!!!!!!
BalasPadamWa tersenyum baca entri ni..ARitu wa miss.. Sialla..
BalasPadamBersih 3.0..wa tunggu Lu muncul!!!
CePaT UMNO linkup,LaGi CePaT wa kAWiN..AHHaaiiiiii!!!
TANPA NAMA 4:33 PM - tanya orang berani ke tak terbit ulasan kau, tapi diri sendiri ulas guna anonymous, aduhai
BalasPadamSPR adalah barua tetap UMNO.. aku berani bunuh diri jika SPR boleh lakukan 4 tuntutan ini..
BalasPadamKalo nak buat pun, dia akan acah2 jer..
Apa perlu kita buat, BERSIH 3.0 sblm November 2011.
Cadangan
BalasPadamBuat Bersih 3.0 di beberapa negeri pakatan.
Di lembah klang, kalau buat, mungkin tiada salahnya kalau buat di stadium shah alam. Tempat luas jadi kita boleh lihat sendiri betapa ramainya orang akan berhimpun, kasi gerun sikit.
Kalau di KL selalunya terpecah-pecah. Masa bersih 2.0, orang tua tu kata 5-6 ribu orang saja berkumpul, walhal gambar terang2 menunjukkan puluhan ribu.
contohnya, Orang utara, mungkin boleh pakat kumpul di penang dan alor setar.
Orang Kelantan & trengganu-kumpul di kb.
Di semua tempat ini kita hantar beberapa orang kuat bersih jadi kepala.
Tujuan kita ialah berkumpul dan menyuarakan bantahan secara aman, jadi ayuh!! Selamatkan Malaysia.
fed sg buloh.
saya mencadangkan ahad 27 november 2011 bersamaan 1 muharam.
BalasPadambuat ahad atas niat murni tidak mahu menganggu yang bekerja pada hari sabtu. buat ahad untuk menarik golongan pekerja yang bekerja pada hari sabtu.
isnin cuti sebab ahad maal hijrah. boleh berehat seharian.
1 muharam sempena kejadian 1432 tahun yang lalu.
tt mane? gambar tt atau video tt mase BERSIH 2.0 mane? tunjuk kan pade kami? kah kah kah
BalasPadamKpd.Malaon 4.33
BalasPadamJangan cabar orang lain sedang kan awak sendiri bedrselindung di sebalik Tanpa Nama.
Typicall UMNOGOK menuduh orang lain perosak bangsa dan negara....
Lagi2 SPR kata mana2 parti yang memerintah ada advantage. Apa ni?
BalasPadamU do the same..
BalasPadamU get the same..
U stay the same..
BERSIH 3.0 wajib ada KELAINAN dari BERSIH 2007 dan BERSIH 2.0..!!
Kita turun secara aman..
Kita berhimpun secara aman..
Kita berkampung secara aman..
Kita jangan BALIK!!selagi SPR angkuh..
Motif kita turun supaya tuntutan kita ditunaikan..
Kepada 62 NGO penganjur BERSIH..aku cadangkan BERSIH 3.0 wajib ada KELAINAN!!!
JANGAN BALIK!!!
Yes .
BalasPadamA big YES
BERSIH 3.0
anon 4:33... siapa yg berani... siapa yg takut... kalau berani jgn belindung belakang Tanpa Nama...
BalasPadambuat lawak rupenya..
Jangan tunggu 3 bulan sebab dalam tempoh 3 bulan lebih dari 2 juta PATI akan diwarganegarakan dqan akan jadi pengundi yang berdaftar.Bersih 3 wajar diadakan selepas Hari Raya.Lagi cepat lagi baik.
BalasPadamWOI!! LAMA SANGAT LAA 3 BULAN!!!... KALAU PRU DALAM BULAN NOVEMBER MCMANA?? CUBA JAWAB!!
BalasPadamBUAT JE BERSIH 3.0 LEPAS RAYA! START RAYA KE-3 TERUS JE TURUN RERAMAI..
SEBELUM PILIHANRAYA KITA BERHARI RAYA DI JALANRAYA!!! AMACAM???
Tanpa Nama Kepada Tanpa Nama..
BalasPadamAduhai...org2 UMngok ni suka betul menyalak. kalau nk menyalak, pastikan ejaan tatabahasa melayu tu betul. tgk ni
"kau ni penjahaman remaja"
try belek tgk kamus ada ke tidak perkataan 'perjahaman' ni...
wow! tiada. hahaha
'tak ada perjuangan yg sia-sia!' Selamat berjuang!
http://www.youtube.com/watch?v=9EOfpwUxrHk
SAYA SETUJU!
BalasPadamBUAT LEPAS RAYA!
LAGI AWAL LAGI BAGUS!
BIAR POLIS TAK BALIK RAYA!!!
Revolusi_Malaysia..
BalasPadamAku setuju dgn hang bro... hahahha
padan muka polis tk blh beraya.. kah kah kah..
pemuda_spg4
banyak kali buat bersih pon if status sy still in progress, tak sah2 lg kt SPR xgune gak.dr bulan 5 register.riso xdpt ngundi ntk membantu tukar govern. smpe bersih 18 pon if DIORNG pegang compem dikatakan kotor. melaenkan tukar PRU ini. nk ckp kite tgk yg bru ni plak.hrp2 jgn same la
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam